/**/

Pages

Subscribe Twitter

Pengalaman Mahal Di Cu Chi Tunnels, Vietnam


Jom berperang...


Sambung entry hari kedua di Ho Chi Minh City, Vietnam. Pagi-pagi dah duk tercongok tunggu pemandu pelancong. Ni la salah satu yang aku tak suka kalau pergi melancong kena ikut waktu travel agent. Tak puas nak golek lama atas katil. Haha...

Sebelum tu sarapan dulu kat hotel sebelah. Eh boleh plak korang berkongsi tempat ya pengusaha hotel kat sini. Bagus budaya macam tu.







Jom folo aku ke Cu Chi Tunnels yang katanya tempat wajib pergi kalau datang Vietnam ni. Meh kita tengok best ke tidak bagai di kata.

Perjalanan 1 jam 30 minit agak membosankan sebab keliling sama je macam kat Malaysia. Kekadang tu pemandu pelancong ada jugak la buat lawak. Dari nak tersenggok tidor tak jadi dek lawak yang dia buat tu. Sori la aku tak ingat plak nama mamat ni. Nampak pemalu tapi baik, friendly sangat-sangat.




Sebelum meneruskan perjalanan ke Cu Chi Tunnels, bas berhenti di pusat kraftangan. Ni bukan pusat kraftangan biasa-biasa tau. Kat Malaysia macam tak da ke aku yang tak tau? Hehe...




Korang bole tengok betapa kreatifnya diaorang ni buat @ hasilkan lukisan / arca dengan hanya menggunakan kulit telur yang telah dipecahkan. Sangat teliti dan kemas hasil kerja diaorang ni. Kagum sekejap aku dengan kesabaran dan semangat tinggi diaorang ni nak siapkan kerja rumit macam tu.







Banyak pasu-pasu besar dan tinggi dari kitaorang serta pelbagai perhiasan yang memukau mata ada kat sini. Ikut hati nak angkut semua ja tapi apa kan daya tak terdaya. Muahahaha...










Kitaorang hanya mampu cuci mata ja la kat sini sebab harga memang mahal. Bukan tak mampu beli tapi itu kehendak buka keperluan so kita lupakan ja la. Banyak lagi benda lain kat sini yang kita bole beli. Nak bawak balik Malaysia dah satu hal berat, tak pasal-pasal kena bayar mahal plak kat kastam nanti.







Tapi yang menangkap kat mata aku adalah perhiasan seperti gelang jed dan yang sewaktu dengannya. Haa...yang ni aku rembat satu untuk kenangan. Mahal sikit tak pa sebab berbaloi pakai. Sejuk je terletak kat tangan. Yey...










Setel pusing-pusing kat situ, bas bertolak ke destinasi sepatutnya. Bila dah sampai, rasa teruja tak sabar nak masuk dan meredah hutan. Best sangat ni.





Cu Chi Tunnels
Ấp Phú Hiệp, Phú Hiệp, Phú Mỹ Hưng,
Củ Chi, Hồ Chí Minh 733800, Vietnam

Tel: +84 8 3794 8830





Siap beli tiket, para pelancong dikehendaki melekatkan sticker di baju. Tampal la kat mana yang korang nak asalkan orang nampak sticker tu melekat kat badan korang. kitaorang lalu di tempat yang disediakan untuk mendengar beberapa panduan dan arahan dari pemandu pelancong. Tengok aku mengekor ja mana pemandu pelancong aku tu pergi. Hahaha...







Kami diberi sedikit sebanyak penerangan dan asal usul Cu chi Tunnels ni. Lepas tu di bawa ke dalam hutan di mana ada beberapa replika patung dan berbagai jenis bom atau peninggalan sejarah ada kat situ. Kalau tengok betol-betol macam hidup plak patung tentera tu. Haha dasar penakut ni.







Ada beberapa tempat dalam hutan ni yang korang perlu pergi dan semestinya jangan lupa pakai kasut yang selesa ya sebab korang akan menapak kat kawasan ni. Pertama ke tunnel lepas tu ke tempat menembak dan temple. Muka dah bersilau minyak dek kepanasan, dah tak da makna nya nak touch up bagai. Harung ja la...













Kitaorang dibawa ke tempat perangkap yang dibuat oleh tentera atau gerilla. Memang ngeri la rasa, camna la hidup zaman tu ek? Scary betol...







Macam biasa aku ni memang suka kalau mencuba sesuatu perkara baru. Bila tengok ada ja yang cuba masukkan badan dalam lubang kecil tanah tu, aku pun nak cuba jugak la.

Tapi kesiannya, kalau orang lain semua boleh terus masuk dan tutup lubang tu, bila aku cuba, separuh badan ja yang dapat masuk. Ada kah badan aku yang besar atau lubang tu yang kecik? Tak aci ni, untuk orang badan kecik ja bole masuk dalam ni.

Owh aku lupa orang Vietnam dulu pun memang cemetot je kan. Sebab tu muat masuk dalam tu. Hehe...









Yang paling best sekali adalah pengalaman masuk dalam terowong. Pada mulanya aku takut nak masuk kat dalam tu. Mana taknya, korang kena bongkok kan badan sepanjang berjalan dalam terowong tu. Macam-macam perasaan aku rasa. Dah la gelap dalam tu, tak tau binatang apa yang ada, dan paling teruk sekali aku boleh terpikir kalau la pengsan kat dalam tu, camna plak? Huhu...




Tapi dek kerana kuatnya hati nak merasa pengalaman dan tengok ramai ja yang masuk, aku pun masuk jugak la. Semua tak nak buka lampu handphone konon nak thrill, layan ja la. Larat tak larat ja la ya membongkok tu, redha ja la sebab gatal sangat nak masuk kan, jawab la sendiri.




Baru separuh jalan, bukan setengah jalan tau, aku dah rasa lain macam dah. Dengan gelap, bau tanah, lepas tu tangan macam terpegang benda lembek macam ulat gonggok ke apa ntah, rasa macam nak patah balik je. Tapi tak boleh sebab belakang aku dah ada ramai yang folo. Dah la sempit memang untuk sorang je lalu. Nak menjerit, malu la plak. Adoyai napa la aku buat kerja bodoh ni. Haha..




Wow...akhirnya...jangan tak percaya, dalam pada takut tu sampai jugak la aku ke hujung jalan. Bila nampak cahaya dan mat saleh depan dah jerit kegembiraan bila dah sampai jalan keluar, aku pun sama menjerit. Rasa bangga oit dapat habiskan perjalanan dalam terowong tu. Lompat si katak lompat katanyer...




Tapi serius aku cakap dengan korang, kalau datang Vietnam, korang kena datang tunnels ni. Kalau korang dapat join buat benda-benda macam aku buat tu memang lagi best la. Pengalaman yang tak kan korang lupa. Kalau tak buat, no point la korang datang sini. Jadi sila lah cuba benda-benda tu ya. Aku respek siapa yang mampu buat dan lalui pengalaman hebat dan mahal tu.




Sebelum balik diaorang bagi semua pelancong makan ubi rebus dan teh hijau. Nyaman sungguh. Terbaik ubi dia, manis sangat.




Macam selalu aku sambung semula snap gambar sana sini selagi terdaya kaki ni berjalan dan berposing dengan muka yang berminyak dan badan yang berlengas ni.










Hampir sehari jugak la kitaorang melepak kat Cu chi Tunnels tu. Sebelum sampai hotel, aku merambu kat luar dulu ronda satu kawasan permainan dan rekreasi sekitar bandar.







Suka tengok gelagat mereka bermain sepak yem @ bulu ayam, rasa macam nak join sekaki je. Haha...







Sampai hotel dah petang. Bersihkan diri dan berehat sebab seharian dah berjungle tracking. Ikut hati nak tido dan berehat ja kat bilik tapi kata melancong, harus lah berjalan kan. Lagi la pasar malam tu berapa tapak ja dah sampai.

So plan malam tu adalah menyaksikan water puppet dan naik cruise. Kalau sempat singgah shopping kat pasar malam. Nasib baik masing-masing sedar dari tidor, kalau tak, memang tak merasa la nak tengok persembahan tu semua.

Ok tunggu next entry, sayonara dulu..chow ching chong...!


Beratur masuk terowong eh...



Lagi cerita jalan-jalan di VIETNAM :

Bertolak ke Vietnam
Melawat Cu Chi Tunnels
Persembahan Water Puppet dan Pasar Malam Ben Tanh
Pasar (Siang) Cho Ben Tanh
Naik Sampan dan Bot di Sungai Mekong
Saigon Post Office, Notre Dame, War Museum, Pasar Binhtay
Review Hotel Saigon Pink 2



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai