/**/

Pages

Subscribe Twitter

Doll Skin BB Cushion Sendayu Tinggi


Cantik bekas BB Cushion ni...


Hai uolls...kali ni aku nak review satu lagi bedak iaitu Doll Skin BB Cushion keluaran Sendayu Tinggi. Sebenarnya dah lama target nak cuba BB Cushion ni tapi tak jadi-jadi. Kalau kat kedai tu ambil letak, ambil letak, sudahnya tak beli sebab was-was.

Tak confident nak beli sebab risau membazir kalau tak sesuai. Tapi naluri tu kuat sangat suruh cuba. Sudahnya terbeli la jugak kat Watson.



Doll Skin BB Cushion Sendayu Tinggi

Rm49.90





Harga memang berbaloi untuk rupa dan kualiti bedak ni. Cantik dan kemas terletak. Cumanya tak puas hati bab nak memilih warna sebab cermin yang disediakan kat Watson tu bagi efek menipu. Lampu kuning so susah jugak la nak pilih mana satu yang kena dengan kulit muka.

Ada 3 tona warna untuk korang pilih. Sila pilih betol-betol ya. Aku share sikit ilmu yang aku dapat dari pembacaan.

Kalau nak try foundation atau bedak, sila sapu di rahang muka bukan di tangan macam selalu orang tunjuk tu ya. Aku ulang lagi sekali, cara yang betol adalah sapu di rahang muka (pipi paling bawah area dagu).




Malas nak fikir lama, aku pilih warna no 1 iaitu cotton candy. Wow pilihan tak agak-agak tu. Tak nak ambil no 3 sebab takut gelap sangat kat muka.




Kali pertama pakai, aku tertepek banyak kat muka. Confident je keluar rumah. Tak risau dengan muka yang putih berbedak. Hehe...

Bila sampai ofis, geng semua kata, awat Kak Meed muka putih macam tepung gomak? Adoyai, nak tak nak cepat-cepat aku basuh muka sebelum boss aku sampai. Lagi melaser mulut boss kalau kenakan aku. Boleh bayangkan riak muka dan nada mengusik dia tu. Haha...




Kalau kita nak pakai BB Cushion ni, kita kena pandai dap-dap kat muka. Tekan sikit ja sebab cecair tu mudah serap kat span. Terus dap dap kat muka. Kalau rasa lambat dap dap tu, korang boleh je sapu macam pakai bedak terus.

Sangat mudah guna BB Cushion ni. Tak payah pakai bedak, terus korang dah boleh keluar rumah.

Cumanya aku nak sarankan kalau kulit muka korang kering, better korang sapu dulu krim pelembap, baru guna BB Cushion ni untuk mengelakkan bercapuk atau bertompok kat muka bila dah guna seharian.

Setakat yang aku dah guna dua jenis keluaran syarikat yang berlainan, untuk kulit kering memang kena sapu krim pelembap dulu, kalau tak huru hara nampak muka tu nanti.




Memang mudah dan senang guna BB Cushion ni sebab tak perlu tepek banyak benda kat muka. Selalunya lepas cuci muka, akan guna penyegar, krim pelembap, foundation dan last compact powder.

Tapi dengan adanya BB Cushion ni hanya dua langkah ja diperlukan. Lepas cuci muka dan pakai penyegar, boleh terus guna BB Cushion ni. Kecuali yang berkulit kering kena la tepek krim pelembap ya. Ingat tu uolls.

Sejuk ja rasa kalau dah tepek kat muka. Sangat best dan ringan ja rasa terletak kat muka. Kalau dah guna teruskan sampai habis. Kalau biarkan BB Cushion ni akan kering. Jangan membazir. Korang harus cuba tau.

Cumanya agak leceh kalau nak bawak pergi travel sebab BB Cushion ni tebal dan berat. Melendut plak handbag nanti sebab beban yang dibawak. Boleh tak mana-mana company buat dalam bekas yang kecil dan ringan untuk mudah di bawak ke sana sini.

Sejujurnya aku hanya letak BB Cushion ni kat rumah ja. Pakai waktu pagi masa nak pergi kerja. Lepas solat aku akan guna bedak lain sebab terlalu berat nak dibawa kemana-mana. Apa pun ikut keselesaan korang la kan. Kalau sanggup nak angkut bag berisi batu, silakan. Ngeh-ngeh...




Ok la uolls, aku nak stop kat sini dulu. Sampai jumpa lagi di keluaran akan datang. Bye...!


Surat pun nak pakai bedak tau...kui-kui

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai