/**/
Subscribe Twitter

Lunch & Dinner Di NY Steak Shack, Mid Valley

Meriahnya makanan...


Minggu ni nak citer pasal makanan je. Makan sana, makan sini, diet ke mana apa pun tak jadi. Kui-kui...

Kali ni nak share jalan-jalan cari makan kat Mid Valley. Sebab Meed Di sini. Ngeh-ngeh...

Dek kerana sedap sangat, sampai pulun dua kali makan kat sini. Lunch and dinner. Tanjat ahkak tau sampai bole repeat dua kali tu, macam tak da kedai lain yang sedap. Ibarat kata tolak batu dengan kayu ja. Yang lain telan terus. Haha...

Korang bole datang makan kat sini tanpa was-was sebab halal disahkan oleh pihak JAKIM ya. Don wori.



NY Steak Shack (Mid Valley)  
Lot LG-012, Mid Valley Megamall 1
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: +60 3-2201 6132

Setiap Hari 10 pagi - 10 malam





Dah penat bershopping, berhenti jap untuk makan tengahari. Dalam banyak kedai, bole berkenan kat kedai ni plak. Tengok menu kebanyakan western. Hmmm...sapu ja la.

Aku pilih air manggo, sup labu dan sup cendawan serta creamy spicy salsa with southwestern chicken. First time makan sup labu. Sedap jugak la. Harap-harap tak berangin la perut manja ni nanti. Semua hidangan habis. Walla...







Bila dah kenyang macam malas nak berjalan dan shopping lagi. Kalau kat rumah ni memang dah cari bantal dah ni. Ops aku tak tidur siang hari ya.

Bila dah rasa lega sikit, aku sambung bershopping semula. Bukan korang tak tau shopping mall ni panjang. Kalau nak cari kedai yang korang suka, memang payah la nak jumpa kedai tu semula. Tapi orang kata, exercise la jugak kan kalau dah berjalan banyak macam tu.

Nak dijadikan cerita, habis jugak aku pusing satu Mid Valley ni. Hebat tak? Haha...




Masa tu dah malam, so sebelum balik aku plan nak makan malam terus. Tak da lain dalam kepala, nak cuba lagi makan kat kedai ni sebab dah terpandang menu yang sedap selain yang aku pilih tengahari tadi.

Untuk malam pulak aku pilih air oren dan Ribeye Steak & Southwest Chicken. Sedap semuanya. Mencair dalam perut. Alhamdulilah...

Cumanya yang aku ralat, sepatutnya aku mintak nasi tapi staf bagi kentang. Bila tanya staf kata nasi dah habis. Tak pa la, mana bole makan nasi malam-malam kan? Ececeh...




Apa pun staf kat sini pun baik dan pantas bekerja walau pun majoriti bukan berasal dari sini.

Kawasan kedai bersih cuma tak berapa nak kemas susun atur meja dan kerusi, agak serabut sikit. Terlalu rapat susunannya. Tapi background dinding tu urban sangat. Suka plak tengok.







Kalau korang penggemar makanan barat, bole la datang sini sebab rasa makanan setanding dengan harga yang berpatutan tu.







Plan nak cuba dessert tapi dah tak larat, perut dah tak bole terima. Next time plak la ya.







Sebelum balik sempat lagi singgah beli chocolate eureka. Macam-macam jenis coklat dan popcorn kat sini. Tak tau nak pilih mana satu. Last-last aku pilih chocolate popcorn, senang 2 in 1. Sekaligus dapat rasa semua.










Jalan-jalan lagi nampak plak karipap daging yang besar. Apa lagi angkut jugak la. Tak tau nak makan waktu bila, harap-harap tahan la sampai esok. Kui-kui...










Ok korang, jangan lupa singgah kedai ni kalau korang merayap kat Mid Valley ni. Jumpa lain kali, chow ching chong...!


Azam tinggal azam...kih-kih

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak