/**/

Pages

Subscribe Twitter

Jom Bershopping Di Ho Chi Minh, Vietnam



Standby ongkos yer...

Banyak betol citer lama melancong ke merata negara terkempam lama kat lubuk, antaranya pengalaman melancong ke Vietnam. Dah bersarang bagai. Jadinya meh la kita kemas sket-sket blog percutian yang dah lama berkulat tu. Jom folo citer aku bercuti ke Vietnam selama 5 hari 4 malam. Stay tune...





Sebelum bertolak macam biasa aku akan beli makanan dan jajan takut kat sana susah dapat makanan. Tapi kan, korang tak payah la beli banyak-banyak jajan macam aku sebab kat sana tersangat lah senangnya dapat makanan atau jajan. Tak macam kat Guangzhou, China dulu.




Disebabkan beg yang dah penuh dengan barang shopping so hari terakhir kat sana aku sedekahkan ja jajan tu semua pada sorang makcik yang aku rasa sedikit susah hidupnya. Ada riak gembira kat wajahnya bila dapat jajan aku bagi tu. Alhamdulilah.



Tan Son Nhat International Airport  
Tân Bình, Ho Chi Minh, Vietnam

Tel: +84 8 3848 5383





Aku bertolak ke Ho Chi Minh jam 650 petang dari LCCT. Penerbangan mengambil masa 1 jam 55 minit. Waktu Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia.




Masa ni bila naik kapal terbang aku tak rasa takut sebab belum dengar macam-macam cerita pasal kapal terbang jatuh atau sebagainya. Jadi muka Pn Blog sentiasa senyum macam kat bawah ni. Pet pot pet pot. Hehe...




Mendarat ja kat lapangan terbang Tan Son Nhat, aku baru terfikir nak tukar matawang Ringgit Malaysia ke Vietnam Dong dan US Dollar. Adoyai napa la bole terlupa nak tukar siap-siap. Leceh betol la. Semua ni gara-gara dengar cakap kawan la elok tukar kat sana. Lagi bagus korang tukar kat Malaysia siap-siap jadi tak kelam kabut. Ingat tau !.




Sebaiknya korang bawak 3 jenis matawang ya. US Dollar (USD), Vietnam Dong (VND) dan Ringgit Malaysia (RM). Pasal apa aku cakap macam ni? Meh aku ajar sket.

US Dollar korang gunakan untuk bayaran pakej tour, bayaran hotel dan harga kain/pakaian dalam pasar Ben Tanh.

Vietnam Dong korang gunakan untuk bayar teksi, bayar spa (kalau pergi la), beli souvenir dan makan minum.

Ringgit Malaysia korang gunakan untuk beli pakaian, souvenir dan lain-lain di pasar malam Ben Tanh. Tapi kena hati-hati jugak sebab tak semua penjual kat situ terima RM tau.







Setel tukar duit, aku pun terjah naik teksi. Memang berderet la teksi menunggu kat situ. Elok korang naik Teksi Vinasun atau Mai Linh sebab guna meter. Tapi hati-hati sebab teksi Mai Linh tu pun penipu jugak. Ikut nasib la kan. Hmmm...banyak betol kena berhati-hati kat Vietnam ni. Sabar ja la.




Aku stay kat Saigon Pink 2 Hotel. Nanti aku review hotel ni pada last entry melancong macam biasa ya. Sampai je staf hotel kata aku kena tipu dengan teksi tu jugak sebab sepatutnya bayaran lebih murah. Elok korang minta pihak hotel call kan teksi, lebih jimat dan jangan lupa sebut 'use meter' dengan driver teksi ya.




Jangan la suka-suka nak naik beca. Pada kita lagi murah kan naik beca tapi orang beca ni lagi penipu besar. Nanti aku story kat entry lain ya.

Dah setel check in dan masuk bilik, aktiviti eksplorasi tempat-tempat menarik di Vietnam bermula dengan bershopping kat Pasar Malam Ben Tanh. Aku decide tak nak beli dulu, nak ronda-ronda je. Tapi terbeli jugak sepasang telekung dan beberapa souvenir yang cantik.




Ok la, nanti aku sambung di entry yang sepatutnya untuk citer yang lain. Harap dapat menunggu story telling aku selanjutnya dengan sabar ya. Kui-kui...


Bohong ke tipu ni? Tak jumpa pun...



Lagi cerita jalan-jalan di VIETNAM :

Bertolak ke Vietnam
Melawat Cu Chi Tunnels
Persembahan Water Puppet dan Pasar Malam Ben Tanh
Pasar (Siang) Cho Ben Tanh
Naik Sampan dan Bot di Sungai Mekong
Saigon Post Office, Notre Dame, War Museum, Pasar Binhtay
Review Hotel Saigon Pink 2



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai