Dah lama tak review produk. Jom aku share kongsi guna satu produk ni. Malu nak citer tapi tak pa, kita-kita ja yang baca kan?. Bukan sapa pun. Hehe...
Pelbagai jenama produk artis terkenal sekarang keluarkan. Salah satunya produk Che Ta ni. Sapa tak kenal Che Ta, kenal Che Meed pun jadi la. Wakakaka...
Pencuci Goyang Segar Che Ta
RM29
Aku memang selalu tukar-tukar pakai pencuci miss V ni. Asal ada keluaran produk baru ja laju je aku pergi cari. Mana yang aku rasa best guna aku akan ulang beli lagi. Kekadang pening nak cuba mana satu. Semua testimoni sama ja sebab copy paste. Tak kuasa akak tau.
Masa buka penutup botol tu tetiba ja bau macam clorox. Eh biar betol ni. Takutnya nak guna. Hilang nak cantik jadi lain plak. Hahaha...
Dah beli jadi kena la terus guna. Bila tuang kat tapak tangan baru ada bau lain sikit. Bau bunga Jasmine. Korang pernah bau tak bunga ni? Kalau tak tau pergi lah cepat kedai bunga mintak nak cium bunga Jasmine.
Tak payah la aku ajar cara guna sebab semua orang mesti dah tau guna pencuci ni kan? Cam tak biasa plak? Bukan susah pun. Basahkan tangan tu, tuang sedikit sebab cecair ni pekat dan sapu la kat tempat sepatutnya. Lepas cuci, bilas la dengan air semula. Senangkan?
Korang boleh rasa sedikit berangin la bila guna pencuci ni. Tapi tak lama dan bau pun tak berapa nak best la sebab ada lagi yang aku rasa lebih wangi dari ni. Apa pun masing-masing punya citarasa kan. Ikut selera la ya.
Walaupun botol tu kecil tapi boleh bertahan beberapa bulan even korang guna 2 kali sehari sebab cecair tu agak pekat. Sangat jimat ok.
Botol yang comel tu pun memang sesuai untuk bawa travel. Cun je gambar Che Ta kat situ. Pandai Che Ta ni, bila korang guna produk dia, korang akan ingat dia sebab buka ja botol nampak muka dia. Tuang ja botol dia tengok korang plak. Skodeng sket eh...Hehe...
Ok jumpa lagi di lain keluaran. Bye...!