/**/

Pages

Subscribe Twitter

Meraikan Kejayaan Anak Di Majlis Konvokesyen Instedt Ke 10, Persada, Johor


Alhamdulilah syukur, berjaya akhirnya...Tahniah anak ibu!

Dah lama nak citer tapi tak citer jugak. Akhirnya dah setahun berlalu baru dapat bercerita. Nak wat camna Pn Blog sibuk manjang. Sabo ja la kan...

Hari ni genap la setahun anak bujang sulong bergraduasi. Majlis gilang gemilang bertempat di Persada Johor pada 29 November 2015.



Pusat Konvensyen Persada Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru
80730 Johor Bahru, Johor

Tel: +60 7-219 8888





Awal pagi dah berada kat Persada semata- mata nak meraikan hari bersejarah anak sulongku. Angkut sekali semua anak yang lain biar mereka terkesan dengan kejayaan abang mereka.







Tak sempat makan kat rumah sebab nak cepat sampai untuk dapat tempat terawal masuk dewan. Tak kisah la setakat minum pagi, kat restoran situ pun ada.

Seperti dijangka aku adalah tetamu terawal. Apa lagi cari makan dulu la. Hehe...




Sempat lepak sekejap kat restoran tu. Siap posing lagi anak beranak ni.




Bila diumumkan bole masuk ke dewan apa lagi aku beratur depan sekali la. Tiket hanya untuk ibu bapa sahaja. Makanya dua anak lagi tu kena la duduk di luar dewan sehingga selesai. Nasib baik masing-masing pandai bawak diri. Siap makan KFC lagi dua beradik ni.




Alhamdulilah aku memang dapat tempat duduk hadapan sekali dan berdekatan dengan kumpulan pelajar anak aku. Apa lagi acara snap sana snap sini pun diteruskan.







Tiba masa ke acara kemuncak iaitu para pelajar diminta beratur mengikut kategori masing-masing untuk menerima sijil dan diploma sendiri. Apa lagi, sedia la untuk jalankan tugas masing-masing. Ayah snap gambar, ibu rakam video. Hasilnya macam kat bawah ni.







Aku belanja rakaman video sket ya, hasil kreativiti Pn Blog. Kalau internet korang tak laju, bole la tengok kat youtube. Aku dah tepek kat situ.




Selesai acara dan selepas keluar dewan, macam biasa la ada pelbagai jualan jambangan bunga dan rakaman gambar studio. Harga bergantung pada stail dan saiz frame yang diminta.




Sebelum berfoto-foto tu semua jemputan diminta ke dewan jamuan untuk makan tengahari. Bole tahan la lauk semua sedap-sedap. Masa tu la anak bujang nak berjoin sakan dengan kawan-kawan yang lain. Hepi nampak semuanya, maklum la dah habis belajar dan nampak hasil penat lelah masing-masing pada hari tu.













Selesai makan kitaorang naik ke tingkat atas semula untuk sesi fotografi ala-ala studio. Masing-masing tunggu giliran sebab semua nak merakamkan memori indah bersama keluarga tercinta.










Setel bergaya ala-ala di studio, kitaorang masuk semula ke dewan untuk bergaya atas pentas sebagai kenangan. Maklum bukan selalu kan so kena ambil peluang sebaiknya. Huhu...










Tak cukup atas pentas, bawah pentas pun sibuk berposing lagi. Macam biasa Pn Blog yang terlebih over berposing. Model alaf baru la kata kan. Bukan selalu bole dapat kesempatan macam ni tau. Hehe..











Sempat pulak masing-masing bergaya dengan jubah konvo. Biar melekat plak lepas ni anak yang dua orang lagi tu akan dapat ijazah seterusnya. Inshaallah...













Dah puas mengabadikan memori bergambar dengan pelbagai gaya, maka tiba la masanya untuk jubah dipulangkan semula pada pihak kolej. Adoyai napa la cepat sangat. Dua hari ja, kalau tak, bole berposing kat taman bunga plak. Hehe...







Apa yang aku perhatikan semua ibu bapa yang hadir terpancar wajah kegembiraan yang amat nyata. Sudah pasti kita sebagai ibu bapa akan rasa bangga kalau anak berjaya habiskan pelajaran mereka ke peringkat yang tinggi.




Doa aku selalu mengiringi anak bujang kesayangan aku ni. Semuga jadi contoh pada adik-adik mengikuti jejak untuk berjaya dalam pelajaran dan menggenggam segulung ijazah untuk mencapai cita-cita menjadi insan yang berguna pada ibu bapa, bangsa dan negara.

Paling penting untuk berjaya dalam kehidupan dan mendapat kebahagian hidup, menjadi anak yang soleh pada buat diri sendiri dan ibu bapa di dunia dan akhirat. Inshaallah...amin !!!







Semuga anak-anak ku yang berdua tu akan dapat mengikut jejak langkah abangnya ni. Ibu selalu mendoakan kejayaan dan kesejahteraan hidup kalian. Ibu sayang anak-anak ibu !!!.


I know u can do it son...!




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai