Belum terlambat rasanya aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 @ Happy New Year 2017 kepada semua pembaca yang dikasihi. Semuga tahun ini membawa sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kalian.
Macam biasa, tak kan lari kalau di awal tahun baru kita akan di tanya beberapa perkara. Paling famous adalah "apa azam tahun baru ni"? Haaa..poning nak jawab tu. Macam-macam sebab yang korang akan jumpa. Semuanya bernoktah pada azam tahun lepas yang tak sempat nak ditunaikan. Walla...
Bercakap pasal azam baru ni, aku nak tanya korang la. Kenapa nak kena tunggu tahun baru, baru nak ada azam eh?. Buang masa la nak tunggu setahun. Huhu...
Kalau rasa perlu berubah, jangan tunggu lama-lama, sekarang je dah bole start. Apa lagi korang, buat cepat, jangan tak buat tau. Nak tunggu tahun ke berapa plak baru rasa tergerak nak buat azam baru ni?. Kih-kih...
Ok la, aku tak nak la bebel panjang lebar untuk pembuka bicara di awal tahun ni. Sekali lagi aku ucapkan Happy New Year untuk semua, semoga akan tercapai apa yang dah di target untuk tahun ni.
Sama-sama kita berdoa semuga dipanjangkan umur, dimurahkan dan dimewahkan rezki, dikasihi semua dan tercapai apa sahaja yang diimpikan. Inshaallah...Amin.!!!.
Sayang korang ketat-ketat. Muah ciked !!!.