/**/

Pages

Subscribe Twitter

Program Kesedaran Kanser Sempena Hari Kanser Sedunia


Berkongsi ilmu dan maklumat


Semalam aku dan geng bas sekolah dengar ceramah kesedaran kanser sempena hari kanser sedunia yang dianjurkan UTM.



Dewan Banquet
Bangunan Canseleri
UTM Skudai, Johor





Boleh la aku share sikit sebanyak ilmu yang dapat. Tu pun pergi bahagian pertama ja. Bahagian kedua tak join sebab banyak kerja kat ofis.




Pertama sekali nak bagitau doktor yang bagi talk tu handsome. Kih-kih...

Suara slow sangat... nampak baik dan tenang je. Cewah gedik betol kan? Tapi bukan aku ja yang cakap, semua staf cakap. Korang pun mesti cakap benda yang sama lepas tengok gambar dia ni kan?. Ok win...




Doktor Badrul ni bertugas di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor bahagian sakit puan. Majoriti bahagian sakitpuan ni doktor lelaki yang konker. Eh betol ke tak ejaan ni?. Kui-kui...




Cerita semalam berkisar tentang kanser wanita dan lelaki. Separuh masa dihabiskan dengan tontonan video pelbagai jenis kanser dan lebih cerita pada kanser serviks yang pernah dirawat oleh doktor Badrul.




Ngeri kan tengok gambar-gambar ni? Maaflah kalau ada yang sensored. Tak da niat lain sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi dan sempat di snap dari jauh.










Ada beberapa tanda awal yang doktor tunjuk. Kiranya korang ada tanda-tanda ni buat lah pemeriksaan segera.




Pelbagai rawatan disediakan. Pilihan di tangan individu terbabit setelah diberitau oleh doktor.







Terdapat banyak pilihan hospital di Johor ni untuk dapatkan rawatan. Ikut kemampuan masing-masing.




Pesakit kanser ni perlu sokongan yang kuat dan padu dari orang tersayang dan yang terdekat dengan mereka. Beri lah kasih sayang sepenuh hati jiwa raga 200% pada mereka yang memerlukan waktu ni. Sikit sebanyak dapat membantu mereka meneruskan kehidupan yang sukar waktu tu.




Selesai doktor bagi talk, sesi soal jawab berlangsung. 4 orang bertanya soalan.

Salah seorang adalah pakcik ni yang merupakan seorang bekas pesakit kanser sinus. Sekarang ada problem bila bercakap. Suara tak jelas dan sengau sedikit.

Pertama kali tau sinus bole jadi kanser kalau tak dirawat segera. Takutnya dengar kan? Masing-masing berpandangan sesama sendiri bila pakcik tu bagitau penyakit dia.

Soalan yang ditanya aku dah lupa. Maaf ya. Dia ada mention sejenis herba yang dia makan selepas stop kimoterapi tapi dia tak bagitau herba apa sebab tak nak orang salah faham ingat dia nak menjual produk.

Kalau aku dah tau nanti produk apa, aku maklumkan ya. Tolong ingatkan kalau aku terlupa.




Doktor pun ada sebut pasal produk herba dan testimoni produk yang berlambak kat pasaran sekarang. Jangan lah terpedaya dengan testimoni yang ada sebab penerimaan individu terhadap ubat-ubatan ni berbeza.

Ramai yang setuju dengan pendapat doktor ni sebab sekarang ni testimoni tersangat murah nilainya. Bayangkan baru sekali dua guna dah ok, terus bagitau produk tu ok. Camna tu? Aku tak nak komen lebih la bab ni nanti ada yang terasa. Sendiri pikiaq la ya...




Sebelum keluar dari dewan, ada disediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kecuali bayarn RM5 dikenakan untuk cek kencing manis. Ya la kan, bukan murah nak beli alatan cek kencing manis tu, beratus tau. Nanti ada masa aku story semua peralatan perubatan yang aku dah beli ya.




Macam biasa, mana ada program berkaitan kesihatan di situlah orang-orang prudential ni singgah. Sila la jengok ke booth diaorang ni ya.




Sampai jumpa lagi di keluaran akan datang dan siri kesihatan yang lain, jagalah kesihatan demi kesejahteraan kehidupan.




Sayangi diri dan orang yang tercinta, semuga bahagia selamanya. Amin...!.


Penyakit ni memang tak da ubat...












Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai