/**/

Pages

Subscribe Twitter

Restoran Kapal Terbang Di Dreamliner Airways Cafe, Johor


Makan di temani awan biru...

Semua orang impikan menikmati hidangan dalam kapalterbang. Tapi tak semua orang boleh capai impian macam tu. Betol tak?

Korang jangan risau, sekarang ni macam-macam ada, nak makan kat mana pun boleh janji sediakan ongkos je la.

Kali ni aku nak belanja korang makan dalam kapalterbang tapi kat darat je. Tak perlu terbang tinggi ke atas. Bila-bila masa ja korang boleh makan sambil capai awan. Tak caya? Meh aku story...



The DreamLiner Airways Cafe  
7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru, Johor

Tel: +60 7-364 7359

Setiap hari 11 pagi - 11 malam





Pelbagai hipster cafe ada kat Johor Bahru ni. Yang latest sekali (aku baru tau) adalah cafe yang berkonsepkan ala-ala makan dalam kapalterbang uolls. Senang sebut, cafe kapalterbang atau restoren kapalterbang.

Dapat tau ja, time tu jugak nak pergi makan. Tak menyabo kata orang tu. Lagi la bila dengar kawan ofis kata makan dalam replika kapalterbang. Betol ke?

Bila cerita dengan anak, diaorang gasak gelak sebab tak percaya ada cafe macam tu. Tapi dia orang layankan ja la karenah ibu dia ni yang nak makan kat situ.

Bagusnya anak aku ni, bagitau ja mana ceruk kedai makan dia boleh bawak, tapi guna pakcik waze la. Bukan apa, kekadang kita guna waze pun tersasar, tapi anak aku ni memang geliga. Tau dan ingat ja selok belok jalan. Ececeh...




Kitaorang pergi dah malam. Ok la tu kira dinner la kan. Dah la tempat terceruk, sampai-sampai aku tengok macam rumah kedai dua tingkat ja. Mana ada replika kapalterbangnya. Kecewa betol. Pembohong punya budak. Nanti korang. Haha...

Tengok dari luar macam menarik tertarik untuk ke dalam. Apa lagi jom serbu.




Masuk ja, kat kaunter akan ada staf ala-ala stewardess gitu yang akan melayan dan bertanya berapa ramai pelanggan yang datang.







Diaorang akan tentukan seat. Macam aku ada 6 orang. So 3 orang diarahkan masuk dari pintu kanan dan 3 orang lagi diarahkan masuk dari pintu kiri. Ala macam kat filght la korang...gitew.







Masuk ja ke dalam, terpukau kejap la. Waaa...special dan memang menakjubkan idea owner ni. Aku dah biasa naik flight so tak da la jakun sangat kan. Kih-kih...

Kitaorang diberi meja tengah. Memang sebijik la dalam kapal terbang. Staf yang datang pakai uniform ala-ala pramugari. Chef dan staf bahagian dapur semua pakai uniform ala-ala pilot. Hebat sangat nih...







Korang jangan risau, walau pun owner berbangsa Cina tapi Chef dan pekerja beragama islam. Semuanya halal dan inilah perkara pertama yang aku tanya kat kaunter masuk tadi.

Majoriti makanan western. Layanan tip top dan makanan dihantar dalam kadar segera. Staf sangat peramah dan sedia membantu. Kredit untuk cafe ni ya.




Pesanan menu untuk makanan dan minuman melalui sistem ala-ala pasport / boarding pass. Tik sana tik sini. Lepas tu bagi pada staf. Mudah aje.







Makanan dan minuman semuanya sedap dan bersesuaian dengan harga. Air teh ni special sket rasa dia. Sori, lupa plak apa nama teh ni. Aku rekomen korang datang cafe ni. Sesekali cari lah kelainan sikit kan?




Semua order western, pakcik ni sorang ja memang tak boleh nak lari dari nasi. Uwaaa...




Sekeliling tempat bersih dan kemas. Makan sambil menonton TV yang berkisarkan pilot dan kapalterbang saja.




Sesuai sangat untuk dijadikan tempat makan couple dan keluarga. Untuk sambut birthday kurang sesuai kot sebab tempat agak sempit dan harmoni tak kena untuk suasana kecoh-kecoh. Hehe...



Sebelum menutup tirai kali ni, aku rasa kalau betol-betol buat dalam replika berbentuk kapalterbang lagi nampak wow. Apa pun tahniah la owner sebab wujudkan idea tu at least dapat jugak orang merasa makan dalam kapalterbang.

Ok nak chow dulu untuk meneruskan penerbangan ke Dubai. See u soon...Bye...!


Pilot Cafe katanyer...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai