/**/
Subscribe Twitter

Kemeriahan Sambutan Ulangtahun Kelahiranku - Disember 2016


Hepi besday 2 me...


Tahun ni rasa hepi sangat sebab hari lahirku di sambut meriah bersama orang-orang tersayang. Sampai ada yang kata Disember yang bertuah ya Meed Mickey? Hehe...



Sambutan Pertama

Taman Murni, Batu Pahat, Johor





Aku diraikan oleh sepupu belah arwah mak di Batu Pahat.

Selesai majlis kenduri yang diadakan, tetiba sepasukan anak-anak comel keluar berjumpa aku yang sedang rancak berbual dengan mak saudara dengan membawa rainbow fresh cream cake sambil menyanyikan lagu besday untuk aku.

Waa...terharunya ku rasa dan gembira sangat. Tak sangka diaorang ingat besday aku. Cantik dan besarnya kek, sayang plak nak makan.






















Yang buat aku lebih terharu, diaorang siap bagi aku surprised present. Korang rasa apa benda tu? Jeng..jeng..jeng...aku dapat handbag dan tupperware. Baru petang tadi aku usha2 nak beli handbag dan kasut baru nak tambah koleksi. Tak sangka akan dapat hadiah.

Alhamdulilah...terimakasih sangat-sangat sepupu dan anak-anak sepupuku. Love uolls ketat-ketat.





Sambutan Kedua

Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor





Aku diraikan oleh Mr Presiden dan Team Penulis Skrip Malaysia di Damansara Damai.

Selesai ja mesyuarat terakhir untuk 2016, aku dikejutkan dengan pemberian red velvet cheese cake dan nyanyian besday oleh team CGM. Video nyanyian telah dimuat turun di youtube oleh Mr. Randolph. Korang bole search Hamidah's Birthday di youtube ya.
Aku sempat bagi kayu massage pada team sebagai tanda penghargaan. Tq uolls...!











Sambutan Ketiga

Apartment Mewah USJ, Subang Jaya





Aku di beri kejutan oleh adik aku di rumahnya di USJ. Chocolate moist cream cake dan jamuan steamboat yang simple tapi sedap dan mengenyangkan.



















Tak lupa jugak pemberian hadiah dari adik tersayang, walau pun comel tapi tetap aku hargai. Sayang korang ketat-ketat.





Sambutan Keempat

Bigfood Restaurant, Kolam Air, Johor Bahru





Aku diberi kejutan sekali lagi oleh en. hubby dan anak-anak tercinta. Selalunya diaorang bagi surprised malam besday tapi disebabkan en. hubby out station selama 4 hari so lewat la sambutannya.

Kali ni kami sambut di Restoran Bigfood di Kolam Air, Johor Bahru. Chocolate rice fresh cream cake menjadi pilihan kali ni. Diiringi pemuzik khas nyanyikan lagu besday untuk aku. Meriah sungguh malam ni.










Tengah syok nak start potong sambil diringi nyanyian besday oleh pihak restaurant, tetiba ada budak kecik datang menyelit duduk kat sebelah. Puas mak bapak dia panggil dia tak endahkan. Dia nak kek katanya.

Tak pa besday girl bagi kek nanti ya. Meh la kita duk sama-sama nyanyi, potong kek dan makan sama-sama. Comel jugak budak ni. Panglima-panglima aku pun rajin plak melayan keletah dia.







Tak lupa jugak pemberian hadiah seperti biasa oleh keluarga tercinta. Sayang korang sangat-sangat. Muah ciked.





Sambutan Kelima

SDS Cafeteria, Taman Universiti, Skudai, Johor





Aku diraikan di SDS Cafe oleh staf ofis @ geng bas sekolah. Chocolate cranbery cream cake diiringi nyanyian besday oleh korang amat menyentuh hati. Tq uolls atas pemberian kek dan belanja makan.

Harapan ku satu hari kita dapat sama-sama meraikan hari keluarga bersama-sama. Jom kita set up masa yang sesuai.














Sambutan Keenam

Thistle Johor Bahru Hotel





Aku diraikan oleh geng bisnes. Kiranya ni penutup la kan sebab lagi sehari ja habis tahun 2016. Tak sangka plak diraikan kat tempat yang best dan romantik. Siap nyanyi ramai-ramai lagi diiringi tiupan lilin atas Manggo fresh cream cake. Sayang-sayang Dato Meed katanyer. Hehe...










Tq jugak pada pemberian hadiah yang amat bernilai. Sememangnya hadiah-hadiah tahun ni adalah semua yang aku impikan dan alhamdulilah akhirnya dapat jugak dimiliki. Akan kuhargai semuanya selamanya.







Sebelum tutup bicara, terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat memberi surprised sambutan dan besday present yang memberi makna dan kenangan untuk tahun ni. Sayang korang.. muah ciked...!



Jom nyanyi sama-sama

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak