/**/

Pages

Subscribe Twitter

Bergaya Dengan Fesyen Rambut 2017


Idola fesyen rambut satu ketika dulu...

Renyah jugak nak cari fesyen rambut tahun baru 2017 ni rupanya. Beribu-ribu lemon jugak tengok fesyen rambut untuk muka bulat sampai tak tau mana satu yang nak dipilih. Semua nampak cantik.

Tak tau jugak nak gunting pendek macam lelaki atau paras bahu ala-ala remaja atau repair sikit-sikit ja dan bersanggul macam sekarang. Konfius dah ni.

Plan asal 1 hb lepas nak berfesyen rambut baru. Semua tertangguh dek tak tau nak pilih stail mana satu dan kekadang tu rasa sayang nak potong rambut yang dah mencecah punggung ni.


Bistari Saloon
Umall, Taman Pulai Utama
Johor Bahru

016-7401056

11 pagi - 6 ptg (jika lewat perlu buat appoinment)

(Bertutup untuk muslimah)





Pusing punya pusing, tanya punya tanya semua kedai gunting rambut satu Umall ni, harga semua dalam RM15 - Rm20 untuk gunting sahaja. Tapi aku bukan nak gunting ja, aku nak buat rebonding , keriting, perm atau layer.

Rata-rata kedai semua bagitau harga adalah Rm120-Rm130 untuk rambut pendek dan RM150- RM200 untuk rambut panjang.

Mesti ada yang kata, ala bertudung buat apa nak gunting cantik-cantik, bukan orang nampak pun? Betol tu, aku setuju tapi ni untuk keselesaan dan kepuasan diri sendiri. Suka kan hati dan diri sendiri bila nampak cantik selalu. Tak gitew?.

Nak dijadikan rezki kedai ni kot, aku terus masuk dan dengar celoteh auntie ni. Kalau kedai lain hanya bagitau harga. Tapi auntie ni bukan bagitau harga je, dia bagi sekali cadangan dan gaya yang sepatutnya aku pilih ikut bentuk muka. Agaknya tu yang buat aku terpesona tu gamaknya.




Betol la orang kata, skil bercakap dan menarik pelanggan tu mesti ada dalam bisnes. Contohnya macam aku ni la, yang mudah sangat tergoda dan terpedaya dengan kata-kata manis sang peniaga. Huhu...

Auntie tu bagi beberapa gambar yang rasa sesuai dengan bentuk muka aku yang bulat ni. Tu dia, tak tau mana satu nak pilih.

Korang rasa aku ambil yang mana satu? Cer teka...cer teka...hehe.











Auntie ni terlebih peramah, dari awal sampai habis, ada je celoteh dia. Aku layan kan ja la, sama kepoci katanyer. Tapi bagus jugak, banyak ilmu fesyen rambut ni aku dapat dari auntie ni. Maklum dah berpuluh tahun kerja dia gunting rambut orang. Dari bekerja makan gaji sampai dah buka kedai sendiri.




Tabik la sama auntie, sanggup datang kerja dari jauh semata-mata hobi suka mengerat rambut orang. Patutnya umur macam dia dah relax main dengan cucu tapi dia tak nak jaga cucu, dia kata biar anak dia sendiri jaga. "Kasi belajar itu anak kasi jaga anak sendiri loh", sepatah dia berbunyi bila aku tanya kenapa tak nak jaga cucu.




Ops lupa plak nak bagitau, aku pilih untuk buat soft rebonding pendek kali ni. Sebab kalau buat rebonding saja dia akan penyek kat muka. Better kita buat soft-soft aje. Nampak sikit kecomelan kat situ. Hehe...

Ringan sikit rasa kepala ni tak payah nak bersanggul manggul lagi. Ala dua tiga bulan nanti panjang la semula kan, apa nak heran. Awal tahun cari kelainan sikit. Betol tak?.

Aku rekomen korang pergi kedai auntie ni. Layanan tip top. Aku berpuas hati keluarkan RM150. Hasil terbaik setanding harga.


Tadaa...new look...smile

Balik rumah ja, panglima bungsu kata muka aku dah sama macam cikgu Cina dia. Nak buat macam mana nak, kalau dah ada darah tu mengalir, terima la seadanya. Kui-kui...

Okay la, ni ja celoteh aku untuk fesyen rambut tahun 2017 ni. Jumpa lagi di lain siaran. Tata...


Siapa pernah buat kerja macam ni?



























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai