/**/

Pages

Subscribe Twitter

Birthday Surprised Hubby Dan Hari Keluarga JPS, Johor

Epi besday ke 54 tahun en suami


Pembuka birthday dalam famili aku adalah birthday en. suami. Biasanya kitaorang akan keluar makan-makan, tiup lilin, potong kek dan bagi hadiah. Tahun ni aku plan buat surprised sket kat dia.



Mr Right
Birthday Surprised





Kebetulan pada hari yang sama ofis en hubby buat hari keluarga sempena cuti Thaipusam dan last day boss akan bertukar ke Kuala Lumpur. Aku dan anak-nak plan nak buat surprised gempaq kali ni.

Aku contact geng ofis hubby yang rapat dengan aku dan kitaorang plan macam-macam tapi last yang jadi dua surprised ja sebab kesuntukan masa.




Macam biasa, aku sediakan cenderamata untuk semua tetamu yang hadir lebih kurang 50 orang pada hari tu. Ralit buat sampai jam 2 pagi. Huhu...




Tiba hari yang dinantikan, acara pertama adalah senamrobik poco-poco. Aku sengaja datang lambat sebab malas nak join. Masa aku sampai tu, diaorang tengah sedap makan sarapan pagi. Apa lagi, terus isi perut la kan. Yey...




Setel makan, acara sukaneka berkumpulan untuk para bapa, ibu dan anak-anak iaitu acara makan buah pear, makan buah tembikai, minum air gas, tiup belon dan bawa belon celah kelengkang dijalankan.











Ada acara sampingan dikhaskan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun iaitu berebut gula-gula. Siapa dapat paling banyak dikira sebagai pemenang. Seronok jugak layan sukaneka ni. Aku memang suka benda-benda macam ni. Fun rasa.




Pelbagai hadiah disediakan mengikut kategori johan, naib johan dan tempat ketiga.




Untuk grup bapak-bapak, grup en hubby menang tempat pertama.




Untuk grup ibu-ibu, grup aku dapat tempat ketiga. Boleh la dari tak dapat apa-apa. Haha...

Anak-anak aku tak join sukaneka sebab tak ramai yang sebaya diaorang. Semua sekolah rendah. Jadi pemerhati ja la ya.




Acara cabutan bertuah pun ada. Walla...




Selesai upacara pemberian hadiah, aktiviti bebas seperti karaoke dan sebagainya bermula. Nak sambung makan pun dipersilakan. Paling best sekali kami diberi peluang menaiki bot menjelajah sungai Perling menuju ke laut Johor yang dikenali ramai, Danga Bay.




Sebelum tu sempat lagi berposing beramai-ramai. Tema kali ni adalah warna merah. Nasib baik background hijau kalau tak merah mata hitamku. Kui-kui...




Sementara tunggu bot sampai, sempatlah berposing sakan anak beranak ni di tepian sungai tu. Nampak la ikan dan sebagainya berenang-renang melompat-lompat ke dasar air.





Satu bot bole memuatkan 8 hingga 10 penumpang. Tapi grup kitaorang terlebih muatan. Sapa yang rasa tak berani tu bole la pakai jaket keselamatan ya.




Seronok betol dapat mengharungi lautan dengan deruan air yang tenang walau pun dipancari matahari terik. Enjoy sangat tengok semua pemandangan indah sekitar laut.







Tetiba kat tengah laut, enjin bot mati sebab kehabisan minyak. Walawei jangan buat kelakar bole tak? Nasib baik ada bekalan minyak spare, kalau tak harus lah berenang ke tepian. Huhu...




Setel 3 trip bot, makanan tengahari dah disediakan oleh urusetia. Boleh tahan jugak sedap menunya, lagi la dessert tu semua kesukaan aku. Yuhuu...










Sebelum tu acara tiup lilin di iringi nyanyian birthday dimainkan. Terkejut dan tersipu-sipu malu en suami sebab diraikan beramai-ramai oleh geng ofis.




Selesai acara potong kek dan cenderamata, kitoarang sambung lagi makan tengahari dan menyanyi bagi yang rasa suaranya sedap untuk dilontarkan. Bole masuk program kilauan emas ni. Ngeh-ngeh...




Tepat jam 2 petang semua bersurai. Tamat la sudah percutian keluarga untuk cuti hari Thaipusam yang diisi dengan pelbagai kejutan buat en suami. Muka happy ja dalam kereta tak habis-habis cerita bab potong kek tadi.

Alhamdulilah semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur padaNya...

Perut kenyang dapat makan, hati suka dapat hadiah. Kui-kui...




Sampai jumpa lagi di lain entry, tata titi tutu...!


Mickey tak da, mouse pun jadi la nyanyikan..hehe








Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai