/**/
Subscribe Twitter

Bibir Menawan Dengan Glam Lips V'Asia


Cantik kaler...


Hai korang, selamat berhujung minggu. Cer teka apa benda ni? Gincu aka lipstik, eye shadow, water colour atau apa benda?

Jawapannya adalah...jeng...jeng...jeng...



Glam Lips V'Asia

RM26





Dah mekap cantik-cantik pagi ni? Jangan lupa pakai lipstik aka gincu dan celak sekali ya biar wajah nampak fresh. Kui--kui...

Sedap ja korang lepak-lepak ya, akak jugak yang kena bekerja. Tak pa, teruskan usaha demi sesuap nasi katanya.

Banyak benda nak story tapi minggu lepas tersangat busy sebab tu la blog tersangkut banyak hari. Meh kita citer yang ringkas dulu.




Dah lama rasanya aku tak beli dan guna lisptik. Asyik dok pakai gincu yang ikut ikut aliran darah si pemakai tu ja. Apa lagi kalau tak gincu Fasha Sandha.

Cuma yang aku tak suka satu ja tentang lipstik ikut darah ni, kebanyakannya cepat patah la. Napa ek? Cer habaq sket wahai pengilang-pengilang budiman.

Hari tu belek-belek lipstik terbekenan dengan lisptik glamour V-Asia ni. Cantik warna dan bekasnya. Tengok harga murah, apa lagi, rembat la satu bawak balik rumah.

Aku suka dengan lipstik yang glossy, matte memang tak sesuai dengan aku sebab mengeringkan bibirku yang mungil ni. Lagi pun yang glossy nampak lebih fresh dan seksi gitew. Muahahaha...




Sampai je rumah, terus cuba pakai. Hamboi kaler merah dia tak agak-agak. Merah sangat lah Mak Ngah bibir tu. Walla...

Sebab dah lama tak pakai lipstik, dah jadi macam jakun plak, gasak la lidah tu menjilat bibir. Lepas tu muncung-muncung kan bibir ala Dato Vida. Sayang-sayang semua, meh tengok bibir akak yang mungil nih. Muah ciked. Kih-kih...

Lagi satu kebagusannya adalah gincu ni tak melekit dan tahan lama. Mudah dibersihkan so korang jangan bimbang. Bibir nampak segar dan semulajadi.

Geng bas sekolah aku kata dia guna seminggu je, bibir dia yang kering dan pecah dah semakin baik. Kiranya gincu ni fungsinya mencantik dan merawat sekaligus. Gitew testimoni kawan akak tau uolls.




Tak rugi korang beli lipstik ni. Selain warna yang cantik, bekas pun nampak mahal setanding harga. Memudahkan nak pilih warna sesuai sebab semua tersedia dalam satu bekas.

Bekas pulak bole dicabut, kalau dah habis lipstik tu jangan buang, korang bole letak barang lain yang korang nak. Tapi yang ni aku tak pasti, memang boleh cabut untuk letak barang atau aku yang ganas sampai tercabut bendalah tu. Hehe...

Setakat ni aku guna barangan V'Asia sesuai la kot. Produknya semua harga mampu milik. Apa lagi uolls, cepatlah cari barang V'Asia ni.




Meh aku share sikit kefahaman yang aku dapat dari segi pembacaan cara macam mana nak pilih gincu yang sesuai dan selamat. Jangan suka-suka korang je pakai ikut yang model tu pakai. Dia pakai lawa, korang pakai jadi huru hara, tak ke haru jadinya tu? Sebab tu pilihan gincu ikut darah adalah selamat.

Kalau korang berkulit gelap, warna yang sesuai adalah warna plum dan merah tua.

Kalau korang berkulit cerah, boleh lah pilih warna oren, pic atau pink.


Selalunya bila nak pilih warna gincu, semua akan terus calit kat tangan kan?. Lepas ni jangan buat macam tu tau, sebab tak betol cara tu, warna tak kan sama dan tak jadi sesuai dengan bibir ya dik non.

Cara yang betol, korang ambil berus gincu dan calitkan sedikit kat hujung bibir korang. Tapi jangan suka-suka pakai terus kat bibir tau sebab kebersihan gincu tu belum tentu terjamin. Berapa ramai makhluk dah cuba dulu.

Biasanya aku ambil tisu dan bersihkan gincu tu, baru lah aku calitkan sedikit kat bibir. Tu cara yang betol ya untuk tau warna yang bersesuaian dengan bibir kita.

Paling penting sekali, bila korang dah berkenan dengan gincu tu, jangan beli terus, sebaliknya korang kena tengok pulak kandungan timah yang ada dalam gincu tu.

Korang calit gincu tu sikit kat tapak tangan, ambil cincin emas dan gosok pada calitan gincu atas tangan tadi. Kalau warnanya bertukar hitam dalam beberapa minit, confirm produk tu memiliki kandungan berbahaya di dalamnya. Jadi tak payah la beli ya walau pun harganya murah dan cantik.




Jangan terpedaya dengan iklan yang selalu kata produk diaorang ni bersih, terjamin dan sebagainya ya. Hati-hati tau uolls. Last but not least, jangan lupa kata-kata hikmat kat bawah ni:

'PASTIKAN V'ASIA, BARU BELI' gitew slogan produk yang umph...!!!

Ok gorgeous, thank you for reading...Muah !!!


Lovely gear...huhu





Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak