Tiba lah saat untuk review hotel di Vietnam. Aku pilih menginap di Hotel Saigon Pink 2 sebab dekat dengan pasar Ben Tanh. Beberapa langkah je dah sampai. Memang best sangat sebab senang nak berbelanja dan bershopping.
Sai Gon Pink 2 Hotel
32 Nguyễn An Ninh, Bến Thành, Hồ Chí Minh
Ho Chi Minh, Vietnam
Tel: +84 8 3827 2340
Majoriti bangunan rumah kedai kat sini kecil dan memanjang ke atas. Termasuk la hotel ni. Eh betol ke ayat aku ni? Nah aku bagi gambar korang nilai sendiri eh.
Lokasi memang superb sebab dikelilingi kedai makanan halal seperti Kedai makan Hajah Basiroh dan beberapa kedai makan yang lain. Kat sini jangan risau bab makan, jangan jadi macam aku siap bawak jajan segala takut kelaparan. Hehe...
Teksi pun sentiasa ada depan hotel, tak payah berjalan jauh kalau nak pergi ke mana ja yang korang nak.
Staf hotel ni sangat peramah dan sedia membantu apa ja yang korang perlukan. Kena tinggalkan passport kat lobi dan ambil semula bila check out nanti.
Diaorang amat strict bab check in dan check out. Check out jam 12 tghr tapi jam 11 staf dah bagi hint, remind untuk keluar seawal bole dan ON TIME.
Ruang lobi pun luas. Wangi pulak tu. Harap-harap bilik pun wangi la ya.
Baru nak puji lebih dah tak jadi sebab ada beberapa benda yang tak memuaskan hati. Hotel ni ada 9 tingkat. Aku dapat tingkat 9. Lif hanya sampai tingkat 8 je. Jadi kena lah mendaki lagi satu tingkat anak tangga untuk sampai ke bilik ya. Uwaaa...
Bilik tak berapa luas tapi perabot cantik ala-ala English style. Aku rasa perabot lama cuma di cat semula ja ni. Apa pun puas hati la sebab tilam pun empuk. Cumanya ada sedikit rasa rimas bila barang dah banyak lepas bershopping.
Penuh almari aku hiaskan dengan makanan. Korang mampu buat macam ni tak? Jakun sangat kan? Maklum masa pergi China hari tu susah nak dapat makanan, tu yang beli semua jajan tu.
Semua makanan aku sedekahkan pada makcik ni dan anak dia. Suka tengok diaorang happy masa dapat makanan tu semua.
Kecewanya rasa sebab tak disediakan seterika kat bilik ni. Diaorang galakkan korang hantar dobi je. Diaorang akan basuh dan gosokkan sekali baju korang nanti. Bayarannya aku lupa. Tapi tak mahal la tak sampai RM10 rasanya.
Bilik air plak dibahagi dua untuk shower dan sebagainya. Walaupun kecil tapi modern style. Lantai bilik air ni lambat kering bila basah, beberapa kali jugak aku nak terjatuh sebab licin.
Paling best kat sini adalah wifi yang sangat laju. Berdesap berdesup zoom...zoom...ngeh-ngeh...!
Kebanyakan hotel kat sini ada sediakan penimbang. Aku nasihatkan korang timbang lah barang-barang korang dulu siap-siap sebab nanti kelam kelibut kat airport.
Jangan lupa sediakan duit USD sebab imigresen kat situ sangat sombong dan tak bertolak ansur. Lebih muatan sikit ja pun korang akan disuruh bayar. Even hand bag pun akan ditimbang. U better watch out.
Naik teksi yang staf hotel carikan. Tambang memang jauh lebih murah dari waktu datang hari tu.
Sampai je kat airport, aku dah berdebar-debar sebab tengok ramai yang beratur dan kena masuk satu bilik khas. Bila aku tanya staf kat situ dia kata tu tempat bayar cukai.
Paling penting kata beberapa orang yang selalu datang situ, kalau korang tak sihat (demam), korang kena nampakkan diri korang tu sihat. Sebabnya diaorang akan paksa korang beli ubat kat situ jugak. Kalau murah tak pa, ni harga memang tersangat mahal.
Sampai giliran aku, staf kaunter tu cakap apa ntah dengan geng sebelah dia dan suruh aku masuk bilik yang aku nampak ramai orang beratur tadi. Alasannya sebab aku bawa terlebih muatan.
Dalam bilik, aku disoal mengalahkan pesalah berat yang tak da kaitan dengan muatan beg. Cakap bahasa diaorang, bahasa English diaorang tak faham. Aduhai lawak la korang ni bagi orang susah.
Nak dijadikan cerita aku memang tak sediakan duit lebih pun masa tu. Semua aku habiskan bershopping. Dia suruh aku bayar berapa USD ntah aku lupa tapi memang duit aku tak cukup masa tu. Siap paksa aku guna debit kad atau kredit kad yang ada. Nasib baik aku tak tunjuk semua kad yang aku ada, cuma ada RM10 ja masa tu dia nampak kat handbag aku. Tu pun dia ambil jugak.
Staf suruh aku keluarkan barang dan tinggalkan kat Airport atau bagi diaorang duit seperti yang diminta. Giler ke apa staf tu?. Panik jugak aku ni. Berpeluh kejap dalam bilik tu.
Alhamdulilah, kerana aku berhati baik (hehe), ada lah insan yang sudi menolong. Salah sorang staf airport tu pandai berbahasa Inggeris dan menerangkan semua cerita. Siap dia marah staf tu lagi.
Sebenarnya kan, ada beberapa kerat staf imigresen tu yang sengaja nak pau barang dan duit kita. Jadi bagi mengelakkan korang terkena macam aku, adalah lebih baik jangan bawak barang berlebihan sangat. Alasan mudah untuk diaorang pau korang nanti.
Nasib baik aku sampai awal kat airport, kalau tak mau tertinggal flight gara-gara staf sewel tadi. Masa tu jugak la kasut aku buat hal. Hampir tertanggal tumit dek kerana lasak berjalan. Kiri kanan pulak tu? Walawei...
Dalam pada tu sempat lagi pusing nak membeli belah lagi sekitar Airport. Haha...
Tak sabar rasanya aku nak naik kapalterbang sebab geram dengan staf tu, rasa nak tumbuk ja muka dia.
Rasanya memang aku tak kan pergi lagi kot ke Vietnam ni sebab barang dan harga lebih kurang ja. Imigresen pun leceh. Apa daa...
Nasib baik dah sempat keliling tempat bersejarah kalau tak ralat jugak rasanya. Siap beli berangkut barang shopping segala. Lega rasa dah dapat tawan Vietnam ni.
Ok uolls, ni ja la sikit sebanyak pengalaman aku pergi Vietnam. Jangan lupa sediakan duit kat Airport Vietnam nanti ya.
Chow dulu uolls...Muah ciked!