/**/

Pages

Subscribe Twitter

Bersampan Di Sungai Mekong, Vietnam


Bersampan kita...yehaaa


Kali ni aku nak story pengalaman melayari sungai terbesar dan terpanjang di Vietnam.

Tak sabar nak rasa naik sampan kecil dalam suasana berhimpit-himpit seperti yang selalu diperkatakan dalam blog dan sebagainya.



Sungai Mekong @ Mekong Delta





Aku naik bas dari bandar Ho Chi Minh menuju ke Sungai Mekong. Perjalanan lebih kurang 1 jam je. Sepanjang jalan tu aku boleh nampak pelbagai pemandangan yang tak kurang cantiknya macam sungai, sawah padi, kebun-kebun dan rumah-rumah.

Dalam perjalanan ada pulak pelancong mat saleh nak terkucil. Terpaksa la kitaorang berhenti bagi dia buang air kecil. Bila sampai tempat perhentian tu bukan dia ja yang terkucil, ramai plak bala tentera yang folo. Kih-kih.

Tapi tak rugi bas berhenti kat sini sebab aku bole lepak sekejap kat dalam rumah tu. Ada beberapa orang wanita yang duk ralit menganyam dan lelaki pun ada yang turut membantu.




Nak tak nak, terkeluar jugak duit dari wallet kat sini sebab berkenan dengan bag handmade dan kain sarung seakan songket. Uwaaa...




Puas ronda kat dalam, lepak plak kat luar rumah. Waaa lagi cantik kawasan nya. Bermacam ukiran patung korang boleh nampak kat sini. Sensored u....




Ada kolam teratai lagi. Besar-besar plak tu bunga teratai kat sini. Dapat la jugak capai dan pegang kejap. Nak ambil takut plak kena marah. Serius wei lawa plak teratai ni, dari tak suka terus aku jadi tersuka tanpa sengaja. Cewah...

Masa berborak dalam bas, sempat lah pemandu pelancong tu bagitau teratai adalah bunga kebanggaan orang Vietnam. Lambang ketulenan, komitmen dan optimistik. Gitew...




Setel semua, aku sambung semula perjalanan ke destinasi sepatutnya. Aku menaiki bot yang ada kat situ merentasi sungai mekong menuju salah satu pulau yang ada.

Terdapat 4 pulau kat sini iaitu Unicorn, Phoenix, Dragon dan Tortoise.




Ikut pada pemandu pelancong yang korang pilih mana pulau yang akan dia bawak nanti. Diaorang akan bagi sikit taklimat berkenaan pulau yang akan korang landing nanti.




Sungai dah la luas dan dalam, tak perlu pakai jaket keselamatan ke?. Cuak jugak ni. Sepanjang perjalanan boleh la nampak rumah rakit sana sini. Ada anjing lagi kat rumah rakit tu. Buat apa dok situ tak tau la plak kan?. Hehe...




Kira-kira sepuluh minit perjalanan, aku sampai kat Pulau Unicorn. kat sini ada kilang memproses apa saja yang berasaskan kelapa. Tempat popular yang memang didatangi semua orang adalah kilang memproses coconut candy.




Tempat dah seronok dilihat tapi yang tak bestnya anjing berkeliaran sana sini. Menakutkan walaupun dia tak kacau orang.

Pemandu pelancong memberi maklumat detail pada semua. Pelancong semua terpengong dengar dengan khusyuk. Aku bukan dengar taklimat yang diberikan tapi dok perhati perangai tiap pelancong yang melopong mulut dengar. Kelakar betol bila ingat semula.




Macam biasa, bila aku tengok keliling dan cara diorang buat coconut candy tu, aku rasa macam geli plak nak makan. Sekeliling tempat tak bersih, tak pakai sarung tangan. Adoyai...kembang tekak dibuatnya.










Selain dapat tengok cara membuat coconut candy, ada juga dijual cenderahati kat situ. Antaranya beg yang dibuat dari kulit ular. Memang cantik dan halus sangat buatan tangan orang Vietnam ni.




Kat sini boleh beli cenderamata dan jajan ya sebab cenderamata yang ada kat sini tak dijual di luar pulau. Harga berpatutan so jangan risau.




Setel kat situ, tiba lah masa yang ditunggu-tunggu untuk menaiki sampan seperti yang selalu diperkatakan. Satu sampan boleh memuatkan 4 hingga 5 orang penumpang termasuk pendayung. Baju hujan disediakan kalau waktu korang naik tu hujan ya. Jangan risau, semuanya disediakan, keluarkan ongkos sahaja.




Kebanyakan pendayung terdiri dari wanita yang dah berusia. Walaupun dah tua tapi diaorang ni kuat mendayung tau. Cumanya bila korang ada dalam bot tu, sila duduk diam-diam dan jangan bergerak sana bergerak sini sebab nanti korang kena marah dengan makcik-makcik tu.




Tangan sila letak dalam bot ya sebab bot korang akan berhimpit-himpit antara satu sama lain. Maklum ada dua laluan pergi dan balik, tak da trafik light lagi sebab tu huru hara. Kah-kah buat lawak jap eh...

Salute kat diaorang ni sebab pandai corner sana corner sini dan tak berlanggar sesama sendiri. Enjoy naik sampan ni. Tak perlu pakai jaket keselamatan sebab semua pendayung dah pro dan belum ada lagi cerita sampan terbalik. Kui-kui...

Kalau baik hati boleh la bagi duit tips kat pendayung ni. Sure diaorang senyum meleret sampai telinga.




Sampai je kat perhentian, aku menuju ke tempat belaan lebah dan madu. Kat sini aku diberi minum teh manis dan madu asli. Terbeli la pulak madu ni. Rm16 ja harganya. Murah kan?.




Dalam pada dijamu makan dan minum tu, kitaorang diraikan dengan persembahan ular. Masa ni aku tak takut dengan ular so aku bole tengok dekat. Tapi malas nak pegang dan bergambar sebab dikenakan bayaran.




Macam biasa, tak boleh nampak pokok, mesti aku rasa nak panjat. Dek kerana gatal sangat main kat tepi bukit tu, jari aku terkena duri pokok. Berdarah wei, banyak pulak tu.




Staf kat situ cepat-cepat letakkan royal jelly kat jari aku dan darah terus berhenti. Hebat sangat royal jelly ni. Maka terbeli lah jugak. Harga dah lupa, sori ya.

Dek kerana aku jadi testimoni tak berbayar kat situ, maka ramai lah pelancong lain yang beli royal jelly tu. Huhu...




Di pulau yang sama jugak, aku dibawa ke tempat tanaman buah-buahan seperti buah naga, nangka, mempelam dan banyak lagi. Fresh dari ladang tau...







Sedapnya dapat makan buah-buahan segar dan air teh manis sambil diiringi penyanyi dan pemuzik di tengah panas terik ni.




Selesai kat situ aku singgah di satu pulau lagi, aku tak ingat pulau apa. Tapi kat sini lebih best dan cantik.




Kawasan keliling tersusun bersih diwarnai pelbagai warna bunga yang merimbun.




Ada jugak tempat binatang seperti buaya dan sebagainya. Korang bole campak daging pada buaya pada waktu makan binatang terbabit.




Paaalinnngggg best sekali adalah meniti batang pokok. Yey aku berjaya pergi dan balik walau berselisih dengan pelancong mat saleh di tengah perjalanan tu. Seronok sangat.










Ada pulak disediakan buaian. Apa lagi baring la sekejap melepaskan penat dan santai-santai. Nak tido ja rasa. Makan dan minum bekal yang dibawa, apa lagi meroti la jawabnya.




Hampir satu hari melepak kat situ, penat jugak la badan ni. Tapi seronok dapat pengalaman baru.




Sebelum balik hotel, sila berbelanja kat sini ya sebab barangan berjenama kat sini agak murah dibandingkan di bandar Ho Chi Minh.




Ok sekian untuk cerita kali ni. Jumpa lagi di lain keluaran. Daaa...


Mana la pendayung nih...haish...



Lagi cerita jalan-jalan di VIETNAM :

Bertolak ke Vietnam
Melawat Cu Chi Tunnels
Persembahan Water Puppet dan Pasar Malam Ben Tanh
Pasar (Siang) Cho Ben Tanh
Naik Sampan dan Bot di Sungai Mekong
Saigon Post Office, Notre Dame, War Museum, Pasar Binhtay
Review Hotel Saigon Pink 2



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai