/**/
Subscribe Twitter

Review Nexus Regency Suites & Hotel, Shah Alam, Selangor


Kedamaian terasa di sini...


Macam biasa, masa untuk review penginapan adalah wajib setiap kali berjalan merata tempat. Kali ni menginap seperti butiran di bawah. Ececeh dah macam ayat karangan surat pulak dah.



Nexus Regency Suites & Hotel
No 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27
40400 Shah Alam, Selangor

Tel: +60 3-21070130

Deluxe King Room - RM172.50 per night





Hotel ni terletak dalam kawasan yang tak berapa nak happening sangat la. Memang agak susah untuk yang tak da kenderaan sendiri untuk bergerak. Siapa yang suka pada kedamaian memang dialu-alukan duduk kawasan ni.




Walau pun dari luar nampak tak semenggah, tapi bila masuk dalam bilik memang wow sangat. Bilik memang tersangat la besarnya. Terbahagi pada dua bahagian, untuk bilik dan ruang tamu diasingkan. Harga satu malam pun memang murah. Kalau famili ramai memang sesuai duduk kat hotel ni.










Rasa macam tak nak keluar bilik ja kalau dapat bilik macam ni kat rumah. Semua ada dan bertepatan di jiwa. Katil besar, tempat bacaan pun disediakan. Semua complete.







Bilik air pun besar, bersih dan selesa, peralatan mandian semua cukup dan yang penting ada hair dryer.










Ada 2 almari pakaian yang besar dan selesa. Ada pakaian tidur dan peti simpanan keselamatan. Yang tak bestnya sebab sejadah tak disediakan dan strika pun tak da. Hmmm...bilik dah besar dan cantik keperluan plak tak cukup. Tapi semua tu boleh mintak staf hotel hantar dan letak dalam bilik sampai check out.







Bahagian dapur plak semua barangan complete kecuali microwave tak disediakan. Tapi yang paling best apa yang diletakkan dalam peti ais, bole makan dan minum tanpa dikenakan bayaran. Apa lagi, rembat ja la kan kunyah sambil tengok TV.
















Kawasan luar hotel pun aman dan cantik ja sesunan. Teratur kemas gitew. Kiranya setakat ni, hotel ni termasuk dalam hotel terbaik pada aku.

Apa lagi korang, kalau ke Shah Alam tu, jangan lupa roger hotel ni. Tak rugi tau stay sini.
















Ok stop sini dulu, jumpa lagi lain siaran...daaaa...!!!


Tak tergamak nak tido kat sini...hehe..




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak