/**/
Subscribe Twitter

Video Tutorial Shawl Mira Filzah


Mana satu lebih mudah dan selesa?


Rasanya sekarang ni macam-macam trend tudung ada. Kalau zaman dulu hanya tudung bawal dan tudung sarung (tudung indon) yang ada, sekarang ni banyak plak jenis tudung yang dikeluarkan.

Tudung bawal, shawl, instant semua meletop-letop di pasaran. Pelbagai jenis kain dan fesyen tudung ada dijual sekarang. Berlambakan sana sini sampai tak tau mana nak pilih.

Mesti korang pening nak pakai shawl dan selendang yang berlilit-lilit tu kan? Jadi aku terfikir nak selit entry mengumpulkan pelbagai cara memakai dan menggayakan shawl mengikut citarasa korang.




Biasanya kalau tudung berjenama selebriti memang cepat laku la. Cer korang sebut sket nama selebriti yang ada jenama terkenal sekarang ni? Antaranya Neelofa, Emma Maembong, Aidijuma dan banyak lagi.

Ada jugak yang bertudung ni semata-mata untuk berfesyen. Tak salah cumanya biarlah bertepatan.




Maklumlah tudung labuh ni harganya melampau mahal dibandingkan tudung indon. Sebab tu ramai yang suka pakai tudung indon ni sebab mudah dan cepat. Sarung je, terus bole keluar rumah.

Confius jap, napa panggil tudung indon ek? Adakah tudung ni mula dikeluarkan di Indonesia atau bila sarung, si pemakai akan kelihatan seperti orang Indonesia? Sapa bole jawab?.

Bertepatan dengan masalah yang selalu kita kaum wanita ni hadapi bila memakai tudung terutama shawl, aku terpanggil nak share tutorial ringkas yang aku jumpa ni.




Tak da la minat sangat kat Mira Filzah ni cumanya dalam ramai artis, dia ja yang buat tutorial tudung yang mudah dan pelbagai cara.

Jom folo aku skodeng cara pemakaian tudung dan tutorial mudah dari Mira Filzah.


BAWAL

Tudung empat segi yang awal sekali muncul di pasaran. Sekarang kebanyakan golongan makcik-makcik ja yang pakai. Eh, ke golongan muda pun sama pakai? Hehe...



SHAWL

Senang citer ni adalah selendang panjang. Ambil masa yang lama nak bersiap. Bagi yang cerewet, kalau tak kemas, tak kan pakai keluar rumah.

Bila nak pakai pulak, belit sana, belit sini, hati-hati jangan sampai terbelit leher sudah. Haha...
























INSTANT SHAWL

Jenis ni ala-ala tudung indon cuma tak da awning ja. Senang juga sebab sarung je dah siap tapi tetap perlukan pin. Bila nak gosok memang agak leceh sebab banyak sangat nak pusing dan kain pun lembut.

Kalau jenis cerewet macam aku ni memang ambil masa la nak gosok sebab tak suka nampak kedut walau sikit pun. Sakit mata tengok. Huhu...







IG : Radiusite Tutorial


Ok kan semua tutorial ni. Lepas ni senang la untuk korang cuba dan tak lah cik abang masing-masing tu tunggu lama kalau korang nak bersiap. Kredit untuk Mira Filzah dan tahniah untuk korang yang dah berjaya buat macam yang ditunjukkan tu.

Apa pun tudung indon berawning tu jugak yang win sebab tersangat senang nak digayakan. Setuju tak?

Paling penting sekali fesyen-fesyen ni amat sesuai digayakan untuk aktiviti harian dan mengekalkan imej wanita untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Harap korang puas hati ya.




Jumpa lagi di tutorial yang lain plak. Bye...!


Fesyen shawl terkini untuk kiticat...kui-kui

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak