Baru-baru ni aku sambut wedding anniversary ke 26 tahun bersama encik suami dan anak-anak. Bab memilih tempat makan memang akan jadi persoalan. Tak tahu nak pilih mana satu tempat makan yang dah berlambak kat Johor ni.
Akhirnya kata sepakat diterima dan kitaorang makan kat tempat ni.
Spatula 'N' Senduk Kafe
127A, Jalan Adda 3/1,
Taman Adda, 81100 JB
Tel: +60 13-786 1532
Selasa - Ahad : 3 petang - 10.30 malam
Terletak di tingkat atas deretan bangunan rumah kedai dua tingkat. Kena tengok betol-betol sebab korang akan terlepas pandang kalau drive terlalu laju kat area ni.
Kat bawah kafe ja dah di bagitau menu apa yang akan dihidangkan pada hari tu dan waktu operasi. Siapa yang datang lewat malam sila balik eh. Kuang-kuang...
Ruang kafe ni agak kecil. Tapi kemas dan teratur susunannya. Kalau nak celebrate birthday atau keraian apa-apa, bole la datang ke sini.
Ruang dapur pun kemas dan bersih. Jom skodeng...
Dek kerana nama senduk kafe, jadinya pelbagai size dan rupa senduk ada kat dinding. Senduk bukan sebarang senduk, senduk datang dari serata benua. Gitew...
Paling best sekali kat sini, layanan tip top. Order cepat je sampai. Staf pun peramah dan cergas. Kredit untuk owner.
Pelbagai jenis menu makanan ada kat sini. Harga berbaloi dengan kualiti dan kuantiti makanan. Air pun sedap. Bole datang lagi.
Macam biasa, anak-anak pilih western. Aku dah terikut Mr Right oder nasi. Bukan apa, sebab nak rasa sedap ke tidak nasi goreng kat situ. Not bad lah rasanya. Banyak pulak tu. Mengah nak habiskan sorang.
Perut dah penuh, tiba lah giliran meniup lilin dan meraikan majlis bagi pasangan pengantin lama ni. Huhu...
Sebelum setel makan, macam biasa, kitaorang anak beranak akan teka berapa harga kesemua makanan tadi. Siapa betol dapat kiss. Haha...
Rasanya tak banyak dapat tulis sebab tak da apa yang perlu di komen. Korang tengok gambar ja la ya lepas tu nilai sendiri nak datang ke tak. Aku sarankan korang cuba datang. Bole tengok senduk. Kuang-kuang...
Jumpa lagi di keluaran akan datang. Nyum...nyum...yummy...!