Hai korang kali ni aku nak share citer rawatan pemeriksaan pap smear untuk kanser serviks. Dah 3 tahun lepas buat pemeriksaan pap smear ni, so aku rasa lebih baik aku buat lagi tahun ni.
Kali ni aku lupa plak nak buat ujian pemeriksaan kat KPJ, sebab pemeriksaan dulu ujian di buat kat klinik yang aku selalu pergi. Mula nak tunggu doktor yang buat pemeriksaan tu bertugas, tapi macam malas plak nak menunggu lama. So decide buat pemeriksaan rawatan dengan doktor sorang lagi ni. Kata staf kat situ doktor ni pun okay jugak.
Klinik Siti Fatimah
4, Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor, Malaysia
Tel: +60 7-520 7630
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 10 malam
Ahad - 5 petang
Harga : RM35
Waktu yang sesuai untuk lakukan pap smear adalah 7 hari atau 10 hari selepas bersih dari haid. Digalakkan tidak membuat hubungan seks bersama pasangan dalam tempoh tu bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan memuaskan.
Sebenarnya malu nak cerita pengalaman kali ni tapi untuk berkongsi ilmu aku gagahkan jugak tangan menulis.
Walau pun aku pernah buat pemeriksaan sebelum ni tapi perasaan gementar tu tetap ada. Lagi la bila tengok peralatan yang digunakan. Takutnya...huhu.
Nasihat aku, kalau korang nak buat pemeriksaan, cari la doktor yang berpengalaman dan lembut. Doktor aku dulu memang sangat lembut dan tak rasa sakit pun. Sakit sikit dan tak selesa tu adat la kan. Macam zaman pengantin baru katanyer. Haha...
Tapi doktor kali ni macam kasar sikit dan gopoh. Korang bayangkan alat yang macam muncung itik tu dimasukkan dan dibuka kat dalam dengan ganas, memang giler sakit la kan. Sementara nak tunggu dia ambil / korek sel kat dalam tu, aku dah tak larat nak tahan nafas macam yang diarahkan dek kerana menahan sakit. Nasib baik proses pemeriksaan sekejap ja tak sampai 5 minit pun. Fobia giler kali ni beb.
Selesai rawatan, waktu bersihkan apa yang patut, aku dapati ada sedikit darah. Aku bagitau doktor dia kata tu perkara biasa. Lagi pun tengok sel yang diambil tadi bersih. Siap dia tanya aku apa petua aku gunakan untuk kebersihan dalaman. Kembang sekejap kat situ tak jadi nak marah. Huhu...
Doktor kata dalaman kita tu lembut macam dalam lubang hidung kita. Bila alat dimasukkan dan dibuka kat dalam, kadang-kadang akan melukakan sedikit dinding yang lembut tu. Jangan risau sebab itu adalah proses normal.
Adoyai, kalau dah tau benda tu lembut, sila la buat perlahan-lahan ya Pn Doktor. Ish..ish..
Aku tak puas hati sebab tak pernah jadi macam tu dan rasanya sebab doktor tu buat agak kasar sikit. Cuak la jugak kan. Tanya jugak kawan-kawan lain pernah ke alami proses macam tu?
Ada juga yang pernah hadap macam yang aku kena ni. Malah darah lagi banyak keluar, waktu tu ja la katanya. Diaorang kata proses normal la tu beb. Owh camtu ke, baru la aku tau.
Kelakarnya bila diaorang sound aku, eh ko punya comel sangat, anak dara lagi la tu. Kih3...Lawak betol la geng-geng bas sekolah aku ni.
Keputusan akan keluar dalam masa seminggu ya. Sabar menanti wahai hati.
Seperti yang dijanji aku terima keputusan pap smear selepas seminggu pemeriksaan. Syukur alhamdulilah, semua dalam keadaan baik dan sihat. Amin !!!
So korang bila lagi? Jangan takut untuk buat rawatan pap smear ni. Bak kata doktor, sayangi diri sendiri sebelum sayangkan orang lain.
Daaa....