Macam yang aku bagitau awal tadi kenderaan utama kat sini adalah motosikal. Ralit aku tengok keadaan jalanraya kat Vietnam ni. Aku suka tengok helmet dan penutup muka diaorang yang pelbagai corak dan gaya.
Jalan raya plak memang sesak yang amat sampai korang akan rasa pening nak melintas jalan dek banyaknya motosikal yang jalan bersimpang siur ikut suka hati diaorang macam jalan tu mak bapak diaorang punya.
Tapi aku tabik la sebab diaorang ni sangat berhemah pada pejalan kaki dan kenderaan lain. Jangan risau, kalau korang nak melintas ikut suka, teruskan ja, jangan teragak-agak sebab penunggang motosikal dan kereta ni akan ke tepi dengan sendirinya.
Diaorang sebolehnya akan elak dan bagi laluan pada korang. Kalau korang teragak-agak nak melintas, tu lagi menyusahkan diaorang. Tabik spring la untuk penunggang motor dan pemandu kenderaan kat sana.
Mula-mula korang akan rasa kekok, tapi dah beberapa hari kat sana korang akan rasa selesa dan akan 'walk like a king' gitew. Huhu...
Ok stop citer motor tu kita masuk ke entry berkisar persembahan teater boneka air @ water puppet yang kononnya best kata pemandu pelancong aku tu.
The Golden Dragon Water Puppetry Theatre
The Villa Song Saigon (formerly Thao Dien Village)
VND60,000 - VND100,000
5 petang, 6.30 petang, 8 malam
Disebabkan nak tunjuk pandai, kitaorang tak ambil pemandu pelancong. Nak tunjuk lebih pandai lagi, kitaorang naik beca kali ni. Konon nak murah dan nak tengok alam sekeliling.
Dari hotel ke tempat water puppet tu sangat dekat tapi kitaorang malas nak bermandikan peluh di malam hari. Dah la siang tadi dah berlengas satu badan.
Tapi jangan risau, sebab kat Vietnam ni disediakan tempat membasuh dan menggosok. Korang hulur ja la duit selesai semua kerja diaorang uruskan. Tak payah bawak baju berguni-guni macam aku eh sebab suka sangat bertukar baju. Buat berat beg ja.
Sambung pasal beca tadi, korang nak tau tak, sepatutnya jalan dekat ja, tapi kitaorang rasa dia ikut jalan jauh. Kitaorang diam ja lagi. Suspen jugak ni. Mana la nak dibawaknya 3 beca ni.
Bila kitaorang tanya, bole diaorang kata tak tau mana tempat pertunjukan tu. Sungguh tak logik. Macam nak tumbuk ja muka dia. Geng-geng aku dah risau takut aku marah pembeca-pembeca tu. Cepat-cepat diaorang tukar topik.
Pusing punya pusing satu bandar baru la sampai. Korang tau, bayaran tambang untuk setiap beca melampau mahal. Tak masuk akal betol. Haa kat sini aku tak boleh nak berdiam diri lagi, aku hampuk la si pembeca-pembeca tu.
Dek kerana masa dah suntuk dan geng aku semua tak nak panjangkan citer, kitaorang bayar jugak la. Sampai je terus beli tiket. Nasib baik belum mula persembahan tau. Kalau tak, memang nak kena sangat ni.
So korang berhati-hati la ya jangan sampai kena tipu dengan si pembeca. Kita nak tolong dia sebab nampak macam miskin, at the end dia yang mainkan kita. Hampeh.
Tempat pertunjukan macam dalam studio 4D. Sempit sikit la tempatnya tapi selesa. Eh macam mana tu? Sempit tapi selesa. Patut sempit tak selesa. Ha...kalau nak tau pergi la ya. Bagi suspen sikit.
Bahagian tengah ada kolam besar dan kiri kanan ada penyanyi dan pemain muzik. Bila lampu dipadamkan, alunan muzik Vietnam dimainkan dan beberapa penyanyi dan pemuzik mula memainkan peranan masing-masing.
Tak lama lepas tu keluar la boneka dari air dan bergerak ke sana ke sini ikut jalan penceritaan latar. Semuanya dalam bahasa Vietnam, memang tak faham sepatah apa pun. Tapi tak da hal punya la sebab kitaorang yang tengok ni semua genius, boleh faham sendiri. Kih-kih...
Boneka dibuat dari kayu yang dah di cat cantik dan naga meluncur di air memang begitu memukau mata. Menarik betol persembahan diaorang ni. Kreatif sangat.
Pertunjukan berkisarkan kehidupan dan aktiviti harian desa di Vietnam di samping menceritakan semula peristiwa sejarah yang penting dan lagenda silam Vietnam. Masa pertunjukkan satu jam saja, tu yang tak da rasa boring sikit pun.
Selesai ja persembahan, semua pemain dan pelakun akan munculkan diri dari dalam air yang basah kuyup paras pinggang sebab berendam dalam air. Sanggup tu semata-mata nak hiburkan pelancong yang datang.
Kalau korang ke Vietnam, elok lah korang pergi tengok water puppet ni. Rugi kalau tak tengok sebab tempat lain tak da tau. Aku jamin korang akan terhibur. Don wori...
Plan awal nak dinner kat Cruise. Tapi disebabkan dah lambat jadinya kitaorang plan nak merayap je kat Pasar Malam Ben Thanh semata-mata nak survey harga dulu.
Pasar Malam Ben Tanh
Sekitar @ keliling Pasar Cho Ben Tanh
7 petang - 11 malam (ada penjual buka sampai 2 pagi)
Tapi tak da makna nya survey, terbeli jugak tau. Lebih kurang sama ja keadaan pasar ni macam kat pasar malam biasa. Cuma yang lain kat sini kita bole berbelanja guna 3 jenis matawang iaitu Dong Vietnam, Dollar AS dan Ringgit Malaysia.
Macam-macam korang bole jumpa kat sini. Korang boleh tawar menawar kat sini tapi kena tengok penjual jugak la. Bukan boleh harung sama je semua. Aku cadangkan korang jalan dulu sekali lalu sebab kalau tergesa-gesa beli, nanti kat depan ada kedai lain lagi yang boleh bagi lebih murah.
Dalam pada tengok-tengok tu, berbakul jugak la telekung dan kain serta souvenir aku beli. Gambar yang aku tunjuk ni semua tempat telekung yang korang boleh beli ya. Murah tapi berkualiti.
Dalam pada tu terkejut jugak tetiba aku nampak ular dalam botol. Memang tu perhiasan popular bagi orang Vietnam. Ke minuman ek? Motif simpan benda tu aku tak tau. Ada aku tanya tapi dah lupa apa penjual tu jawab. Wakaka...
Sebelum balik hotel, sempat lagi makan dan minum kopi Vietnam yang sedap tu. jangan risau banyak kedai makanan halal kat sini ya.
Ok dah penat la tulis. Sambung esok plak eh kat entry lagi menarik. Babai...!.