Makhluk yang hidup semua ada gigi. Betol ke tak betol? Bole bagitau apa ja yang hidup tapi tak da gigi? Kalau ada pun bole dikira dengan jari. Setuju tak dengan pendapat aku ni?
Gigi memang amat penting buat semua orang. Kalau tak da gigi, tak boleh nak kunyah makanan, silap haribulan telan terus ja makanan tu. Ada yang gunakan gigi untuk menggigit.
Tak kisah la gigit apa, yang pasti tu dah jadi satu tabiat untuk sesetengah orang. Kalau tak gigit, tak sah, macam tak sempurna hidup katanya. Kih-kih...
Penjagaan gigi amat penting dimulakan dari awal pertumbuhan gigi tu. Kalau tak jaga dengan baik, jangan menyesal kalau gigi tu merajuk. Jadi penjagaan awal adalah dengan menggosok gigi setiap hari siang dan malam.
Kat sini aku nak story kisah penggunaan ubat gigi sebenarnya, bukan pasal gigi. Ubat gigi yang bagus untuk hilangkan sakit gigi, sakit gusi dan gusi berdarah. Tapi intro gigi plak panjang meleret. Haha...
Morning Kiss
Size Large RM8, Medium RM5.70, Small RM3.30
Tea Tree Oil - Masalah gusi dan gigi
Oregano - Masalah kesegaran pernafasan
Morning kiss ni terdiri dari 2 kategori. Satu khas untuk gusi dan satu khas untuk kesegaran pernafasan. Aku pilih untuk gusi dan sengaja beli jugak untuk kesegaran nafas. Kenapa aku nak up citer ubat gigi ni? Semuanya akan terjawab sebentar lagi, teruskan bacaan ya.
Aku dah perasan kerap jugak bila berus gigi waktu malam ja akan ada darah di celahan satu gigi depan ni. Risau la plak kan.
Apa lagi terus pergi klinik gigi dan check. Doktor kata ada karang gigi (padahal aku tengok tak da, bersih ja). Dek kerana doktor pakar yang cakap jadi kena la dengar jangan bantah. Apa lagi dia suruh la buat treatment, cuci gigi. Adoyai darah-darah la..ngeri akak tau. Jaminan diberi 100% maka terbang lah RM300 untuk sekali treatment tu.
Nak dijadikan cerita, seminggu je bertahan, lepas tu keluar la cik darah tu semula. Risau ni. Kalau dulu guna ubat gigi darlie, colgate dan safi, sekarang tukar ke sensodyne. Mana lah tau, harap-harap dengan tukarnya ubat gigi baru ni akan terhapus la darah tu semua.
Sensodyne pulak ada macam-macam versi, yang pasti aku guna versi yang sepatutnya untuk aku. Katanya bagus untuk gusi dan gigi sekaligus. Tapi tak berjaya nampaknya.
Sampai lah satu hari aku ke pusat membeli belah, sorang promoter ni tarik aku dan cerita pasal ubat gigi jenama Morning Kiss ni. Dek kerana tergoda dengan kehandalannya bercakap dan harga promosi, aku beli lah jugak walau pun jenama ni macam tak famous di pasaran atau aku yang ketinggalan? Kih-kih...
Maka terbeli lah yang size kecik ja dulu, kata pun cubaan kan? Kuang-kuang...
Alhamdulilah, sepanjang guna dan hampir habis satu ubat gigi tu, gigi aku memang tak berdarah lagi. Eh gigi ke gusi ek? Whatever la, yang penting aku tak nampak lagi darah keluar kat celah gigi. Syukur sangat.
Untuk kesegaran nafas macam tu jugak, memang fresh ja rasa. Kalau tak percaya, korang boleh cuba.
Bila nak mencari lagi stok ubat gigi ni memang sangat susah. Pasaraya yang besar semua takda. Di Johor ni yang aku jumpa hanya di Kipmart Tampoi ja. Jusco, Giant, Tesco semua tak da.
Bila aku pergi Kipmart, aku tengok pun stok dah tinggal sikit. Bila cerita dengan promoter hari tu, dia kata memang semua pasaraya besar diaorang tak masuk lagi sebab bayaran sewa mahal. Owh macam tu ceritanya ya.
Masa aku datang tu, ada beberapa orang jugak yang cari ubat gigi ni. Aku siap tanya diaorang kenapa pilih ubat gigi ni?
Makcik tu kata, hari tu dia sakit gigi dan gusi bengkak, bila dia guna ubat gigi ni, alhamdulilah baik. Sorang lagi India, dia bagitau wife dia gusi berdarah tapi bila guna ubat gigi ni terus dah ok.
Ececeh, aku jadi wartawan tak bertauliah plak. Bukan apa, saja nak tau feedback orang lain. So confirm memang betol la ubat gigi ni dapat membantu sesiapa yang ada masalah dengan gusi dan gigi.
Apa lagi, ambil 2 size terus, senang nak bawak travel nanti.
Bagi yang muda-muda lagi tu, yang gigi masih elok tu, meh aku bagi petua sikit, yang kawan aku ajar bila aku tanya macam mana dia dan mak dia jaga gigi dia cantik ja walau pun dah berusia.
Sebelum korang berus gigi guna ubat gigi, adalah lebih baik kalau korang berus dulu gigi tu dengan sedikit garam. Lepas tu baru guna ubat gigi macam biasa.
Haaaa korang, tu ja rahsianya. Simple ja kan? Tapi kekadang yang simple tu la yang orang malas buat. Kui-kui...
Bagi siapa yang masih ada gigi yang cantik cuba la petua ni untuk menguatkan lagi gigi tu. Siapa yang ada masalah gigi dan gusi tu aku rekomen korang guna ubat gigi ni, mana tau serasi dengan korang. Tak perlu keluar duit banyak-banyak pergi buat rawatan yang tak pasti sesuai ke tidak tu.
Ok lah sampai jumpa lagi di lain keluaran dan petua seterusnya, sayangilah gigi anda kerana itu penting untuk kelancaran penghadaman.
Bila dah guna morning kiss, bole la kiss pagi-pagi. Ngeh-ngeh...
Tata titi tutu...