/**/

Pages

Subscribe Twitter

Family Bonding - Happy New Year


Happy New Year...Gong Xi Fa Cai


Uolls bercuti ke mana sempena Hari Raya China yang lepas ni? Aku tak merayap jauh, sekitar Malaysia ja. Ececeh...

Paling dekat aku rasa, mana lagi kalau tak Kotaraya Kuala Lumpur (sebutan ala-ala nyanyi sikit eh). Ibarat kata, family bonding time la, sebab anak beranak warisan En Hassan dan Pn Hatijah berkumpul.

Selain bercuti, kitaorang buat sekali jamuan dan doa selamat sempena adik aku yang nak mengerjakan umrah bersama hubby dan family mertua dia. Walau pun kecil-kecilan je tapi cukup meriah sebab cousin terdekat semua datang. Hidangan ada yang dimasak sendiri dan ada yang di sponsor. Tq cousin...










Hari kedua aku hanya meronda shopping kompleks dan sekitar jalan TAR. Kat SOGO ni kalau kata sale, serupa macam tak sale. Harga lebih kurang sama ja. Best lagi Midvalley, tempat makan pun banyak. Tak ingat lain, ingat makan je. Haha...



SOGO  
190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre
50100 Kuala Lumpur

Tel: +60 1-300-88-7646

10 pagi - 9.30 malam





Kat jalan TAR tu biasa la tempat utama adalah MUAZ. Ingat dah habis beratus ringgit kat situ, tak mo bershopping lagi, tapi tetap singgah kat kedai kasut, handbag dan jam tangan area berdekatan. Apa lagi keluar la bajet berlebihan yang tak dirancang kat situ.

Para bapa dan anak-anak semua sila tunggu para ibu bershopping dalam kedai ya. Dah bawak keluar kedai bole tolong jinjit barang. Kih-kih...




Sebelum balik rumah, sempat lagi nak singgah Mydin USJ, mesti la kan, kalau tak singgah jumpa atok ni nanti orang Mydin marah plak. Maklum duta Mydin Johor datang KL, mesti lah nak jumpa. Kat sini pun keluar lagi ongkos. Haish...

Tapi sebelum singgah Mydin tu, kitaorang singgah Giant sebelah untuk solat dan beli makanan segera untuk makan malam nanti.



Uncle Jack Fried Chicken  
Ground Floor, Giant Hypermarket USJ 1, Persiaran Subang Permai
USJ, Subang Jaya, Selangor

10 pagi - 10 malam





Sedap wei ayam Uncle Jack ni. Rugi tak beli banyak.




Karipap dia pun sedap dan mantop. Isi banyak, lembut dan kenyang. Tak sia-sia adik aku rekomen tempat makan ni.




Hari ketiga plak plannya nak bershopping sakan kat GM Klang. Semua fikir mesti lah kedai dah buka sebab biasa orang Cina ni lebih pentingkan bisnes dari bercuti.

Paling best sekali ada plak nama aku terpampang kat satu kedai ni. Yuhu...



GM Klang Wholesale City  
Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1
41200 Klang, Selangor

Tel: +60 3-3325 1788

10 pagi - 7 malam





Dengan wajah happy berkobar nak bagi kat siapa la duit belanja ni, terus tuju ke GM Klang. Sampai-sampai parking lot ditutup. Aku dah agak mesti kedai masih tutup lagi. Tak nak kalah, keluar jugak redah hujan lebat berpayung bagai. Betapa kentalnya jiwa tu nak bershopping. Hehe...





Bila tanya guard, dia bagitau esok baru semua kedai dibuka. Bole nampak la banyak wajah kehampaan. Ada yang siap sound guard kata kenapa u tak letak notis? Wakakaka...kesian guard yang tak bersalah tu tak pasal-pasal kena marah dengan semua orang.




Tak nak buang masa, kitaorang terus ke shopping kompleks yang lain. Aku plan nak ke IKEA, nak cari magnet pisau. Tapi yang lain tak nak sebab jauh. Jadi oh som aku kalah, kena la folo diaorang pergi ronda AEON Shah Alam.



AEON Mall Shah Alam  
No.1,Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55238791

10 pagi – 10:30 malam





Aku ok je, sebab suka tempat-tempat shopping. Tak kisah la kat mana pun, kalau korang letak aku kat tempat shopping aku bole hidup, no hal ja beb. Haha...

Sempat jugak snap dengan ikon gong xi fa cai ni. Dia bagi ang pow, ingatkan duit raya rupanya gula-gula je. Kui-kui...

Setel solat dan alas perut makan tengahari, kitaorang ronda satu bangunan. Masing-masing dah kelaparan. Uwaa...




Sempat la jumpa winter dan Autumn di Korea. Berangan jap, mana tau jadi kenyataan. Magic tetiba dah ada betol-betol kat Korea. Who knows..?
















Sebelum balik, sempat minum petang plak. Sedap jugak makanan kat sini terutama kopi Kluang, sushi dan pizza. Aku rekomen korang cuba kopi ni. Mesti nganga..haha. Sori gambar kopi tak sempat snap sebab dah kehausan.




Sebelum balik, sempat lagi akak aku pujuk hubby aku ajak stay satu malam lagi dan balik esok. Semua orang pun dok pujuk tapi tak jalan. Mr Right aku ni kalau nak suruh bercuti memang kena ikut masa yang dah ditetapkan. Tak bole cuti terkejut2 ni. Sebab tu la boss sayang dia bagi jadi pekerja cemerlang dah 3 kali. Layan ja la...




Sebelum aku tutup celoteh ni, aku doakan perjalanan adik aku dan suaminya mengerjakan umrah berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Semuga selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur. Amin...!




Ok uolls jumpa lagi di lain siaran, assalamualaikum...


We are family kata Mr Bean. Hehe...




































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai