Untuk pertama kalinya aku memberanikan diri nak share resipi kat blog. Masakan aku biasa-biasa aje. Untuk hidangan harian kat rumah. Tak lah sehandal chef kat restaurant tu.
Maklum, semua orang mesti pandai memasak. Cuma rajin dengan tak ja nak buat. Apa pun bergantung pada bakat jugak. Ada yang suka memasak tapi tak sedap. Ada yang campak-campak ja tapi lauk tu jadi sedap. AnugerahNya pada seseorang.
Selalunya resepi lauk sama je semua orang buat, bezanya hanya kandungan bahan dan cara memasak. Senang citer olahan idea masing-masing la. Nak tambah bahan itu, tak nak tambah bahan ini, semua atas kuasa dan kehendak sendiri.
Mak ai panjangnya intro..haha.
Sambal Ikan Bilis Dan Kentang Pedas Meedys
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis - 100g atau segenggam
Kentang - 1 biji (potong dadu atau suka hati korang)
Garam secubit
Gula Pasir 1 sudu besar
BAHAN KISAR
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 5 ulas
Halia sedikit @ 1/2 inci
Belacan sedikit @ 1/4 inci
Cili api 17 batang (hijau dan merah merah)
Sebenarnya segala bahan tu atas kita nak letak berapa banyak. Kalau nak pedas, banyakkan cili. Kalau nak manis, letak lah gula banyak.
Cumanya aku pernah terdengar orang tua bercerita kalau nak masakan sedap, better letak bahan dalam jumlah ganjil. Wallahualam...
VIDEO
CARA MEMASAK
Pertama
Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila dah garing, angkat dan toskan kemudian letak tepi.
Kedua
Goreng ikan bilis,angkat serta toskan dan letak tepi.
Ketiga
Kalau minyak banyak, keluarkan dan biarkan tinggal sedikit sahaja dikuali. Tumis bahan-bahan kisar dengan menggunakan minyak yang sama tadi.
Keempat
Bila dah garing dan wangi, letakkan sedikit garam dan gula. Kalau korang nak letak secukup rasa pun boleh. Masa ni ikut rasa korang la nak manis takat mana.
Kelima
Dah cukup semua rasa dan bahan kisar tadi dah garing serta naik minyak, bolehlah letak kentang dan ikan bilis tadi.
Aku kecikkan api dan letak ikan bilis akhir sekali untuk kekalkan kerangupan ikan bilis tadi.
Tara, dah siap menu untuk makan tengahari ni. Mudahkan?. Kalau nak nampak cantik lauk tu, korang hiaslah dengan bawang goreng dan sebagainya. Ikut kreativiti masing-masing ya.
Mesti korang akan suka sebab tak banyak guna bahan dan cepat dimasak. Tak banyak karenah lah orang kata siapkan sambal ni.
Cuba jangan tak cuba. Bye...!