/**/
Subscribe Twitter

Tema Bollywood Di Annual Dinner Deliza Beauty & Spa, Johor


Jom bergelek hindustan...

Hai korang, disebabkan cerita lain belum siap diberi water mark, meh la layan citer aku yang baru selesai 2 hari lepas.

Sebenarnya Jumaat lepas aku dah plan untuk meraikan sekali lagi hari lahir aku bulan ni. Tapi pagi tu dapat whatsap dari salah seorang agen aku jemput ke annual dinner khas untuk pekerja dan supplier dia pada malam tu.




Majlis makan malam di adakan di salah satu restoran hotel terkemuka di bandar Johor Bahru ni.


Infusion CafĂ© | Restaurant  
2/33, Jalan Seladang, Taman abad
80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tel: +60 7-288 2999





Tema adalah Bollywood Night. Aduhai mana nak cari baju ni? Belek baju Bollywood yang pernah ada semua dah tak muat. Adakah baju tu mengecil atau badan aku yang membesar dengan jayanya? Bhahaha...

Nak pergi Shopping Mall beli baju baru memang malas nak keluar sebab hujan dan aku memang agak cerewet memilih. Bimbang ambil masa yang lama plak kat shopping mall tu nanti.

Dek kerana kesuntukan masa dengan nak cari 2 barang hadiah lagi untuk cabutan bertuah, jadi aku sambar ja la baju apa yang ada. Sempat lagi jumpa agen yang nak restok barang bisnes. Gitew masa terisi di hujung minggu.




Merelik-relik gitew Pn Pengasas dan pekerja-pekerja dengan pakaian Bollywood masing-masing. Sempat la berwefie sana sini.







Dapat cenderamata lagi tau. Best sangat ni.




Persembahan dimulakan jam 9 malam. Suami merangkap penasihat Deliza Beauty & Spa beri kata-kata aluan dan diikuti dengan persembahan tarian oleh penari cilik di pentas. Dah kata tema Bollywood haruslah tiap masa didendangkan dengan nyanyian dan tarian Bollywood. Janam..janam..jahanam...hahaha..




Semua supplier duduk semeja dengan pengasas Deliza Beauty & Spa. Jadinya bila tiba waktu makan, hanya tetamu yang diundang sahaja bangun ke meja lain untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet.

Aku dan jemputan VIP yang lain hanya duduk sahaja di meja menunggu hidangan disajikan depan mata. Bole tahan la makanan yang disediakan. Sila makan nasi dan lauk-lauk berat dulu ya.




Setel ja staf katering bawa mushroom sup. Yang ni pun sedap jugak. Sambil tu staf tanya nak minum coffee atau tea. Of course la Pn Blog pilih coffee kan.




Sambil makan, persembahan pakaian Bollywood tercantik dan cabutan bertuah diadakan. Tapi cabutan ni hanya untuk pekerja sahaja. 8 nombor ja disediakan. Adey...






Tak habis lagi mengunyah kami semua diberi hidangan pencuci mulut iaitu kuih muih dan buah-buahan. Terlupa plak nak snap gambar makanan tu sebab ralit tengok persembahan di atas pentas. Yang bestnya MC pun turut sama menyanyi. Cewah...




Buka sahaja cabutan bertuah disediakan, tapi award berupa sijil dan cenderahati diberikan pada staf Deliza Beauty & Spa mengikut kategori. Pekerja terbaik, pekerja terajin dan pekerja yang paling lama berkhidmat.




Paling best sekali, ada jugak cenderahati kenangan untuk para supplier yang diundang. Bole cuba la pakai barang-barang ni. Tq Liza.









Akhir sekali, Pn. Pengasas beri ucapan penutup majlis dan sesi bergambar beramai-ramai.




Walau pun majlis ni dibuat secara kecil-kecilan antara pekerja sahaja tapi meriahnya tetap terasa. Staf yang sporting dan tetamu yang menawan.




Kalau orang lain mesti akan berasa hati sebab dijemput last minit tapi aku tak pernah fikir macam tu. Aku tetap cuba hadirkan diri sebagai tanda sokongan pada agen aku ni dan yang penting nilai persahabatan tu harus dijaga.




Tahniah diucapkan pada Pn Arlizah sebagai Pengasas Deliza Beauty & Spa kerana berjaya mengadakan program ni. Semuga bertambah rezki dan hubungan perniagaan sesama kita kekal berpanjangan sampai bila-bila. Inshaallah...Amin !.




Persahabatan dan urusan perniagaan bukan diukur dari kedudukan tapi diukur dari kesetiaan dan keakraban sesama peniaga. Setuju tak?


Tutup apa yang patut tu...haha



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak