/**/

Pages

Subscribe Twitter

Handphone OPPO F1s Terbaik


Oppo ya, bukan Oppa...hehe


Baru ada kesempatan nak share salah satu hadiah besday tahun lepas iaitu handphone jenama Oppo F1s. Bukan Oppa ya, sila tengok dan sebut betol-betol.

Kat sini aku nak bagitau kelebihan dan kekurangan handphone ni. Ya la, kena la pakai dulu baru bole review. Betol tak?



OPPO F1s

RM1200





Aku ni jenis orang yang kalau guna satu barang tu tak suka tukar-tukar selagi barang tu elok. Terutama barang yang bernilai ribuan ringgit. Contoh macam handphone dan cermin mata. Selagi tak rosak, selagi tu la aku usung kemana-mana. Bertepatan dengan orang kata, barang mahal tinggi nilainya dan tahan lama, jadi harus lah jaga baik-baik.

Paling lama pun 3 atau 4 tahun kot baru la rosak atau patut diganti baru. Dah banyak jenis handphone yang aku guna. Dari sebesar-besar handphone macam walkie talkie (baling anjing bole mati anjing tu) sampai la size sekecik-kecik handphone (hilang dalam genggaman tangan).

Dah banyak jenama handphone yang aku guna. Nokia, Ericson, Siemens, Motorola dan apa la lagi gondola, semua aku dah guna. Paling lasak of course la Nokia. Jatuh macam mana pun tetap macam tu jugak keadaannya.


Antara stok handphone lama...sentimental value katanyer


Pernah pakai handphone ferrari, beli kat Guangzhou, China, gara-gara termakan hasutan geng bisnes. 10 biji sekali aku angkut. Boleh tahan jugak la lama bertahan handphone ni. Cute sangat.


Paling sayang handphone ferrari ni...


Memandangkan dah 3 tahun aku guna handphone Samsung Grand Duos ni, tiba la masanya dia buat hal. Hang la, tetiba ter off sendiri la, itu la, ini la, haish ada je problemnya.

Maka bermula lah pencarian untuk mencari handphone baru. Bajet dalam Rm2000 ja. Kalau yang berkenan tu nanti harganya lagi murah, lagi si pemberi suka. Haha...

Dek kerana banyak sangat jenama popular di pasaran, maka tersangatlah susahnya nak memilih. Macam biasa round satu Johor nak cari yang terbaik.

Macam-macam promoter jenama handphone masing-masing bagi komen. Sekarang ni dah confuse tak tau nak beli yang mana satu. Makanya aku buat lah jadual ni untuk membezakan mana satu lagi bagus dari segi spec, bukan sekadar rupa ja.




Terjebak dengan promoter Vivo. Gara-gara nak jadi macam Siti Nurhaliza. Gitew...




Hampir-hampir terbeli Huawei P9 sebab dah berkenan. Tapi stil 50-50 lagi. Kuang-kuang...







Nak dijadikan cerita dan dah rezeki kedai Oppo ni gamaknya, tetiba je aku bole pergi skodeng kat kedai Oppo ni.




Bermula lah sesi soal jawab kalahkan inspektor polis. Sabar ja senior promoter tu layan karenah aku. Hehe...




Ya la kan, nak keluarkan duit beribu, mesti lah kena pilih yang terbaik.




Bila dah dengar semua penjelasan dari jurujual, aku berpuashati dan tertarik dengan cara dia yang tak memaksa. Sebab tu lah orang kata, jurujual mempunyai peranan yang penting dalam menarik hati pelanggan.




Akhirnya handphone Oppo F1s ni menjadi milik aku yang sah. Sila bayar sebelum ambil barang ya. Hehe...




Aku diberi barangan percuma seperti memori kad 16gb, monopod dan 3 jenis cover handphone yang berlainan warna dan corak serta style. Siap mintak power bank lagi. Best sangat ni...




Maka bermula lah episod mengskodeng handphone sendiri. Perkara yang aku cukup tak suka nak buat sebab kena study semua benda. Buang masa ja. Dasar pemalas tahap gaban ni. Huhu...




Bila dah guna beberapa bulan ni, memang rasa suka sangat. Meh aku kongsikan dengan korang apa kelebihan dan kekurangan OPPO F1s ni.

Kelebihannya:

1) Paling menarik hati aku adalah rupa bentuknya yang nipis, ringan dan kaler yang cantik. Aku minat dengan kaler rose gold tapi dah habis. Jadi terpaksa la ambil kaler gold saja.

2) Dual simkad. Senang tak payah nak pakai banyak telefon. Sekali harung je handphone untuk personal dan bisnes.

3) Tak perlu ambil masa yang lama untuk cas bateri. Sekejap je dah full. Bateri tahan sehari @ 24 jam plak tu even aku guna selalu handphone tu. Amazing sangat.

4) Handphone tak hang even aku buka banyak apps sekaligus. Laju je nak akses internet. Terbaik lah.

5) Kamera depan dan belakang. Gambar cantik. Tip top tak payah edit segala. Semua dah tersedia dalam tu. kalau nak lagi cantik korang tambah lah apps sesuka hati korang. Aku malas nak explore semua benda. Haha...

6) Senang nak apply video. Sebab tu la rajin ambil video memasak sekarang. Zup zap zup zap je jadik. Panorama style lagi. Hebat sangat ni.







Kekurangannya:

Aku tak nampak plak kekurangannya setakat ni. Semua tip top untuk pengguna macam aku ni.

Memang betol macam promoter tu kata, paling bagus jenama Samsung. Tapi harga melampau mahal. Oppo ni sama je macam Samsung, android jugak, tapi lebih murah. So apa lagi ambil ja la Oppo ni.




Kalau korang tengah cari handphone yang murah tapi fully spec, aku rekomen korang beli handphone Oppo ni.




Apa lagi mintak la Oppa korang belanja beli handphone Oppo baru ni, bole selfie atau wefie sama-sama...Kui-kui.!.

Ok aku nak sambung selfie...bye!.


Beza handphone dulu dan sekarang...









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai