Betul ke statement shopping terapi minda?. Kalau nak tau betul ke tak jom terjah citer kat bawah ni.
Siapa tak suka bershopping? Mesti semua suka kan? Lagi lah kalau kaum hawa yang diberi peluang bershopping. Mau di jelajah setiap ceruk kedai dan kalau ada duit banyak memang bonus untuk berbelanja.
Nak share sket citer orang meradang dan bershopping.
AEON Taman Universiti Shopping Centre
4, Jalan Pendidikan, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor
Tel: +60 7-520 8700
Setiap hari 10 pagi - 10 malam
Satu hari tu, aku memang panas hati dengan satu insiden kat ofis. Rasa sedih, marah, benci, meluat, semua ada dengan sorang makhluk kat ofis ni gara-gara satu kes yang memang betol-betol buat aku rasa kecewa.
Tapi sekarang masa aku menulis ni, perasaan marah aku tu dah takda la, cuma dah bukan 100% baik dan suka macam dulu. Rasa gembira berkawan tu dah berkurangan. Hanya sekadar layan baik je sebab dah lama kenal.
Ok lupakan kisah yang menyakitkan hati tu, meh aku share story macam mana nak menghilangkan rasa marah dan kecewa.
Oleh kerana malas nak balik ke rumah awal sebab tak da mood nak bercakap, lepas kerja aku singgah ke Shopping Mall berdekatan rumah. Apa lagi Jusco la tempatnya. Niat di hati nak tengok-tengok je. Tak sangka plak terbeli barangan yang tak sepatutnya. Lari bajet uolls. Kuang-kuang...
Macam biasa, jejak je tangga Jusco, aku akan lupa segala benda. Otak dan mata aku ni akan fokus pada benda-benda yang ada kat situ. Lagi la sorang-sorang, lagi rasa best sebab boleh ke sana ke mari sesuka hati tanpa ada paksaan atau kongkongan.
Setel beli jajan coklat dan sebagainya, aku ke bahagian pakaian wanita. Tawaf satu pusingan, mata aku terpandang pada satu bahagian jenama Voir. Aku memang minat pakaian jenama Voir, Scarlet dan Dolly. Selesa sangat kain dan fesyen terkini.
Belek ja tengok harga offer 50% dan 70%. Ikut kaler offer pada setiap pakaian. Korang bayangkan blouse dari harga RM119 jadi RM15. Tshirt RM19.90. Sila tengok kat semua label pakaian ni.
Tak da la terperanjat sangat tengok harga tu cuma terfikir, mak ai banyaknya Jusco buat untung. Agaknya baju tu sehelai datang RM5 ja kot. Sebab tu tergamak bagi offer harga memikat kalbu macam tu.
Macam orang hilang akal, aku capai semua fesyen serta colour berlainan blouse dan tshirt yang ada kat situ. Dalam 25 helai jugak la aku bawak masuk ke fitting room. Gila penat berpeluh-peluh, sampai senget tudung dek penangan menerai baju. Huhu...
Tu belum masuk menerai seluar dan skirt. Semuanya aku berkenan. Bila kira-kira nak jejak RM500 jugak la kalau aku rembat semua tu. Tak boleh jadi ni.
Fikir punya fikir, belek punya belek, ambil yang betol-betol berkenan je la. 12 blouse dan 3 tshirt. Cakap dalam hati, tengah murah ni, bila lagi nak dapat harga macam ni? Buat apa nak beli bila harga mahal sedangkan kita boleh dapat harga yang murah?. Tak rugi rasanya beli sekaligus. Kui-kui...
Setel semua pilihan, aku terus bawa troly ke kaunter. Masa tu takda orang beratur tapi dek kerana staf tu rajin, dia tolong lipat sekali baju-baju tu. Tak sabar rasanya aku tengok dia buat kerja lambat macam tu. Rasa nak tolong lipat je.
Sedar-sedar tengok kat belakang dah ramai orang beratur panjang tapi staf ni buat cool ja. Aku yang serabut. Mesti yang beratur tu cakap dalam hati, banyak beli baju, agaknya dah tak da baju ke kat rumah? Haha...
Terbelalak mata staf tu bila key in harga yang perlu dibayar Rm350. Aku plak lupa cek wallet duit cukup ke tak?. Terus bagi kredit kad. Nasib baik teringat sekarang bole guna debit kad. So tukar la semula kad tadi. Lepas ni jangan beli baju setahun la ek? Hehe...
Walaupun rasa membazir sebab keluar duit tanpa perancangan tapi bila fikir semula, tak menyesal beli sebab dapat harga murah. Hati pun senang sebab dapat banyak baju yang cantik-cantik.
Sampai rumah terus snap dulu gambar sebelum kesemuanya dicuci dan plan akan pakai pergi kerja setiap hari dengan baju baru. Tak lupa jugak aku bagitau geng-geng ofis suruh diaorang pergi shopping kat Jusco.
Betul la orang kata, shopping terapi minda, mendamaikan jiwa dan release tension. Dapat keuntungan plak kan sebab dapat berbelanja dengan harga yang merundum murah.
So uolls, senang je nak pujuk aku ni. Kalau aku marah, korang bawak je aku pergi shopping complex, bershopping atau bagi coklat. Serta merta menurun tahap amarah tu. Senang ja nak handle aku ni kan uolls? Hehe...
Sekarang ni dok teringat blouse yang tak ambil hari tu. Silap-silap petang ni aku pergi beli sebab esok tarikh last offer. Harap-harap size aku ada lagi la kan. Ok bai...!