Memandangkan dinner diadakan di ambang 2017 maka aku up dulu review makan-makan ni untuk post pertama tahun ni.
Kali ni aku nak share restaurant yang menyediakan Italian Buffet untuk para tetamu @ pengunjung.
Oasis Restaurant
Thistle Hotel
Jalan Sungai Chat, Sri Gelam
80100 Johor Bahru, Johor
Tel:+60 7-222 9234
6.30 petang - 10.30 malam
Dewasa: RM88
Kanak-kanak 6 - 12 tahun: RM44
Italian buffet ni hanya diadakan pada hari Jumaat sahaja. Seeloknya korang tempah awal sebab tempat selalu penuh. Maklum makanan Italy, mesti ramai nak cuba. Aku pun teruja jugak nak cuba, tu yang sanggup tunggu seminggu nak makan kat situ.
Tempat yang disediakan memang kemas, cantik teratur dan romatik, tak hiruk pikuk. Ada live band yang akan mengiringi korang makan malam. Rasa tenang ja makan sambil ditemani muzik yang mendayu.
Rasa kecewa jugak sebab tak da pun bagai dikata makanan Italy, macam menu biasa ja aku tengok. Walau macam mana pun aku tak rasa kecewa sebab makanan yang dihidangkan tu memang sedap. Kalau korang nak datang sila kosongkan perut eh kalau tak rugi ja bayar mahal-mahal tapi makan sikit ja.
Hidangan utama memang banyak yang disediakan. Disusun ikut kategori yang telah dikhaskan. Masa aku sampai tu staf belum tambah hidangan jadi ni ja la yang sempat aku snap untuk tatapan korang ya.
Salad aku tak sentuh walaupun nampak semua segar dan sedap. Dulu aku pencinta sayur, tapi bila makan sayur itu sayur ini semua berangin, jadi aku kurang makan sayur sekarang. Rugi kan, nak buat camna, nasib badan. Huhu...
Manisan memang fevret aku. Semua benda kat situ aku sapu. Comel-comel potongan kek kat situ. Sayang plak nak makan.
Malangnya semua kek rasa dah keras dan tak berapa nak sedap. Telan jugak la sebab orang dah belanja mahal-mahal, kita kena hargai.
Bubur dan roti pun aku tak sentuh sebab tak da rasa nak makan. Mesti tak sedap kan sebab tengok banyak lagi dalam bekas tu.
Buah-buahan pencuci mulut memang manis dan segar. Banyak jugak aku makan. Macam nak bawak balik je. Kui-kui...
Dua jenis minuman je disediakan. Orange dan Lemon. Tak da pilihan la nak sedut air banyak-banyak. Tapi jangan risau kalau korang pencinta ais krim, kat sini memang korang boleh makan banyak ais krim pelbagai perisa. Sila la ya...
Kalau ikut aku, memang akan datang sekali ja la kat sini sebab makanan tak setanding harga. Tapi aku tertarik dengan sikap semua staf kat situ yang peramah dan sedia membantu jika diperlukan. Siap buatkan aku air kopi lagi. Diva sangat nih. Huhu...
Sebelum balik, macam biasa aku akan round satu kawasan dan snap seberapa banyak gambar yang dapat. Memang cantik terhias kawasan keliling. Suka sangat tengok pemandangan sekitar situ dan angin laut berhembus sepoi-sepoi bahasa kat muka. Nyaman gitew...
Ada satu bilik khas disediakan untuk simpanan jersi dan barangan JDT. Cer korang cari mana TMJ sembunyi dalam tu. Jaga baik-baik...hehe.
Ok lah, ni ja nak citer untuk pembuka celoteh tahun 2017 ni. Jumpa lagi di lain keluaran, tata titi tutu...