Sekarang ni kat mana-mana kita bole jumpa orang jual burger. Macam-macam jenis burger. Burger Hot, burger abang Burn, burger itu burger ini, sampai tak tau nak pilih yang mana satu harus dicuba dulu.
Aku ternampak burger ni kat rancangan jalan-jalan cari makan. So bila turun Shah Alam hari tu aku singgah la kejap nak cuba rasa sedap ke tidak.
Yazid Burger
Medan Selera Anjung 7
Shah Alam (Central) Lot 4, Jalan Tungsten 7/23
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tel: +60 19-688 8709
GPS : 3.076450,101.495949
Sebelum tu aku singgah tapau cendol pulut dan laksa utara yang dikatakan tak kurang popular kat situ.
Nampak tak kat belakang aku tu, betapa ramainya pelanggan yang sanggup duduk kat rumput menghayati hidangan petang.
Susah jugak nak cari kedai burger Yazid ni. Jauh terperosok sebelah dalam bangunan medan selera Shah Alam. Nasib baik masa aku sampai tu kedai belum tutup. Kalau tak, rugi minyak kereta dan buang masa ja.
Kalau tak silap aku kedai ni terletak belakang UNISEL. Pakkal adik aku tak kerja hari tu, kalau tak aku dah masuk UNISEL tu heret dia belanja aku makan burger Yazid ni. Kuang-kuang.
Sampai depan kedai, nampak pelbagai size burger yang ada. Harga mengikut size ya. Jangan banyak tanya sebab dah ditulis atas burger tu.
Menurut owner, roti dan patty nya dibuat sendiri, homemade gitew.
Korang kena pilih size burger dulu, kemudian jenis roti dan patty, lepas tu sos, sayur dan buah. Kalau nak tambah cheese korang kena tambah Rm1. Aku order macam kat bawah ni.
Sampai je depan mata, mak ai terus terfikir, bole ke aku habiskan burger ni? Bole meletop perut kekenyangan ni. Ni bukan untuk makan sorang ni tapi 4 atau 5 orang. Kecuali kalau korang jenis pelahap, aku rasa bole je tibai burger tu sorang-sorang sampai habis.
Burger besar, kembang, mantap dan gebu. Lagi besar dari size tangan aku. Nasib baik dah dipotong jadi potongan kecil, kalau tak, mau sememeh mulut dan muka dek penangan burger besar gedabak ni.
Roti sedap dan berlemak. Daging tak kering dan lembut. Berjuicy habis mulut ku yang comel ni terkena sos. Makan separuh je selebihnya tapau balik hotel.
Sementara tunggu geng-geng yang lain habis makan, aku rasa nak makan laksa utara dan cendol pulut yang aku beli tadi.
Pergi la gerai sebelah nak pinjam 2 mangkuk untuk laksa dan cendol. Staf kedai tu tak bagi sebab tak beli makanan kat tempat dia. Aku kata nanti aku basuh semula atau aku beli ja mangkuk dan sudu plastik tu. Itu pun tak bagi. Kedekut Haji Bakhil betol. Nak bagi duit pun ko tak nak, memang tolak rezeki la ko ni. Patut la kedai ko tu tak da orang datang sebab perangai sombong dan berlagak tak kena tempat.
Nasib baik la ada kedai Arab kat situ bagi pinjam mangkuk dan sudu. Murah rezki dia. Kedai pun ramai orang. Aku siap basuhkan lagi mangkuk yang dia bagi pinjam tu walaupun dia kata tak payah. Tu la beza peniaga melayu dan bangsa lain. Sebab tu la tak maju. Ish...ish...
Biasa je rasa laksa utara dan cendol pulut tu. Ada yang lagi best dan sedap dari tu kat Johor. Mai datang Johor, aku bawak kedai laksa dan cendol yang best. Ada masa aku review kedai-kedai tu eh.
Kitaorang singgah lagi medan selera ni untuk makan malam dan kali ni ke kedai bahagian depan bangunan.
Sedap sangat Char Kuay Teow dia. Tip top uolls. jangan lupa singgah kedai ni kalau ke Medan Selera Shah Alam ya.
Ok jumpa lagi di lain kali, blurp...sendawa kenyang sudah...Bye.!