Hai korang....dah lama sangat blog ni bersawang. Banyak benda nak story tapi tak da masa. Busy memanjang dengan pelbagai aktiviti. Travel Johor ke Kuala Lumpur macam Johor ke Pontian je katanyer.
Sebenarnya aku dah lama nak share story kisah Teater Mak Cun D'Walei ni. Rasa teruja nak tengok tu kurang sket la berbanding dulu sebab dah selalu sangat tengok teater kan, so feel tu macam biasa-biasa je la.
Tempat pementasan diadakan seperti biasa:
Istana Budaya
Jalan Tun Razak, Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur,
Tel: +60 3-4026 5555
Tarikh: 4 - 13 November 2016
Waktu: 9 malam
Tiket: RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 dan RM256 (tidak termasuk GST)
Mulanya nak book tiket VIP tapi bila fikir semula malas la sebab nak duduk dekat dengan peserta dan pelakon kononnya. Last-last semua dah penuh jadi duduk lah bahagian tengah. Next time aku nak duduk bahagian depan plak la. Biar nampak semua orang yang kat atas pentas tu.
Satu yang aku tak suka kat Istana Budaya ni, antara ruang kerusi tu tersangat la sempitnya. Kalau orang kiri kanan nak lalu kita terpaksa bangun. Haish menyusahkan betol. Tu belum lagi yang kaki panjang, mesti hazab diaorang nak duduk kan?
Kali ni aku sampai ngam-ngam waktu nak mula persembahan. Terkocoh kacah cari parking. Nasib baik dapat parking dekat. Yuhuu...
Aku plan tak nak snap gambar banyak-banyak, nak fokus kat persembahan je, maklum dah kata ala-ala hindustani mesti akan ada banyak aksi menari, menyanyi dan sebagainya. So kena fokus. Kui-kui...
Awal persembahan memang best sebab melilau mata tengok tiap gerak geri tarian dari penari India yang begitu wow...Tak berkelip mata dibuatnya.
Pertengahan cerita agak hambar. Kali ni skrip lebih menjurus kisar politik. Hmmm...apakah agaknya yang ingin penulis ni sampaikan ya? Tak pa, tak payah fikir, tengok ja, relax kan minda. Hahaha...
Bila segmen Amy Search masuk baru la rasa ceria semula. Kecik ja orangnya. Tapi memang best la lakonan Amy ni. Memang gelak giler. Macam mat rempit, mat gian pun ada aku tengok si Amy nih. Hehe...
Bila si Abam masuk ja, memang gamat la. Tak payah dengar celoteh dia, tengok dia keluar je dah gelak. Siap bawak towel kecik nak lap peluh yang berjurai keluar tu. Lawak giler bila ingat balik skrip dia yang tak senonoh tu.
Fathia pulak biasa-biasa je. Macam lakonan yang selalu dia bawak, bersahaja ja tak da apa yang special.
Yang paling best, meletop, kebabom adalah bila Saim Ali ni keluar menari. Waaaa...dah macam betol-betol dalam filem Hindustan. Dah la handsome, dengan crop yang menarik, tarian yang tak kaku dan nyanyian yang best dan sedap di dengar, tak berkelip mata woo tengok diaorang bergelek sakan kat pentas. Terbaik...
Erma dan Umi Aida makin lawa plak aku tengok. Umi Aida ni dah macam Erra Fazira plak sekali pandang. Dato Razali plak macam biasa la lontaran skrip dia yang aku rasa lambatnya nak habiskan satu ayat. Sabar ja la. Balkish plak dengan gedik dia yang over tu tak habis-habis. Memang kelakar dan enjoy la.
Ending story ni tersangkut, korang faham la kan kenapa? Sebabnya akan ada sambungan lagi kisah Mak Cun ni. Jangka awal tahun 2017 di mana plan nya Pak Akob akan melamar Mak Cun dan agak-agak korang Mak Cun akan terima tak? Nak tau sila tunggu kemunculannya di TV3 tahun depan ya!.
Selesai ja teater, sebelum balik, akan ada sesi bergambar dengan pelakon-pelakon. Kali ni 3 pelakon je yang keluar dan sempat la aku bergambar dengan Erma Fatima, Amy Search dan Fathia. Yang lain belum keluar lagi, tengah tukar baju gamaknya. Huhu...
Beraneka booth menjual macam-macam produk. Tak tau nak pilih mana satu. Akhirnya aku rembat kuih siput sebalang. Yang lain macam tak berapa menarik nak beli. Tapi aku cakap terang la, memang tak rugi beli kuih siput ni. Sedap sangat. Aku nak order online la lepas ni buat makan jajan sambil tengok TV. Yang paling win sekali bila aku mintak ketiga-tiga artis tu tanda tangan kat botol kuih siput tu. Ngeh-ngeh....!.
Macam biasa kesudahannya di akhiri dengan acara Pn Blog berposing diri sendiri di sekitar tempat kejadian. Walla...
Sambung lagi di lain keluaran, daaaa.....!!!