Entry terakhir untuk melancong ke Vietnam. Harap-harap korang dapat sikit sebanyak info dalam setiap pengalaman yang aku kongsikan. Inshaallah...
Perkara pertama yang aku lakukan untuk hari ni adalah makan, meronda sekitar bandar Ho Chi Minh, melawat tempat bersejarah dan bershopping.
Saigon Central Post Office
2 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận 1
Hồ Chí Minh, Vietnam
Tel: +84 8 3822 1677
Setiap Hari 9 pagi - 4 ptg
Dari luar pejabat pos ni nampak unik dengan binaan bangunan yang cantik. Pemandangan dalam seakan station keretapi di Malaysia. Luas dan sangat bersih. Susunan teratur dan kemas. Korang boleh nampak suasana yang berbeza jika di Malaysia.
Nak cucuk duit dan call mana-mana tempat pun ada disediakan kat sini. Apa lagi, sila berposing keliling kawasan ya. Sori gambar blur, jurukamera tangan tak bedung. Ngeh-ngeh...
Pelbagai jenis stem dan kedai cenderamata kat sini. Aku tak beli sebab harga agak mahal. Sekejap ja melepak dalam ni sebab tak da apa pun yang menarik.
Saigon Notre-Dame Basilica
1, Công xã Paris, Bến Nghé, District 1
Ho Chi Minh, Vietnam
Terletak berhadapan pejabat pos. Lintas jalan ja ya. Masa aku pergi tu tak ramai orang dan ada yang buat pre-wedding kat situ.
Cantik betol bangunan lama ni. Seakan kat negara omputih uolls. Terpegun jap aku tengok. Tak sempat nak masuk dalam sebab banyak tempat nak pergi, majoriti tempat tutup jam 6 petang.
Cukup la berposing kat luar bangunan je, lepas tu aku bergegas ke Muzium Perang plak.
Tapi sebelum tu sempat jugak berehat di Hard Rock Cafe dan sekitar kompleks yang ada kat situ.
Siap tanya lagi dengan mamat kat situ mana nak cari tempat keluarkan duit yang terdekat sebab duit dah habis. Wakaka...
Ok duit dah banyak semula, meh la kita merambu sejauh mana yang nak. Kih-kih...
War Remnants Museum
28 Võ Văn Tần, 6, Quận 3, Hồ Chí Minh, Vietnam
Tel: +84 8 3930 6325
7.30 pagi - 12 tengahari
1.30 tengahari - 5 petang
Aku naik teksi dari pejabat pos ke muzium perang. Tapi driver tu yang tak faham cakap ayam dan itik ni, dihantarnya kitaorang kat muzium yang salah. Takut kena bayar tambang mahal, aku decide nak pergi bangunan istana berdekatan. Gambar tak dapat nak tunjuk sebab blur giler.
Bila tanya orang kat situ, dia kata dekat ja boleh jalan kaki. Dalam pada berjalan tu, kasut aku ni rasa macam nak tercabut ja tumitnya. Maklum kat Vietnam ni memang lasak kasut ni aku kerjakan. Beli pun semata-mata nak pakai kat Vietnam ni. Bertawaf satu tempat ke satu tempat, mana tak nya. Akhirya sampai ke destinasi.
Besar giler Muzium ni. Bertingkat plak tu. Bukan tu ja, ruangan dalam pun dibahagikan pada beberapa tema warna ikut sejarah. Dah la penat berjalan, kena mendaki tangga plak tu...aduhai.
Seingat aku ada ruang pameran Agen Oren. Yang lain dah blur dari ingatan. Aku ingat ruangan ni sebab ada diletakkan janin cacat yang dah diawet dan beberapa lagi kesan kecacatan kekal dari kesan penggunaan bahan kimia.
Ada juga diceritakan beberapa sejarah dan juga pelbagai jenis alat senjata yang digunakan dalam peperangan. Gambar blur jadi aku tak tepek kat sini. Korang minta dengan pakcik google eh.
Apa pun aku tertarik dengan replika kanak-kanak yang comel ni. Sempat posing macam la kat Malaysia tak da replika. Haha...
Pelbagai cenderamata ada dijual di bahagian belakang muzium. Aku singgah sekejap je sebab tak da apa yang menarik kat situ yang perlu dibeli. Souvenir untuk kawan dan saudara dah banyak beli.
Ruangan tepi muzium ada diceritakan pelbagai sejarah dan hukuman yang dijalankan. Ditambah lagi dengan pelbagai kisah yang seram. Zalim nya aku rasa tengok hukuman tu semua.
Sempat jugak snap gambar beberapa biji bom dan peluru yang beraneka size dan rupa.
Paling sadis dan terkejut bila aku tak perasan bergambar dengan sorang banduan ni. Korang rasa orang ke apa tu? Heee ngerinya...
Bahagian depan muzium plak ada beberapa kenderaan berat tentera Amerika gunakan waktu berperang seperti jet pejuang, kereta kebal, helikopter dan sebagainya.
Kalau korang datang Vietnam, harus pergi muzium ni sebab sikit sebanyak akan mengundang rasa keinsafan dalam diri. Bertuah la kita duduk di Malaysia yang aman dan bersyukurlah negara kita tidak dijajah.
Cho Binh Tay Market
phường 2, District 6, Ho Chi Minh, Vietnam
Setiap Hari 6 pagi - 7 malam
Dari Muzium kitaorang naik bas untuk ke Binh Tay Market. Maklumat yang diperolehi lebih elok naik bas sebab dekat. Apa lagi, masing-masing tunjuk pandai last-last sesat. Turun kat mana-mana terus tahan teksi. Dalam teksi ketawa ramai-ramai. Bhahaha...
Sampai pasar ni lagi rasa pening. Dah la 2 tingkat, bercelaru plak tu dengan bermacam-macam barang jualan. Tak tersusun langsung.
Majoriti kat sini jual kain pasang @ kain ela. Patut la digelar pasar ni syurga kain.
Kalau pandai tawar menawar, korang memang akan dapat harga yang sangat berbaloi dengan kualiti kain yang dibeli. Macam biasa, akan ada adengan tarik menarik pelanggan kat sini. So berjaga-jaga la ya.
Banyak jugak kain ela dan beberapa telekung aku beli kat sini. Memang tersangat murah dan kain best in the world kata orang dulu-dulu.
Sapa yang nak buat baju kawin bole la datang ke sini sebab harga tersangat murah berbanding di Malaysia.
Tingkat atas lebih pada jual topeng muka, pakaian dalam dan helmet. Baju kanak-kanak memang banyak dijual kat tingkat atas ni.
Handbag dan pelbagai lagi barangan ada. Cenderamata macam keychain dan fridge magnet kurang dijual dalam pasar ni. Mahal plak harganya tu.
Seronoknya tengok topeng muka yang beraneka corak tu. Diam tak diam memang banyak la aku beli topeng muka ni. Beratus helai jugak beli untuk dijadikan souvenir.
Pakkal je helmet tak bole bawak balik sebab fikirkan problem kat Airport nanti. Kalau tak, memang dah beratus jugak la aku beli sebab suka tengok helmet yang comel dan berbagai bentuk.
Kitaorang rushing dalam pasar ni sebab dah nak tutup. Awat la dioarang ni tutup awal, patutnya buka la sampai malam, baru best nak memilih lagi banyak barang.
Masa nak balik hotel, semua decide nak naik teksi ja sebab tak larat nak bawak banyak barang naik bas. Tapi seksa yang amat nak tunggu teksi kat sini.
Gasak la kitaorang cari teksi Vinasun tapi jarang lalu. Menapak jugak la jauh sikit dari pasar sebab ramai yang berebut teksi yang memang ciput lalu kat situ.
Akhirnya setelah hampir sejam duk menunggu kat situ, baru lah kitaorang dapat teksi dan balik ke hotel.
Ingat nak berehat sebab seharian dah berjalan tapi tak jadi la duk diam kat hotel. Apa lagi merambu bershopping lagi la kat pasar malam plak. Maklum hotel sekangkang kera. Hehe...
Ok cukup la sampai sini citer ronda-ronda habiskan duit di Vietnam. Jumpa lagi di review hotel dan pengalaman di Airport Vietnam. Stress je bila ingat semula. Huhu...