Penghujung tahun 2016, Syarikat MHAM telah mengadakan satu pertandingan SEO blog. Hadiah yang disediakan memang cukup lumayan.
Aku terpanggil untuk join contest ni sebab terlanjur dah berblog, sekaligus mencabar keupayaan diri dalam bidang penulisan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan katanyer. Gitew...
Memang tak dinafikan ramai blogger yang hebat-hebat join contest ni. Walaupun aku baru berjinak-jinak dalam berblog ni, tapi orang kata, tak salah nak mencuba nasib. Mana lah tau blog aku yang baru berusia setahun jagung ni akan terpilih untuk menang, so aku cuba dan yakin boleh.
Meed boleh. Hehe...
Cara pertandingan mudah je, tulis satu artikel review tentang produk Minyak Herba Asmak, dan pastikan artikel kita tu duk kat ranking tinggi bila orang Google perkataan Minyak Herba Asmak. Ni artikel yang aku tulis :
Cara Minyak Herba Asmak Penawar Asmak Mujarab
Cer Google perkataan Minyak Herba Asmak, betul tak ada kat page 1.
Selepas hampir 2 bulan (selepas 31 Januari 2016) masa yang ditunggu dah tiba. Bila keputusan diumumkan, aku berjaya mendapat tempat pertama untuk kategori artikel blog terbaik. Syukur alhamdulilah...
Pose aku pegang minyak herba asmak ni mahal, tu yang menarik tertarik tu gamaknya. Atau tulisan aku yang sempoi ja ka yang turut membantu? Hehe...
Tahniah untuk diri sendiri...!
Rahsia ni.. tempat pertama artikel terbaik ni sebenarnya tempat ke 4 untuk kategori SEO. So boleh tahan jugak la ye ranking blog ni huhu...
Seperti yang dijanjikan, pemenang akan dihubungi terus oleh pihak HQ dan akan terus menerima hadiah seperti yang ditawarkan.
Sebagai pemenang pertama aku mendapat wang tunai RM1000. Pada hari yang sama jugak pihak HQ transfer RM1000 tu pada aku.
Terima kasih pada CEO syarikat, Pn Fazilah dan En Selodi.
Paling tak sangka rupanya ada lagi satu kejutan, pihak HQ turut memberi hadiah sampingan berupa barangan keluaran syarikat MHAM.
Terimakasih daun keladi, lain kali nak lagi ya Puan dan Tuan CEO...!
Kemenangan ni sedikit sebanyak membangkitkan usaha aku untuk terus memahirkan diri dalam menulis @ berblog dan akan mencuba apa ja pertandingan yang akan dianjurkan oleh mana-mana syarikat.
Pada yang berminat nak aku review produk atau apa saja bentuk penceritaan, boleh la contact aku ya. Ececeh dah berani offer diri nampaknya aku ni. Inshaallah aku akan buat yang terbaik jika diberi kesempatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan nanti.
Aku dah pun join pertandingan untuk bedak asmak pulak. Doakan aku berjaya ya kekawan semua. Sudi-sudi dan rajin-rajin lah klik link kat bawah ni ya.
Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi
Sampai jumpa nanti, salam penuh kasih sayang dari aku, Meed Disney @ Meed Di Sini untuk pembaca yang dihormati dan disayangi. Muah ciked untuk uolls...!!!