Lama tak review aktiviti berspa aka manjakan diri. Entry kali ni nak citer pasal spa urut dan facial.
Kedai ni agak jauh dari taman perumahan aku, jadinya berjam jugak la nak sampai ke sana. Apa lagi sesat la jawabnya berpusing-pusing mencari tempat. Maklum tempat tak famous. Huhu...
JA Skin Solution
G-05, Block A , Akademik Suite,
Jalan Austin Heights Utama, Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-361 3313
Setiap hari dari 8 pagi - 10 malam
Dari luaran nampak cantik dan kemas spa ni. Staf pun baik dan comel. Aku disambut dengan penuh hormat bak VIP gitew. Kuang-kuang...
Aku ambil pakej scrub and shoulder massage bernilai Rm45 ja. Rawatan ambil masa 2 jam katanya. Waa lama tu, memang best kalau setakat urut bahu lama macam tu.
Cerita punya cerita, dia kata kalau nak urut satu badan, tambah RM128 lagi. Fikir punya fikir, aku setuju ja la sebab Rm173 dapat buat semua benda. Sauna, scrub, urut dari hujung kepala sampai hujung kaki memang agak murah lah.
Macam biasa, bila masuk bilik rawatan, staf suruh tanggalkan semua pakaian yang ada dan minta sarungkan panties dan bra pakai buang.
Perkara pertama selepas berbaring, staf sapu lotion untuk lembutkan sel-sel kulit mati bagi memudahkan proses scrub nanti. Tak payah la dia sental kuat-kuat sampai melecet macam sental baju. Huhu...
Setel ja, mula la dia scrub seluruh badan gunakan lotion aromaterapi. Wangi dan sejuk ja tapi dalam 10 minit dah mula rasa panas dan pijar. Tapi aku tahan sebab pernah guna yang lebih pijar dari tu.
Sementara tunggu lotion tu kering, staf sapu lagi sejenis krim untuk buang toksin katanya yang mana secara langsung boleh menguruskan badan. Sambil sapu krim, sambil urut badan aku. Umph sangat rasa tau, di belai dan di urut. Walaupun jari amoi tu halus tapi lembut dan kuat urutannya.
Selesai semua, staf suruh aku bersihkan diri, mandi dan kemudian dia sapukan lotion pelembap...wangi dan sejuk sebelum selesai rawatan sepenuhnya.
Sebelum balik, aku diberi minum air bunga matahari. Sedap wei suam-suam kuku air tu.
Aku rekomen korang datang buat rawatan kat sini. Selain layanan yang bagus, urutan yang diberikan berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Puas hati 100% ya.
Macam biasa, balik spa terus cari makan. Nanti review kedai makan plak eh.
Jumpa lagi di lain entry. Daaa...