Belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Juara All England Open Badminton Championship 2017, Dato Lee Chong Wei kerana berjaya mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Ececeh...macam la ko ni kawan baik dia sangat Meed yang sibuk nak ucap tahniah bagai. Huhu...
Dato' Lee Chong Wei
Umur: 34 tahun
Asal : Bagan Serai, Pualau Pinang
Bukanlah beria nak agungkan dia sangat, cuma terpanggil mengenang sejarah zaman remaja.
Sekolah menengah dulu, aku memang minat bersukan berbanding persatuan. Lemau rasanya asyik terperuk dalam kelas je. Lagi best kalau dapat meloncat kat tengah padang bermain macam-macam permainan. Yehaa...
Aku terlibat dalam sukan softball dan hoki. Bola jaring sekejap je, maklum comel jadi macam tak layak nak pass bola, asyik terlepas ja. Apa pun, banyak kali jugak la aku masukkan gol. Percaya tak? Hehe...
Paling tak suka adalah badminton. Macam bosan je melompat sana melompat sini setempat je. Biasanya pelajar Cina la yang selalu main badminton ni. Nampak tak sampai sekarang memang orang Cina ja yang terer dan conquer sukan ni.
Tapi sejak dah jadi remaja purba ni, lagi la bila dah duduk sekapal dengan orang yang kaki badminton, jadi terikut la pulak. Dari cuba-cuba dan kaku, sekarang macam terer jugak la. Meh masuk bakul angkat sendiri. Haha...
Sekarang ni kalau ada perlawanan badminton je, aku akan folo. Pernah pergi tengok live Chong Wei main badminton di Johor. Best giler. Lain macam feel dia banding tengok kat TV.
Frust rasa cari gambar dengan Chong Wei tak jumpa. Nanti kalau jumpa aku tepek kat sini kemudian ya.
Sekarang ni, bila tengok badminton, automatik tangan aku bergerak, mata tak berkedip, suara menjerit. Tak bole control hokayyy...
Baru lah aku faham perasaan seorang makcik dulu bila tengok gusti, siap tumbuk lantai, dinding dan siapa ja yang dekat dengan dia. Memang haru betol.
Aku memang respek la Chong Wei ni dari dulu. Dari muda sampai ke tua tak da yang boleh lawan dia ni. Bak orang kata, tua bukan sebarang tua, tua-tua berisi tau. Gitew kekdahnya...
Dari berjaya, kemudian jatuh, lepas tu naik semula dalam masa yang singkat, memang bole dikira hero la. Dia dah buktikan yang dia memang layak dapat gelaran Dato'. Bukan macam sesetengah tu gelaran hanya tempelan je. Entah apa jasa dibuat pun tak tau. Baik Dato sukan atau Dato hiburan, sama ja tak boleh pakai.
Agak-agak lepas ni Chong Wei layak dapat gelaran Tan Sri tak?. Kalau dapat, aku turut rasa puas hati dan bangga dengan dia sebab berjaya mengharumkan nama negara kita.
Paling penting, dia berjaya membuktikan usia bukan satu penghalang untuk terus meraih kejayaan. Bak kata orang lama, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Yang penting usaha. Tak gitu korang?.
Last but not least, baru kena dengan laungan slogan negara kita...Malaysia Boleh !. Tahniah Dato lee Chong Wei. Kipidap yaaa...!
"Majulah sukan untuk negara"