/**/

Pages

Subscribe Twitter

Gegar..Gegar..Gegar Vaganza !!!


Jom berhindustani....

Dah puas gelek-gelek kat Teater Mak Cun D'Walei, meh la kita bergegar pulak di Gegar Vaganza musim ke 3.

Seronok jugak sekali sekali dapat join acara macam ni.


Auditorium MBSA Shah Alam
Persiaran Sultan, Seksyen 14
40200 Shah Alam, Selangor

Hotline: 1800 ​88 4477

​Tel​: ​03-5510 5133





Hajat hati nak tengok live Gegar Vaganza ni tapi tak tau cara macam mana. Call sana call sini, tanya orang tu tanya orang ni semua bantai cakap tak tau.

Siapa yang kenal aku memang tau la perangai aku kan. Kalau nak sesuatu benda tu aku akan pastikan dapat jugak.

Setel je kursus pengukuhan dan pemantapan bisnes, aku ambil kesempatan tu untuk tengok Gegar Vaganza musim ke 3. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Buat la sekali harung. Kalau semata-mata nak datang Kuala Lumpur nak tengok memang tak la kan. Buang masa dan duit sajok.




Kebetulan Pak Guard MBSA bagitau malam yang aku datang untuk bertanya ja tu adalah malam rehearsal. Untuk malam esok, tiket dah penuh. Kalau nak ambil tiket untuk hari Ahad tu, korang kena datang ambil tiket @ pass pada hari Jumaat selepas solat Jumaat, lebih kurang jam 3 petang. Gitu info yang aku dapat.

Walau pun kecewa tak dapat join esok, aku tetap nak join tengok malam ni jugak sebab dah sampai, malas nak patah balik.




Sebelum masuk dewan yang dijangka akan mulakan persembahan pada jam 9 malam, aku pergi toilet dulu la. Ni la dia masalah toilet di Malaysia, korang tengok ja la macam mana bole jadi macam gambar kat bawah ni. Tersumbat, air terapung, Yeyeks...

Terbayang semula, kalau la masa aku melompat dari mangkuk toilet tu ke luar pintu, lepas tu jatuh terlentang, tak ke haru? Tapi seb baik tak jatuh, maklum masa sekolah dulu juara lompat jauh okay. Hehe...




Masuk dewan percuma. Pilih lah mana-mana tempat yang korang nak kecuali 4 baris dari hadapan diaorang tak benarkan duduk sebab dah dikhaskan untuk media dan orang tertentu.










Sebelum bermula, pengarah muzik dah bagi amaran pada semua agar tidak merakam atau mengambil gambar sepanjang peserta buat rehearsal. Jika kantoi korang snap atau rakam, korang akan diminta keluar terus dari dewan serta merta.

Aku ambil kesempatan bertanya dengan sorang perempuan kat situ, perempuan ni Manager Astro kot yang minggu ke berapa ntah dia bertekak dengan Dato Vida pasal rebut microphone. Dia bagitau aku, untuk orang awam tengok adalah pada hari Sabtu. Hari Ahad untuk fan club, media dan artis sahaja. Owh gitew kekdahnya.




Tepat jam 9 malam, acara dimulakan. Mak ai, kuatnya bunyi muzik, rasa bergetar jantung. Macam mana la orang bole duduk kat dalam disco lama-lama kan? Huhu...

Macam biasa, Nabil dan Jihan memang lawak giler la. Tak habis-habis mengusik Tok Ram yang datang sekali berseluar yengki. Eh betol eh yengki? Hahaha...

Para penyanyi pulak semua hebat-hebat dan nyanyi dengan penuh perasaan. Kecil molek je diaorang ni.




Syok tengok punya pasal, aku lupa nak cari makan, perut dah keroncong. Tapi tetap duk bertahan kat situ tengok sampai habis sebab ralit tengok persembahan diaorang tu. Aku sokong Zarul dan Elly Mazlein ya sebab handsome dan cantik. Ameng pun ok sebab kelakar rupanya mamat ni. Kui-kui...




Lebih kurang jam 11 malam, selesai la sudah acara rehearsal tu. Sebelum keluar meh kita foto-foto dulu sekitar situ. Adoyai lupa nak duduk posing atas kerusi Juri. Ngeh-ngeh...




Sebelum keluar dewan, sempat berfoto dengan jejaka awet muda, sapa lagi kalau bukan Nasier Wahab. Ok selesai sudah misi kali ni. Rasa puas dan hepi dapat tengok persembahan live. Nanti nak tengok final la. Nak join fan club sapa ek? Kuang-kuang...




Ok korang, jumpa lagi di siaran akan datang. Tata titi tutu...!


Peserta Gegar Vaganza versi meow...




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai