/**/

Pages

Subscribe Twitter

Ronda-Ronda Bazar Karat, Johor


Meh jenjalan...


Kat Johor ni pun ada Night Market tau. Kalau korang datang Johor, sila lah jenguk kat sini. Ronda-ronda shopping dan cuci mata kat Pasar Karat aka Bazar Karat ni.

Jom skodeng sket citer Pasar Malam aka Pasar karat aka Bazar Karat ni. Gitew berapa banyak punya aka daaa...



Bazar Karat @ Pasar Karat
No 20-26, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru, Johor

Setiap hari: 6 petang - 2 pagi





Kalau pergi sendiri, memang tak lah aku nak ke Bazar Karat ni. Salah satu, sebab parking yang amat terhad. Susah tau cari parking kat sini. Leceh yang amat. Kawasan sempit, kereta menimbun. Jalan jem jangan cakap la. Haish...

Tapi kalau pergi dengan anak-anak aku, tu memang aku suka sebab anak aku memang terror bab parking kereta ni. Selit ja mana bole, memang tabik spring la ibu kat anak-anak ibu ni.







Aku nasihatkan korang pakai kasut yang sesuai ya kalau nak ronda kat sini sebab kawasan luas dan banyak laluan. Kalau pakai tumit tinggi memang menempah la jawabnya, sila buat senaman kaki ya.

Majoriti barang yang dijual kat sini semuanya barangan terpakai dan antik. Senang citer sekarang ni panggil bundle la. Sebab tu la agaknya dipanggil Pasar Karat sebab semua benda yang ada dah berkarat. Kui-kui...







Nampak tak panglima-panglima aku melawat kawasan, dalam hati kata mana satu aku nak beli dulu ek? Hehe...




Ada jugak yang jual binatang macam ular dan sebagainya. Eeee...gelilah meremang bulu roma nih.

Ada yang jual belon untuk tarikan kanak-kanak dan geng motosikal besar meronda kawasan.







Masa jenjalan tu aku ternampak anak bulus, sapa punya ntah. Aku dukung dia ok ja. Berat yang amat, bulu macam karpet tapi muka tak comel...haha




Bila dah jalan-jalan tu, mestilah lapar dan haus kan? Korang jangan risau sebab kat situ ada gerai jual makanan ringan dan jajan.

Kalau nak makan kat tempat yang selesa sikit, kat situ ada jugak kedai yang best. Siap berkaraoke dangdut lagi uolls. Jangan bimbang hokay.




Ada yang menyanyi dan bergelek, siap collect duit bagai, free & volunteer ya. Yang pasti ramai warga emas la yang suka bergoyang dangdut kat situ. Hmmm...

Ramai plak yang menonton semata-mata nak tengok persembahan yang bole join mentor milenia tu, termasuk la aku. Huhu...




Masa menuju kereta, kitaorang sempat meronda keliling bandar Johor. Berangan ala-ala pelancong gitew..hahaha




Cantik sekarang bandar Johor Bahru ni. Siap ada mahkota lagi kat tengah bandaraya. Bangunan pun dah cantik-cantik. Banyak kedai makan keliling bandar. Meriah sungguh. Maklum aku bukan kaki rayau bandar sebab tu tak perasan banyak benda dah berubah.





Sebagai anak jati Johor, aku berbangga punya bandaraya yang cantik dan terkenal macam ni. Sekurang-kurangnya ada juga tarikan pelancong nak datang cuci mata kat sini.

Majulah Bangsa Johor katanyer...! Daaa.....


Jom pergi ronda...nyoping




















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai