/**/

Pages

Subscribe Twitter

Makan Dengan Hantu Di Selera Flat Lama, Bandar Baru Uda, Johor


Eeee...takutnya...!


Agak-agak kalau diberi peluang makan dengan hantu korang nak? Dalam hati nak tapi hakikatnya penakut yang ampun. Ya kan...?

Aku pernah makan bersama hantu. Tak percaya ke? Bukan bersama ja, berteman lagi tau. Jom skodeng citer aku macam mana perasaan makan nasi lemak hantu bersama hantu. Tadaa...



Nasi Lemak Berhantu @ Selera Flat Lama
Jalan Padi Mahsuri 1
Bandar Baru Uda Johor Bahru. (Belakang Surau)

Tel: 017-743 6839

Selasa - Ahad 5.30 petang - 1 pagi
Isnin Cuti

Hantu hanya keluar pada setiap Jumaat & Sabtu saja.





Bila dapat tau kisah nasi lemak hantu ni dah viral, terdetik rasa nak merasa makanan tu. Tambah lagi dengan kisah seram yang digembar gemburkan.

Tapi datang 3 4 kali tak pernah jumpa hantu. Hai la nasib, kesian akak tau beria datang dari jauh semata-mata nak jumpa hantu. Hehe...

Kali ni tak plan nak makan kat sana. Lepas shopping kat Angsana, anak-anak ajak lepak makan kat sana. Apa lagi terjah je la sebab macam-macam menu ada kat sana. Harga pun murah. Sedap pulak tu. Kepala aku dah terbayangkan mee bakso dan char kuey teow.










Nak dijadikan cerita, tengah sedap makan, tetiba lampu terpadam. Geram jugak aku sebab baru nak suap makanan sambil tengok maharaja lawak kat skrin besar yang ditayangkan kat depan gerai, tup-tup tak da elektrik.

Tak lama lepas tu dengar suara budak-budak kecik menangis. Muzik plak bertukar dari rancak ke muzik ala-ala seram. Adoyai spoil betol la kan...




Bila aku pusing nak tengok apa yang jadi, tetiba belakang aku ada bayang putih. Toleh je tengok hantu dah kat belakang aku. Apa lagi, terjerit jugak la sebab tak sangka kat belakang aku.

Nasib baik air yang aku minum tu tak tersembur kat muka ko la hantu. Kalau tak, nasib la eh kena air panas. Nak sangat terperanjatkan orangkan?. Merasa lah haha...




Lepas tu gasak la dia meround satu kawasan melawat tapak. Dah tak da kerja la tu kan? Dengan sarung telekung sapa ntah dah koyak barai main singgah je kat semua meja. Mula lah ada yang ajak selfie, tak kurang jugak budak kecik yang menangis. Huhu...




Masa dia lalu sebelah aku, aku ajak la berselfie jugak tapi gelap la pulak. Tak tau la perasaan apa nak digambarkan masa tu. Nak gelak pun ada, takut pun ada, semua la ada. Huhu...




Menurut kata peniaga kat situ, dulu kerap jugak hantu ni keluar, dalam 4 5 orang la. Tapi disebabkan satu kejadian di mana waktu diaorang kemas nak balik, diaorang terpandang kain putih melayang atas gerai diaorang. Korang teka apa? Mesti la hantu betol kan?

Sejak hari tu diaorang stop sekejap atas nasihat orang surau. Sekarang ni ja diaorang buat semula atas permintaan ramai, tu pun sorang atau dua orang ja yang akan keluar.

Biasanya hantu ni keluar dalam 20 minit ja. So jangan risau la ya. Rupa hantu pun tak takut mana, bole ja lawan tenung. Haha...




Kalau korang nak kelainan bole la datang sini, tapi make sure call dulu la tanya ada hantu ke tak malam tu. Kalau tak sia-sia je datang dari jauh.

Masa aku hari tu kira nasib je. Main terjah tapi dapat jumpa hantu.




Ok sambung story lain di lain kali. Chow ching chong...!


Macam ni baru rare...






Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai