/**/

Pages

Subscribe Twitter

Menang Hadiah Utama Cabutan Bertuah Kereta Proton Saga


Rezeki milik Pn Blog

Menang sesuatu dalam pertandingan atau cabutan bertuah memang sangat diimpikan semua orang. Lebih-lebih lagi kalau hadiah yang ditawarkan tu lumayan jumlahnya.

Aku nak abadikan dalam blog aku ni satu kenangan manis bila aku terpilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah di sebuah pasaraya Giant, Johor Bahru.
selesai



Nak dijadikan cerita, pertengahan tahun 2009, Proton keluarkan satu jenama baru kereta Proton Saga BL MT. Waktu tu aku hanya ada kereta proton wira sahaja. Masa lunch, aku naik kereta baru kawan aku yang baru beli kereta proton saga baru ni.

Dalam hati aku terdetik, besar jugak kereta saga baru ni. Kalau la aku dapat kereta saga macam ni kan bagus. Bestnya duduk dalam kereta baru.



Giant Hypermarket Tampoi  
54, Jalan Bertingkat Skudai, Kawasan Perusahaan Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

Tel: +60 7-238 4388

Buka setiap hari : 10 pagi - 10 malam





Aku masih ingat lagi, penghujung tahun 2009, tetiba hati aku tergerak nak balik lunch kat rumah. Malas nak join kekawan makan kat luar macam selalu. Sampai je rumah, aku tengok ada beberapa keping surat untuk aku dan salah satunya dari Giant. Dalam hati berkata, malas lah nak buka surat Giant tu sebab mesti macam-macam sale offer suruh aku beli wat perabis duit ja. So aku campak je surat tu terus ke dapur untuk makan.

Selesai solat zuhur, hati aku tergerak nak tengok surat Giant tu. Mana lah tau kot ada offer bagus, bole la grab dulu. Kalau dah kaki shopping memang macam tu la. Kih-kih...

Cari la satu ruang tamu baru jumpa semula kat bawah meja. Bila buka ja surat tu, aku terkejut, terkedu, mata terbontang besar, mulut ternganga...jeng...jeng...drama sangat ni (korang sila bayangkan macam tengok drama orang terkejut ya). Aku ulang baca kali kedua untuk pastikan betol ka apa yang aku nampak ni?.




Nak confirmkan, aku segera capai telefon dan dail nombor tertera dan bertanya benarkah seperti isi surat yang aku terima tu. Bila staf tu mengiyakan kebenaran isi surat tu, aku terus menjerit dan melompat kesukaan sambil tak henti-henti mengucapkan syukur. Tak sangka aku menang hadiah utama 'kereta proton saga BL MT'. Aduhai senyum sampai ke telinga katanyer.

Baru aku ingat, ada sekali tu lepas bershopping, aku masukkan resit belian dalam kotak cabutan bertuah sambil tu aku bagitau anak bungsu aku, kereta proton saga yang dipamirkan kat situ aku punya. Tak sangka masin mulut aku, akhirnya rezeki memihak pada ku untuk menang cabutan bertuah yang dianjurkan oleh pihak Giant.




Hari yang dinanti telah tiba untuk majlis meraikan semua pemenang. Majlis diadakan 3 hari awal dari tarikh lahir aku. Kiranya advance hadiah la untuk besday tahun 2009. Yeehaa...




Aku tak bagitau sorang pun famili aku termasuk suami dan anak-anak serta kekawan ofis semua. Saja nak buat surprise. Tiba masa yang ditunggu, aku ajak famili aku pergi ke Giant dan bagitau aku nak terima hadiah besar. Suami dan anak-anak tak percaya siap gelakkan aku lagi sebab aku selalu main-main dan buat kelakar. Tak pa, korang tengok ja nanti ya. Ni bukan main-main tau, ni kejadian betol ya. Ngeh-ngeh...

Sampai je kat Giant aku terus menuju ke pentas untuk daftar nama. Dah ramai yang berkumpul dan duduk depan pentas yang disediakan. Bila aku daftar je, terus staf kat situ semua kata, waa ni Pn Hamidah ya. Tahniah puan. Ececeh kembang semangkuk aku rasa.




Famili aku plak apa lagi, diaorang masih ingat aku main-main dan kalau menang pun hanya hadiah biasa ja. Tak pa, aku bagi can korang melopong eh. Tunggu tau...

Tiba saatnya nama setiap pemenang diumumkan dan pemenang diminta naik ke atas untuk menerima hadiah masing-masing. Bila nama aku tak dipanggil lagi, sekali lagi famili aku senyum-senyum sebab ingat aku buat lawak.


Pemenang saguhati



Pemenang tempat ketiga



Pemenang tempat kedua



Pemenang tempat pertama


Bila pengacara umumkan hadiah pemenang utama dan nama aku disebut dan aku dijemput naik ke pentas, baru lah semua melopong tak percaya. Haaa...Hamidah menang hadiah utama tau uolls...surprised !.


Pemenang utama


Nampak keceriaan di wajah famili aku. Ni bukan dongeng tau, ni alam nyata ya. Senyum sampai ke telinga katanyer bila tengok aku diwawancara oleh pengacara dan pengurus Giant. Sampai sekarang bila aku dengar muzik lagu yang dimainkan waktu aku dipanggil naik ke pentas, aku akan senyum ingat hari bertuah tu.




Selesai upacara di pentas, aku diarak ke kereta untuk acara sambutan hadiah kemenangan. Diiringi ribuan belon dan muzik serta disaksikan famili, sahabat dan orang sekeliling, terasa diri macam selebriti plak. Perasmian kereta menjadi milikku. Syukur...

Aku belanja korang video acara berkenaan kat penghujung cerita ni ya. Kenangan mengusik jiwa katanyer.




















Selesai acara tersebut, aku diiring ke tempat jamuan untuk diraikan bersama-sama pemenang yang lain minum petang.







Sambil berborak dengan pihak pengurusan Giant, aku dapat plak selit bisnes aku kat situ dengan pengurus Giant. Menyelam sambil minum air ya...




3 hari selepas tu, pihak pengurusan Proton Kuala Lumpur datang bawa geran untuk aku sebagai pemilik kenderaan dan register plat no Johor.

Sekali lagi ku panjatkan kesyukuran kerana keajaiban berlaku, nombor pendaftaran aku sama dengan kereta proton wira yang aku miliki sekarang. Yey...




Setel urusan di JPJ, baru lah ke Giant semula untuk mengambil keretaku pulang. Snap la sikit gambar kenangan bersama staf Giant dan Kuala Lumpur.











Selesai semua urusan , aku bawalah kereta keluar dari Giant. Dah macam kereta pengantin plak bila penuh riben perhiasan keliling kereta.













Sempat singgah ofis sekejap sebab hantar geng bas sekolah yang setia meneman hingga proses selesai. Boss dan staf yang lain semua ucapkan tahniah dan kata aku seorang yang bertuah. Alhamdulilah...Amin !.

Bila sampai ke rumah, semua jiran datang ke rumah untuk ucapkan tahniah dan turut gembira atas kemenanganku itu.




Benarlah bagai dikata, kita mesti menyimpan angan-angan untuk mencapai impian kita hendak memiliki sesuatu. Begitu lah dengan aku. Alhamdulilah angan-anganku tercapai akhirnya. Bersyukur aku padaNya yang memberi segalanya padaku. Amin...!

Sekian celoteh untuk penutup tahun 2016. Jumpa lagi di tahun yang baru 2017.

Semuga sinar kebahagian dan kejayaan akan berada dalam genggamanku. Doaku juga agar kita semua sentiasa di bawah lindunganNya. Amin...!!!



Kenangan terindah untukku...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Kemeriahan Sambutan Ulangtahun Kelahiranku - Disember 2016


Hepi besday 2 me...


Tahun ni rasa hepi sangat sebab hari lahirku di sambut meriah bersama orang-orang tersayang. Sampai ada yang kata Disember yang bertuah ya Meed Mickey? Hehe...



Sambutan Pertama

Taman Murni, Batu Pahat, Johor





Aku diraikan oleh sepupu belah arwah mak di Batu Pahat.

Selesai majlis kenduri yang diadakan, tetiba sepasukan anak-anak comel keluar berjumpa aku yang sedang rancak berbual dengan mak saudara dengan membawa rainbow fresh cream cake sambil menyanyikan lagu besday untuk aku.

Waa...terharunya ku rasa dan gembira sangat. Tak sangka diaorang ingat besday aku. Cantik dan besarnya kek, sayang plak nak makan.






















Yang buat aku lebih terharu, diaorang siap bagi aku surprised present. Korang rasa apa benda tu? Jeng..jeng..jeng...aku dapat handbag dan tupperware. Baru petang tadi aku usha2 nak beli handbag dan kasut baru nak tambah koleksi. Tak sangka akan dapat hadiah.

Alhamdulilah...terimakasih sangat-sangat sepupu dan anak-anak sepupuku. Love uolls ketat-ketat.





Sambutan Kedua

Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor





Aku diraikan oleh Mr Presiden dan Team Penulis Skrip Malaysia di Damansara Damai.

Selesai ja mesyuarat terakhir untuk 2016, aku dikejutkan dengan pemberian red velvet cheese cake dan nyanyian besday oleh team CGM. Video nyanyian telah dimuat turun di youtube oleh Mr. Randolph. Korang bole search Hamidah's Birthday di youtube ya.
Aku sempat bagi kayu massage pada team sebagai tanda penghargaan. Tq uolls...!











Sambutan Ketiga

Apartment Mewah USJ, Subang Jaya





Aku di beri kejutan oleh adik aku di rumahnya di USJ. Chocolate moist cream cake dan jamuan steamboat yang simple tapi sedap dan mengenyangkan.



















Tak lupa jugak pemberian hadiah dari adik tersayang, walau pun comel tapi tetap aku hargai. Sayang korang ketat-ketat.





Sambutan Keempat

Bigfood Restaurant, Kolam Air, Johor Bahru





Aku diberi kejutan sekali lagi oleh en. hubby dan anak-anak tercinta. Selalunya diaorang bagi surprised malam besday tapi disebabkan en. hubby out station selama 4 hari so lewat la sambutannya.

Kali ni kami sambut di Restoran Bigfood di Kolam Air, Johor Bahru. Chocolate rice fresh cream cake menjadi pilihan kali ni. Diiringi pemuzik khas nyanyikan lagu besday untuk aku. Meriah sungguh malam ni.










Tengah syok nak start potong sambil diringi nyanyian besday oleh pihak restaurant, tetiba ada budak kecik datang menyelit duduk kat sebelah. Puas mak bapak dia panggil dia tak endahkan. Dia nak kek katanya.

Tak pa besday girl bagi kek nanti ya. Meh la kita duk sama-sama nyanyi, potong kek dan makan sama-sama. Comel jugak budak ni. Panglima-panglima aku pun rajin plak melayan keletah dia.







Tak lupa jugak pemberian hadiah seperti biasa oleh keluarga tercinta. Sayang korang sangat-sangat. Muah ciked.





Sambutan Kelima

SDS Cafeteria, Taman Universiti, Skudai, Johor





Aku diraikan di SDS Cafe oleh staf ofis @ geng bas sekolah. Chocolate cranbery cream cake diiringi nyanyian besday oleh korang amat menyentuh hati. Tq uolls atas pemberian kek dan belanja makan.

Harapan ku satu hari kita dapat sama-sama meraikan hari keluarga bersama-sama. Jom kita set up masa yang sesuai.














Sambutan Keenam

Thistle Johor Bahru Hotel





Aku diraikan oleh geng bisnes. Kiranya ni penutup la kan sebab lagi sehari ja habis tahun 2016. Tak sangka plak diraikan kat tempat yang best dan romantik. Siap nyanyi ramai-ramai lagi diiringi tiupan lilin atas Manggo fresh cream cake. Sayang-sayang Dato Meed katanyer. Hehe...










Tq jugak pada pemberian hadiah yang amat bernilai. Sememangnya hadiah-hadiah tahun ni adalah semua yang aku impikan dan alhamdulilah akhirnya dapat jugak dimiliki. Akan kuhargai semuanya selamanya.







Sebelum tutup bicara, terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat memberi surprised sambutan dan besday present yang memberi makna dan kenangan untuk tahun ni. Sayang korang.. muah ciked...!



Jom nyanyi sama-sama

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai