/**/

Pages

Subscribe Twitter

Permohonan Baru Surat Beranak @ Sijil Kelahiran Yang Hilang


Surat beranak aka sijil kelahiran...

Surat Beranak @ Surat Kelahiran adalah benda yang sama. Bezanya orang zaman dulu panggil surat beranak (kasarnya bunyi kan) dan zaman moden sekarang panggil surat kelahiran. Lembut sikit bunyinya. Nak tahu apasal tetiba aku nak up story ni? Meh folo...

Aku memang jarang nak berurusan dengan pejabat kerajaan lagi-lagi yang kena beratur panjang macam nak beli tiket wayang walau pun ada sistem nombor. Kad pengenalan pun aku belum tukar yang baru lagi. Teruk betol kan? Hehe...

Nak dijadikan cerita, aku terpaksa pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor Bahru untuk membuat permohonan baru kehilangan surat beranak atau sijil kelahiran kakak dan adik aku. Untuk apa? Itu biarlah menjadi rahsia keluarga. Nak bagi harta ke? Hehe...



Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor Bahru
Jalan Setia Tropika 1/29, Setia Tropika
81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tel: +60 7-234 1690
Fax: +60 7-2371696

Ahad - Rabu: 7.30 pagi - 5.30 petang
Khamis - 7.30 pagi - 4 petang





Bila nak mencari parking memang menyakitkan hati. Please la, kalau dah tau nak buat bangunan kerajaan kat situ tolong lah sediakan tapak parking yang besar dan luas sikit. Bukan tak tau yang rakyat Johor dah ramai yang berkereta. Pusing punya pusing tak da yang kosong. Ada tu aku tengok sampai bergaduh-gaduh berebut tempat parking. Tak sempat plak nak snap gambar. Huhu..




Parking sebelah banyak kosong tapi khas untuk staf sahaja. Poyo betol kan?




Nak ja aku hempuk RELA yang jaga tu sebab jawab dengan berlagak. Kalau rasa penat tak yah keja, balik rumah tido je atau cari kerja lain. Tak menyakitkan hati oranglain. Betol tak?.




Tak berapa nak perasan ada berapa bangunan tapi Jabatan Pendaftaran Negara di blok 2. Jenuh berpusing aku berjalan keliling kawasan. Pakai high heel, beg berat macam ada batu. Sapa suruh kan, padan muka aku. Angkut ja la jauh berjalan tu. Tak pa bila lagi nak bersenam kan. Ni la masanya. Yeha...







Peliknya, korang bole nampak tak kat gambar ni perkataan apa yang sepatutnya dibiarkan terang terpampang. Cer korang cari sikit benda yang tersembunyi tu.




Proses kad pengenalan di tingkat @ aras 1 dan proses surat kelahiran di tingkat @ aras 2. Pilih la nak naik lif atau tangga.







Peliknya selalu aku fobia naik lif sorang-sorang tapi kali ni macam ok, tak da rasa takut pun. Sempat snap gambar lagi tau dalam lif ni.







Macam biasa la aku ni mana takut dengan orang-orang gomen ni. Redah ja la kan. Sorang pun jadi, aku ok ja. Tanya kat staf bagaimana proses untuk dapatkan surat beranak atau sijil kelahiran yang hilang dan boleh ke aku jadi wakil untuk ambilkan?




Staf tu kata boleh dan aku perlu isi borang dan bagi fotostat kad pengenalan aku, baru dia bole bagi nombor giliran. Waaa...mudahnya urusan? Bagus sangat ni tak banyak buang masa. Mungkin hari Isnin kot sebab tu tak berapa ramai orang. Cepat ja selesai semua urusan.

Apa lagi, aku turun semula aras bawah untuk fotostat kad pengenalan 30 sen sekeping. Naik semula tapi reject sebab dia nak 2 keping fotostat sebab aku nak ambil untuk 2 orang. Adey, apasal ko tak bagitau tadi nak 2 keping? Bukan ke bole je kepilkan borang tu sekali ja ke sebab orang yang sama je ambil. Atau ko tolong la fotostatkan. Hmmm...tak tau la nak komen apa ni.




Turun la aku lagi sekali ke tingkat bawah nak fotostat. So korang ingat ya, 1 fotostat kad pengenalan untuk 1 borang. Dah setel bagi dan dia cek baru lah dia bagi nombor giliran. Sementara menunggu tu aku snap la sana sini untuk info dalam blog nanti.




Sekejap ja nombor aku dipanggil sebab tak ramai manusia waktu tu. Staf yang uruskan tu pun aku tengok pantas ja dia bekerja. Thumb up untuk ko ya. Bole plak dia tanya aku tinggal Taman Universiti ke? Rupanya kitaorang tinggal berdekatan di Taman Perumahan yang sama.

Bayaran RM5 dikenakan untuk 1 borang permohonan surat beranak. So aku dikenakan RM10 untuk 2 borang. Nanti nak mintak kakak dan adik aku ganti balik double bayaran eh? Hahaha datang feel Haji Bakhil la ni. Kui-kui aku gurau je.




Staf tu suruh aku tunggu sebentar sementara staf lagi sorang print yang baru surat beranak tu. 5 minit lepas tu staf lagi satu panggil nama aku dan serahkan surat beranak baru yang telah di print. Tandatangan tempat yang disediakan dan boleh balik dah ya.




Disebabkan proses yang cepat tu aku decide nak buat kad pengenalan sekali tapi bila tengok beratur panjang, rasa malas plak nak buat. Lain kali ja la, datang pagi-pagi biar dapat nombor giliran pertama.




Tak sampai 1 jam proses permohonan surat beranak atau sijil kelahiran ni dijalankan. Memang tip top. Sap, sap, soi orang kata. Cumanya bab parking kereta yang menyusahkan dan melambatkan semua benda. Kesian pada orang tua yang dah uzur nak kena berjalan jauh.




Ni ja la yang dapat aku coret untuk cerita kali ni. Jumpa lagi di lain keluaran, dada didi dudu...!


Ni la jadinya kalau tak da surat beranak..hehe


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai