/**/
Subscribe Twitter

Serabutnya Pasar Cho Ben Tanh, Vietnam


Shopping terapi minda...


Kalau hari tu aku up Pasar Malam Ben Tanh, kali ni aku nak up Pasar Cho Ben Tanh pulak.

Terletak sebelah menyebelah je sebab tu peniaga yang ada tu pun orang yang sama. Agak-agak korang berapa jam diaorang bekerja ek? Larat betul kan?



Bến Thành Market  
32-30, 36-34-32-30 Phan Bội Châu, Bến Thành, Quận 1
Hồ Chí Minh, Vietnam

Tel: +84 97 375 67 76

Setiap hari 6 pagi - 6 petang





Kat Vietnam ni bole korang jadikan tempat berlatih bertawaf sebab tempatnya sama ja, maksud aku kedudukan terletak di kawasan berdekatan.

Pusing sana pusing sini jumpa tempat yang sama semula cuma nak menapak tu la yang penat.




Paling best sekali sangat dekat dengan hotel tempat aku menginap. Jalan kaki beberapa tapak ja, kejap dah sampai.





Harga barang sebenarnya sama ja dengan pasar malam cuma korang mesti pandai mengayat mintak harga serendah yang boleh.




Giler banyak aku beli bag travel kat sini. Pelbagai saiz kecil sampai besar. Huhu...




Aku bagi beberapa buah kedai yang bole korang pergi kalau datang ke sini sebab tokey dia memang baik dan senang diajak berunding. Dapat murah lagi tau.







Tak tahannya tu hampir semua kedai ada jual bendalah ni. Yeyek...







Lebih baik korang beli cenderamata kat sini dari pasar malam terutama fridge magnet dan keychain. Bole dapat banyak benda kalau pandai tawar menawar kat sini. Tapi kena pilih peniaga jugak la ya. Silap-silap dihampuknya korang kalau tak jadi beli.

Sempat jugak la aku rembat gelang jed dan kapal perhiasan bersaiz besar kat pasar ni.







Dalam pasar ni jugak korang kena kuatkan fizikal dan mental sebab akan ada adengan tarik menarik antara penjual dan pembeli. Masing-masing berebut nak dapat customer. Aku bagi tips sikit la ya. Nak tau tak?

Korang jangan cuba nak singgah semua kedai yang ada. Nanti susah nak keluar sebab macam-macam taktik diaorang gunakan sampai korang beli barang kat kedai yang korang masuk ni. Kalau tak suka kena pujuk rayu, senang ja, korang jalan straight je jangan toleh kiri kanan. Buat selamba ja walau pun tangan korang dipegang atau dihadang.




Bahasa plak korang jangan risau sebab diaorang ni pandai cakap bahasa kita. Tengok orang Malaysia paling ramai datang tu yang diaorang belajar bahasa kita tu gamaknya. Tapi slang memang ke laut la. Hahaha...




Kalau tak nak pening kepala, jangan lepak kat dalam pasar ni lama-lama sebab memang panas. Orang dah la ramai bersesak sana sini, aircond tak da, harapkan kipas mana la mampu nak tampung semua tempat yang penuh manusia dan barang tu.

Kalau dah berkenan satu barang tu terus beli sebab kalau nak pusing cari semula kedai yang korang pergi awal tadi memang payah nak jumpa sebab kawasan sesak dan banyak lorong. Nak senang bawak ja la peta ya. Kih-kih...




Pesanan dari Pn Blog, jangan lupa beli kopi Vietnam. Sedap bangat dong...!




Apa pun, untuk yang kaki shopping macam aku, ini adalah tempatnya. Boleh berpinar mata tengok segala tok nenek benda kat situ. Jaga ongkosnya buk...ongkosnya...Hehe...

Chow ching chong dulu uolls...Daaa...


Bosannya tunggu orang shopping...



Lagi cerita jalan-jalan di VIETNAM :

Bertolak ke Vietnam
Melawat Cu Chi Tunnels
Persembahan Water Puppet dan Pasar Malam Ben Tanh
Pasar (Siang) Cho Ben Tanh
Naik Sampan dan Bot di Sungai Mekong
Saigon Post Office, Notre Dame, War Museum, Pasar Binhtay
Review Hotel Saigon Pink 2



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak