Coming...coming...kali ni nk share hotel ala-ala Korea. Nak tau pasal apa aku cakap hotel Korea, meh teruskan bacaan korang sampai habis edisi kali ni. Hehe...
Tan'Yaa Hotel
Ground Floor, Primera Suite,Residences, Block 3520
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5,Kuala Lumpur
Tel: +60 3-8688 8888
Superior Room - RM161 Per Night
Bilik kali ni sedang aja, tak kecik tak besar. So so ja la la macam bahasa budak sekarang. Apa pun selesa la kalau nak berehat kan badan dan minda.
Katil besar, bantal selesa. Meja study dan sofa santai pun dalam kualiti yang memuaskan. Boleh la goleng-goleng ya.
Peti keselamatan, sejadah dan strika disediakan. Tapi masa aku sampai tu strika staf lupa nak letak so kena la call tak pasal-pasal. Tak suka betol keja leceh-leceh macam ni.
Paling win ada disediakan microwave. Tapi bila buka peti ais, kosong ya. So tak da jajan untuk di konyel. Makan la bekal jajan sendiri eh. Uwaaa....
Bilik air selesa sebab diasingkan bahagian mandi. Toileteries semua cukup disediakan. Cuma hair dryer je tak da. Tak sukaaaa....
Bila keluar dari bilik menuju lif, lampu kat luar tu akan menyala sendiri. Kira ada sensored la. Ni la yang aku nak samakan macam dalam citer Korea.
Sebahagian besar rumah Korea akan ada lampu sensored macam ni kat rumah diaorang. Jimat elektrik kan? Bagus sangat. Jom folo...
Persekitaran luar hotel ni pun sunyi, damai dan tenang je sebab agak jauh dari jalan besar ke pusat bandar. Terceruk sikit ja tak banyak pun. Heee...
Bagi yang suka ketenangan dan kedamaian hidup memang bole sangat menginap kat sini. Walau pun harga agak mahal tak setanding bilik tapi memadai dan bertepatan, jauh dari suasana riuh bandar.
Jadi tunggu apa lagi? Meh la segera datang ke hotel ni.
Ok korang..ni ja yang sempat aku share. Sambung di lain entry. Daaa....