/**/

Pages

Subscribe Twitter

Koleksi Motosikal Di Cafe Racer By Grillbar, Johor Bahru


Bole ke habis makan sorang ni...?


Korang nak tengok koleksi pelbagai motosikal lama dan baru sambil menikmati hidangan tak? Kalau nak, korang bole pergi ke Cafe yang aku nak share jap lagi ni.



CafĂ© Racer by Grillbar  
72, Jalan Pingai, Taman Pelangi
80400 Johor Bahru, Johor

Tel: +60 7-335 0000

Setiap hari 12 tghr - 12 malam





Pada awalnya aku nak cuba makan di Lokap Cafe di bandar Johor. Sampai je kat alamat yang dibagi, tengok tak da. Tanya budak yang duduk kat tepi kedai dia kata dah lama tutup dan di ganti dengan kedai makan baru.

Pengajarannya, lain kali call dulu baru pergi ya. Tak membazir minyak kereta dan masa.

Disebabkan hujan dan malas nak redah, kitaorang decide nak cuba kedai makan lagi satu, tapi jauh sikit dari bandar Johor iaitu Cafe Racer by Gillbar.

Sampai je depan Cafe, tengok macam biasa je. Rumah kedai dua tingkat. Tapi bila masuk dalam, korang memang akan rasa kagum sekejap la.

Selain sambutan ramah dari staf dan kawasan yang bersih dan kemas, korang bole nampak pelbagai jenis skuter berderet kat situ.




Bukan motor ja tau, helmet, roda tergantung kat atas siling, semua korang akan jumpa. Basikal pun ada jugak kat sini. Nama pun racer kan, semestinya lah bendalah tu semua kena ada. Kiranya senang citer tersangat lah kreatifnya owner ni menyusun atur keadaan kedai biar nampak kemas.













Pelbagai jenis makanan western ada di menu. Paling penting halal ya. Aku sengaja malas nak collage kan gambar biar mudah korang tengok semua menu tu dan nampak jelas. Jangan malas nak scrol sampai habis eh. Hehe...

























Aku order dua jenis makanan dan satu dessert. Maklum hujan jadi perut tu nyanyi lagu keroncong la. Ops lupa nak bagitau, air masak diberi percuma kat sini. Satu botol besar tu.




Hidangan cepat sampai. Servis tip top. Terbaik habaq hang...



Nachos Enchilados Chicken melt

RM23.95





Sekali tengok hidangan Nachos mak ai, besarnya? Bole habis ke aku makan sorang ni? Hidangan ni aku rasa untuk 2 atau 3 orang makan dah cukup. So jimat kat situ kalau korang datang berjemaah.

Aku sengaja tak habiskan hidangan tu sebab nak rasa Spagheti plak. Boleh tapau kalau nak. Sebelum hidangan sampai, aku naik ke tingkat atas untuk snap gambar buat tatapan korang.




Tingkat atas ada toilet serta tempat makan untuk bilangan orang yang ramai atau tempahan awal untuk majlis dan sebagainya.




Kawasan sekitar dapur bersih dan tersusun. Paling win sekali, makanan akan diletak dalam satu laluan lif dan akan diterima oleh staf kat tingkat bawah. So tak perlu lah staf turun naik amik hidangan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.




Lagi meriah tempat makan kat atas ni dengan hiasan barang-barang vintage. Biasanya tingkat atas ni dibuka hari ahad atau bila diperlukan ja.













Ok jom turun ke bawah semula untuk hidangan kedua dan seterusnya.



Ebiko & Mushroom Spicy Aglio olio

RM21.95




Spagheti ni diletakkan dalam bekas ala-ala penyodok. Sepatutnya ambil makanan tu dan letak dalam pinggan, tapi aku main telan je dalam tu terus sebab makanan tu aku yang punya, suka hati aku la nak makan cara mana pun.

Jujur aku katakan, memang sedap spagheti ni. Boleh tukar pada makaroni kalau tak nak spagheti ya. Korang mesti cuba kalau datang sini.

Bole habis beb aku telan sorang. Terlupa plak ada lagi satu hidangan dessert. Adey mana mau sumbat dalam perut ni?

Sementara tunggu nak lapar semula aku berposing dan melawat kawasan sekitar. Ramai plak mat saleh datang makan kat situ. Nak snap gambar tak sempat sebab brownie dah sampai.



Sizzling Walnut Brownie

RM18.95





Hidangan brownie ni sangat sedap uolls. Tak sempat nak ambil video masa staf tuang coklat berapi panas atas brownies tu. Aduyai...

Aku rekomen korang datang sini. Takkan menyesal punya sebab makanan sedap, layanan bagus, tenteram ja rasa waktu menikmati hidangan. Aku nak cuba rib eye steak dan fried onion blossom kalau datang lagi sekali.

Cuba jangan tak cuba uolls. Memang WOW la Cafe Racer ni !.

Errghh...Kenyang sudaaa...!!!. Bye...



Faham tak maksud ni? Dasar kedekut...hehe














Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai