/**/

Pages

Subscribe Twitter

Hapuskan Lemak Di Dorra Slimming Center, Aeon Tebrau City, Johor


Selamat tinggal lemak katanyer...

Ramai yang tercari-cari petua dan cara nak menguruskan badan dengan cepat. Dah banyak pantang larang, senaman dan peralatan digunakan tapi tak jugak kurus. Mesti korang termasuk dalam kategori ni kan?

Tipu la kalau siapa pun yang dah berkahwin dan beranak pinak tak kan ada lemak di merata badan terutama di perut, peha dan sebagainya. Even anak dara sekali pun kekadang tu ada yang melampau lemaknya mengalahkan orang yang dah beranak ni.

Walau pun sekarang ni macam-macam jenis peralatan dan krim yang boleh menghapuskan lemak, memang kejap ja la guna sebab tak da masa nak layan, semua sibuk dengan hal seharian yang tak pernah habis.

Macam tu jugak la pelbagai pakaian dan korset dari jenama terkenal yang diilhamkan untuk menutup lelemaks yang hinggap kat badan ni. Semua tu sekejap ja sebab tak larat nak menahan nafas dan selera makan. At the end terbiar macam tu je lah. Betol tak korang?




Kali ni aku nak share pengalaman menghapuskan lemak yang ada kat badan ni. Sekaligus kuruskan badan dengan cepat. Tak perlu jaga makan, tak perlu bersenam. Betol ke ni? Tak kan la semudah tu? Kalau tak caya korang boleh datang ke alamat yang tertera di bawah ni.

Dorra Slimming Sdn. Bhd.  
Aeon Tebrau City, No. F26, Jalan Desa Tebrau
81100 Johor Bahru, Malaysia

Tel: +60 7-355 4636

Ahad - Khamis (10 pagi - 10.30 malam)
Jumaat - Sabtu (10 pagi - 11 malam)
Cuti Umum (10 pagi - 11 malam)





Kalau nak buat rawatan ni make sure korang tak period dan bagitau staf kalau ada apa-apa alergic atau penyakit tau. Rawatan dijalankan selama 2 atau 3 jam, jadi aku nasihatkan korang makan la sikit untuk alas perut tu dulu.

Masa aku sampai tu ada beberapa orang menunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan. Ada yang dah beberapa kali datang buat treatment kat situ dan hasilnya memberangsangkan. Teruja jugak dengar citer diaorang ni. Dari badan michelin jadi badan popeye. Korang rasa camna tu? Surprised...




Sebelum buat treatment, staf timbang berat dan ketinggian untuk menentukan BMI. Terlebih ke terkurang ke, masa ni la nak tau ya. Nak snap gambar mesin tak sempat sebab dua tangan ni kena pegang alat apa ntah jadi tak da gambarnya. Pinjam gambar pakcik google ja ni ya.




Keputusannya aku dah terlebih berat, walau pun lebih sikit ja. Sila berubah, jangan makan coklat dan eskrim banyak-banyak eh. Uwaaa...




Setel kat situ aku diminta masuk ke bilik untuk diterangkan lebih lanjut oleh staf yang terlatih. Uniform staf pun dah macam nurse gitew. Sementara tunggu staf datang kita berselfie dulu la. Haha...




Dah selesai dengar segala tok nenek penerangan dari staf tu, dia suruh aku berdiri dan suruh buka semua yang aku pakai kecuali bra dan seluar dalam ja. Oh mak ai...tak kuasanya nak dedah tubuh ni di khalayak ramai. Kalau dengan tukang urut tu dah biasa, tak pa la jugak. Haha...

Nak buat macam mana, redha ja la. Staf ukur semua bahagian terutama yang nampak sangat berlemaknya. Aku area perut ja la, yang lain normal. Masa dalam pantang bersalin, aku tak pakai bengkung sebab bersalin kaedah pembedahan. Kalau pakai bengkung agaknya mesti perut aku lagi comel lote. Kui-kui...

Alasan staf nak kena check dan ukur semua benda ni sebab nak tau plak berapa banyak lemak yang duduk dengan senang hati kat dalam badan kita untuk menentukan lotion @ krim dan mesin yang perlu digunakan nak menyentap lelemaks tu.

RM8800 untuk 30 kali rawatan (termasuk booster)

RM5400 untuk 30 kali rawatan (tak termasuk booster)

RM700 untuk membership dan dapat 10 kali rawatan



Tak sempat nak snap kiraan yang dia bagi tapi sempat snap kiraan yang ni ja selepas di kira tolak sana tolak sini. Harga asal RM20,400 untuk 30 kali rawatan tapi dah di bagi diskaun macam harga yang aku ingat kat atas.

Selesai buat ukuran dan sesi soal jawab, aku di bawa ke bilik untuk proses seterusnya. Dalam bilik kecik ni aku diminta tanggalkan semua pakaian dan pakai bra serta panties pakai buang yang disediakan, kemudian baring atas katil. Sebelum tu staf akan ambil gambar badan terutama tempat yang sepatutnya.




Staf lumurkan slimming lotion seluruh badan dan menekan dengan agak kuat menggunakan mesin ultra apa ntah namanya ke seluruh badan terutama tempat yang berlemak.

Waa bestnya rasa sebab dah ngantuk, maklum lampu dibuka malap, memang mengundang kuyu la mata ni. Badan terutama kawasan perut akan rasa sedikit panas masa staf lenyek dengan alat menggunakan mesin canggih tu selama 20 minit.


Ni bukan aku ya...hehe


Habis ja satu botol lotion kecil tu aku diminta berdiri dan staf mula mengukur seluruh badan. Korang tau apa dia buat lepas tu? Dia bungkus @ wrap seluruh badan aku ni dengan plastik, macam korang bungkus mangkuk makanan guna plastik lembut tu. Uwaaa...

Selesai semua, staf bawak ke satu bilik spa yang lain. Dah macam robot aku jalan berbungkus. Kat sini ada mesin besar macam telur dan aku perlu masuk dalam tu selama 15 minit.




Cuak jugak beb sebab lepas dia tolong aku baring kat dalam mesin tu, dia blah. Kalau la apa-apa jadi, macam mana aku nak lari. Adoyai sengaja cari bala ni.

Tak da la rasa macam dalam sauna kat dalam tu sampai keluar peluh. Hanya hangat-hangat ja aku rasa. Bila tanya staf dia kata memang nak bagi hangat ja untuk bantu naikkan metabolisma bukan untuk keluarkan peluh macam bersauna.

15 minit berlalu, mesin pun dah stop, staf tak datang lagi. Nak angkat penutup mesin tu tak bole sebab semua dah berbungkus. Nasib baik tak lama, dalam 5 minit jugak la baru staf tu datang. Adey korang ni buat aku suspen ja tau.

Bila penutup mesin diangkat, staf akan gunting semua plastik yang dibalut kat tubuh tu. Waa...lega rasa, baru bole bernafas dengan selesa. Kemudian aku diminta bangun dan staf akan ukur lagi sekali di tempat yang sepatutnya. Memang nampak pengurangannya.

Rawatan yang aku buat ni tak gunakan booster sebab mahal. Cuba dengan krim je dulu, kita tengok hasilnya bagus atau tak.


Aku ke bukan ni...? Haha


Keluar bilik ja, staf lain dah sedia menunggu untuk tunjukkan kita gambar badan kita yang di snap dari paras dada ke bawah sebelum dan selepas. Memang nampak sangat pengurangannya walau pun baru sejam jalani rawatan. Kalau gunakan booster lagi cepat turun berat badan tu.

Gemuk ada beberapa kategori. Gemuk daging, gemuk angin dan gemuk air. Gemuk daging memang susah nak turun dan ambil masa lama. Gemuk angin dan air senang turun dan ambil masa yang singkat ja. Korang rasa aku gemuk apa? Kih-kih...




Sebelum beredar, staf bagi cenderamata dari Dorra Slimming Center berupa beg yang berisi lotion dan pen cantik. Sukanya dapat barang free. Hehe...







Ok lah korang, ni ja sikit sebanyak yang aku nak share buat rawatan di Dorra Slimming Center. Agak menarik jugak la sebab staf baik dan layanan tip top.

Bila lagi nak manjakan dan cantikkan diri kalau tak sekarang? Dah penat kerja, bagi la reward kat diri sendiri plak. Bukan selalu pun kan. Betol tak?




Jumpa lagi di siaran akan datang. Bye...


Korang spesis yang mana satu? Kih-kih...




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai