/**/

Pages

Subscribe Twitter

Sponsor Door Gift Di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Skrip Malaysia 2017


Mesyuarat Agung Tahunan 2017

Terlambat pulak nak citer pasal mesyuarat tahunan Persatuan Penulis Skrip Malaysia. Macam biasa mesyuarat diadakan di tempat yang sama setiap tahun.



Persatuan Penulis Skrip Malaysia
Jalan PJU 10/1, Damansara Damai
Petaling Jaya, Selangor

2 ptg





Sebagai ahli jawatankuasa, aku diberikan tugas untuk menguruskan bahagian makanan. Tapi bukan aku yang masak tau. Cuma pastikan hidangan ada dan sedia terhidang ja. Walla...




Aku plan nak buat sedikit kelainan untuk mesyuarat kali ni. Aku sanggup ambil cuti untuk merealisasikan apa yang aku fikirkan. Nak tau tak apa plan aku? Ececeh macam bagus ja bunyinya, ibarat kata ada aku kisah? Haha...

Aku bagitau dengan Mr President (En. Ismail), minta ruang untuk buat cabutan bertuah. Alhamdulilah beliau setuju dan kami akan sponsor hadiah.




Dek kerana aku suka dengan kekawan dan grup CGM aku ni, aku terfikir nak buat door gift untuk diaorang. Maka bermulalah pencarian untuk mencari barang apa yang sesuai dijadikan sebagai hadiah.

Nak dijadikan citer, aku terpandang beberapa barang yang aku suka dan aku beli semua barang tu. Pada mulanya aku nak bungkus semuanya tapi rasa macam tak perlu sebab staf tak bagi kotak.







Tetiba ting....idea datang. Haaa...aku ni kalau idea tu datang, kejap ja bole jadi. Akhirnya macam ni ja la aku buat. Simple tapi menarik. Tu dia, angkat bakul sendiri. Sila naikkan biji mata dan tangan letak atas bahu eh. Kih-kih...




Aku buatkan door gift special sikit untuk Mr President dan bekas Pengarah Finas Dato Kamil yang sudi datang meraikan majlis kali ni.




Bila sampai kat sana, En Ismail bagi hadiah lucky draw. Bila fikir aku tak bawak sampul hadiah, macam mana nak bungkus hadiah ni? Ting..ting...lagi, idea datang dan ini lah hasilnya. Comel tak bungkusan untuk tshirt ni? Wakaka...




Selesai sesi pertama dijalankan, cabutan bertuah untuk 4 orang dahulu diberikan. Surprised..aku diminta oleh En Ismail untuk memberi hadiah pada peserta bertuah. Maklum sebab aku yang sponsor jadi sesuai la aku yang bagi hadiah tu. Uwaaa..malu la. Hehe...




Selepas sesi kedua habis, cabutan untuk 4 orang lagi dijalankan. Sekali lagi aku diminta untuk bagi hadiah. Sampai la ke sesi ketiga cabutan bertuah, aku jadi penyampainya, gara-gara idea buat benda ni datang daripada aku. Kih-kih...




Sebelum majlis berakhir, aku dan seorang sahabat lagi mengagihkan door gift pada para tetamu. Memang En Ismail minta door gift di beri akhir majlis bagi mengelakkan tetamu pulang awal.

Selesai jamuan makan diadakan, majlis ditutup dan tetamu bersurai.




Hanya beberapa kerat ja yang tinggal untuk terus berborak dan bersembang dengan Datuk Kamil.





Sekian ja ulasan berita untuk kali ni. Jumpa di lain kali dengan berita yang lain pulak. Daaa....!


Kami pun ada mesyuarat tau...hehe

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai