/**/
Subscribe Twitter

Lurve Me Perfume By Izreen Azminda


Wangian sporty...


Macam biasa kalau pergi kedai jamu, mata aku akan skodeng perfume aka minyak wangi. Lagi-lagi kalau mingak wangi jenama artis. Laju je tangan ni capai.

Kali ni terpandang minyak wangi artis yang boleh tahan jugak la aku minat sebab kepoci dia tu, sapa lagi kalau buka Izreen Azminda.


Lurve Me - Melty Blue

15ml EDP Perfume

RM39.90





Kali pertama pandang, suka tengok sebab botol cantik dan sangat ringan. Senang nak bawak travel, tak la berat beg tu nanti nak heret ke sana ke mari.

Paling win sekali botol tu unik dan mudah digunakan. Twist je lepas tu sembur. Tak payah risau penutup tu hilang atau terjatuh kalau kelam kabut nak gunakan perfume ni.




Bila belek harga, mak ai RM39.90, boleh tahan mahal sebab isi 15ml je. Tapi nak cuba try test pakai punya pasal, aku beli ja la sebotol.




Ada empat bauan yang semuanya wangi dan warna botol pun cantik mengikut nama minyak wangi. Glamour habaq hang nama-nama omputih gitew...




Lusty Gold - Wangian ekstrak bunga-bungaan. Sesuai untuk pemakai yang pentingkan aura elegan dan berkarisma. Agak-agak korang lalu, orang terus pandang kat ko. Tapi bukan pandang korang tau, diaorang bau perfume tu. Camtu la lebih kurang.

Cravers Pink - Wangian fruity & sweets. Sesuai untuk pemakai yang rasa dirinya sexy dan perfect. Huhu...

Crush Red - Wangian strong & sweets. Sesuai untuk pemakai yang garang dan berani. Macam aku la tu. Hehe...

Melty Blue - Wangian urban yang memukau. Boleh dipakai oleh lelaki dan wanita. Sesuai untuk pemakai yang sporty dan agresif. Macam aku jugak la tu. Haha...

Sebab tu la dalam banyak-banyak wangian ni aku pilih Melty Blue.




Tapi staf kedai tu kata paling cepat habis dan permintaan tinggi ialah Lusty Gold dan kedua tertinggi adalah Cravers Pink.




Apa pun, bila aku dah sembur kat baju ni, memang melekat baunya sampai berjam-jam macam yang diberitau, Tapi tak da la sampai 12 jam kecuali korang sembur banyak satu baju. Yuhuu...

Apa pun, memang tak rugi beli minyak wangi ni sebab dia ringan so bole bawak ke mana ja korang pergi. Aku nak tengok berapa lama minyak wangi ni bole bertahan sebab biasanya berbulan jugak la habis. Maklum aku kedekut sebab sembur sikit ja. Kui-kui...

Apa lagi uolls, cuba lah beli sekarang. Dah beli jangan lupa share tau story korang plak.

Selamat mewangikan diri dengan wangian yang elegan dan fresh. Muga hari-hari korang berlalu dengan penuh keriangan dan kesegaran sepanjang masa.




Wanita dan wangian tak dapat dipisahkan. Tata titi tutu...!


Haha...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak