Kita sebagai ibu ni, pantang kalau bayi sakit, apa lagi penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis. Kalau ada cara merawat penyakit ekzema dan psoriasis dengan semulajadi dan murah, mesti bagus kan?
Sebab tu lah aku nak review satu lagi produk yang terbaik kali ni. Nak tau benda apa? Kalau nak tau, teruskan bacaan ya.
150g - RM38
Versi lebih jimat
Lebih banyak sapuan
50g - RM24
Versi percubaan
Jimat ruang, mudah di bawa ke mana-mana
WHATSAPP : 019-7194049 (Pn. Meed)
Website : Bedak Asmak @ Meedys

Tadaaa....tu dia produknya. Cantik kan design kat botol tu? Sekali pandang je dah tertarik. Belum guna lagi tu. Kalau dah guna dan tau kebaikannya lagi la korang suka.
Bukan bedak mok cun, bukan bedak sejuk, tapi bedak serba guna. Kenapa aku cakap bedak serba guna? Sebab ianya bukan sekadar bedak yang boleh mencantikkan kulit, tapi lebih menjurus sebagai ubat atau rawatan penyakit kulit.

Bedak ni merupakan produk kedua keluaran syarikat yang sama dengan minyak herba asmak hari tu. Kalau minyak asmak tu untuk merawat semput dan sebagainya, bedak ni pulak tugas dan fungsi dia untuk merawat bahagian luaran badan iaitu kulit.
Tapi kan, bedak ni ada magic tau, dalam pada menyembuhkan penyakit luaran badan, dia juga mampu merawat penyakit dalaman badan tau. Nanti aku citer kat bawah eh.
Bedak Asmak ni dihasilkan dari tanah liat putih berkualiti tinggi dan berbau neutral (tanpa wangian). Kalau korang baca atau tanya pakcik google, mesti korang tau akan kebaikan dan kehebatan tanah liat ni. Sekarang ni kat Tv kan ada citer Razia Sultan (aku tak folo citer ni), yang tengok citer ni kata ada terselit beberapa adengan yang menggunakan tanah liat untuk kelihatan cantik.
Kalau tak caya, korang tengok la semula kat tonton ya. Hehe...
Tugas utama bedak Asmak ni untuk melegakan pelbagai penyakit kulit, ekzema (eczema) dan psoriasis pada bayi. Orang dewasa pun boleh guna tau. Ada beberapa testimoni yang boleh korang rujuk yang aku letak kat bawah ni.
Aku tak bole citer sebab aku tak da masalah kulit so tak bole nak share story.
Yang aku bole share hanya aku pernah guna waktu malam macam bedak sejuk. Dah ramai yang cakap bagus untuk kulit jadinya terpanggil la pulak nak mencuba.
Awalnya takut tapi kuatkan hati sapu la jugak kat muka tu. Harap-harap tak alergic la plak kan. Maklum kulit orang kaya. kih-kih...
Nak tau tak apa yang jadi? Wow...tak percaya la, masa tepek kat muka tu rasa sejuk ja. Mula tepek sikit ja tapi bila dah sejuk tepek la pulak macam bedak sejuk. Sejuknya rasa kat muka macam duk dalam air cond plak.
Esoknya bila cuci muka aku rasa kulit muka ni halus ja. Kalau korang nak cuba pakai sekejap pun dah okay. Cuba la..syok tau !.

Ada sekali tu tangan anak aku macam ada biji bekas gigitan nyamuk ke apa ntah, aku suruh ja dia sapu bedak ni. Dalam 15 minit nampak dah berkurang dan bengkak gigitan tu. Lupa plak nak snap gambar. Sori la ya.
Kalau nak buang daki kat badan yang dah berkerak tu pun boleh tau. Gosok la seluruh tempat yang berdaki tu dan basuh. Tapi jangan plak korang sental kuat-kuat, nanti jadi lain plak.
Kalau ada anak yang kena penyakit kulit ekzema atau psoriasis yang teruk tu, korang sapu la bergilir dengan minyak asmak atau minyak zaitun. Contoh macam ni, kata la hari ni korang sapu dengan bedak, esok korang sapu plak dengan minyak. Begitu lah bergilir seterusnya, macam citer madu 3 yang korang dok tengok selalu tu, Sapa yang cakap? Bukan aku yang cakap, tapi P.Ramlee yang cakap. Hehe...
Kalau tak da masalah atau tak kering sangat, tak perlu lah gilirkan sapuan dengan minyak tu. Pakai bedak tu ja dah cukup. Ok dah faham dah. kalau dah faham meh ke citer seterusnya dan bole ja roger aku kalau nak tanya soalan apa pun.
Selain tu bedak ni bole digunakan untuk merawat panau, kurap, kudis buta dan ruam. Ada customer aku yang sapu masa dia kena cengkering @ chicken pok kat muka. Bila sapu terus hilang tanpa tinggalkan kesan penyakit tu. Korang tau kan, kalau kena penyakit tu kat muka mesti akan tinggalkan kesan lubang macam kawah bulan. Tapi bila guna bedak ni semua tu inshaallah tak da.

Kat atas tadi aku ada cakap bedak ni ajaib kan? nak tau pasal apa aku cakap macam tu? Sebabnya bedak ni pun boleh diminum.
Kalau korang ada penyakit gout atau cirit birit, korang bole cuba minum bedak ni. Minum sikit ja dulu, jangan harung sekali banyak. Kalau dah serasi bole la kalau korang nak minum satu botol tu pun. Haha...
Untuk cirit birit ni Mr Right aku dah cuba. Tiga hari kena cirit birit, pergi klinik pun tak nak baik jugak. Aku paksa minum bedak ni, alhamdulilah serasi dan menjadi. Terus tak cirit lagi.
Minum pun bukan sembarang minum tau. Korang kena minum secubit je bedak tu dan yang penting guna sudu plastik. Jangan pulak korang masukkan jari dalam botol tu lepas tu minum. Tu tak betol tu, jangan tiru aksi macam tu. Ngeh-ngeh...
Dah telan bedak tu, terpulang la pada korang samada nak minum air atau tak. Sendiri punya tekak, sendiri tau. Tak da syarat apa-apa, pilihan di tangan anda. Gitew kekdahnya.
Aku selitkan beberapa testimoni untuk korang eh. Sila tengok kat bawah ni.




Haaa...lagi satu, bekas bedak ni cantik tau. Aku tak buang. Aku basuh lepas tu aku bagi kawan-kawan yang nak untuk diaorang letak bruj atau apa pun barang yang diaorang nak letak. Nak jadikan pasu bunga pun ok. Ikut reativiti masing-masing.
Aku tak simpan sebab aku dah ada tempat simpanan special dan aku tak berapa nak kreatif kalau mood kreatif aku tak datang lagi. Uwaaa...
Ok la, ni je aku nak sembang kali ni. Jangan lupa dapatkan produk kedua ni. Confirm korang tak menyesal sebab harga mampu milik dan dapat selesaikan masalah yang jarang bole kita jumpa penawarnya dan pastinya kos rawatan yang mahal. Tapi dengan hanya sapuan bedak ni saja, mampu menghilangkan penyakit tu dengan izinNya.
Apa lagi uolls, cuba la, jangan takut nak cuba. Kata nak cantik dengan kos yang murah, ni la h dia aku bagi tips untuk korang. Jom..jom.
Detail lebih lanjut :
Hotline HQ : 019-9708897
Website : www.mham.com.my/bedak-asmak
FB : Penawar Ruam Pada Bayi, Penawar Ekzema Mujarab Terkini
Instagram : @mham.sdnbhd
Gambar Testimoni : Album Testimoni
Youtube : MHAM Channel
Info Bedak Asmak juga boleh didapati di FB page : Penawar Asma Mujarab dan Minyak Herba Asmak HQ.
Sebelun tu meh aku belanja jugak satu video bedak ni. Kelakar pun ada..suspen pun ada. Tak caya korang tengok la. Kui-kui...
Jumpa lagi di ruangan sembang kasih lain kali. Tata titi tutu...!.