/**/

Pages

Subscribe Twitter

Tambah Ilmu Di Workshop Video 4 Biz Di Magic, Cyberjaya


Selebriti katanyer...hehe


Uolls nak merasa jadi Pengarah drama atau filem tak? Kalau nak, bole join workshop ni yang dianjurkan oleh boss dan tenaga pengajar yang berpengalaman.




Seronok tau join workshop video 4 biz ni, lagi la kalau korang ada bisnes. Workshop diadakan merata tempat ikut keselesaan owner.



Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)  
Block 3730, Persiaran Apec
63000 Cyberjaya, Selangor

Tel: +60 3-8324 4800

Setiap hari 8 pagi - 6 petang





Workshop ni dijalankan selama 2 hari. Berbaloi sangat sebab banyak ilmu yang korang dapat melalui workshop ni.




Selain dapat bertemu dengan ramai penjual online dan offline malah ada yang founder produk, korang dapat berjumpa dengan beberapa sifu filem terkenal.




Pada mulanya agak bosan dengar ceramah je. Maybe boss perasan semua dah nampak macam lemau, dia suggest buat acara sikit bagi mata tu bertukar bundar. Acara pertama adalah super spontan.




10 peserta dikehendaki join acara ni. Aku memang suka bab-bab sosial macam ni. Bila dah terjebak dalam ni, rupanya susah kan super spontan ni.




Apa pun kredit untuk aku sebab dapat no 4 tertinggi. Yesszaa...




Setel acara tu, workshop disambung semula. Lunch disediakan so tak payah susah-susah nak keluar cari makan. Walaupun sempoi tapi sedap rasa makanan tu.




Bahagian petang peserta diberi masa untuk melakonkan watak dan kisah ikut kreativiti dan idea masing-masing dengan hanya menggunakan handphone ja. Mudah sangat dan hasilnya menakjubkan. Macam-macam gelagat la korang akan jumpa. Huru hara dewan dibuatnya.




Pelbagai jenis kamera ditontonkan untuk tatapan peserta workshop. Teruja jugak la dapat tengok, pegang dan mak ai berat nya rasa nak bawak. Patut la cameraman gajinya besar.










Aku terpilih untuk rakaman temubual berkenaan workshop ni. Walla...berdebarnya. Bole tengok di youtube ya...




Dapat lah cenderahati berupa perfume JDT. Wangi giler perfume ni. Semerbak bunga lily bila disembur...




Sebelum majlis berakhir untuk hari pertama tu, kami ambil foto beramai-ramai bersama pengacara Astro Awani.




Hari kedua lagi best sebab ada tetamu jemputan yang hadir. Pertama komposer Azmeer.




Sempat snap gambar dengan sifu ni. Comel ja orangnya...




Di akhir workshop Dato Prof Razak Mohideen bagi talk dan penyampaian hadiah untuk video cerita kumpulan terbaik.




Macam biasa, sesi berfoto dengan sifu jangan dilupakan. Hehe...




Peserta diajar untuk membuat video dengan hanya menggunakan handphone dan diberi tugasan menyiapkan satu video berkenaan produk masing-masing.




Dibahagi kepada 5 kumpulan terdiri dari 6 orang peserta termasuk seorang crew yang akan membantu apa yang patut.




Setel bagi nama untuk kumpulan aku, aku terus maklumkan kami bersama-sama akan pikul tanggungjawab dan semua akan merasa menjalankan tugas yang aku sebutkan tadi.




Sapa nak jadi pengarah, cameraman, pelakon, semua ditentukan oleh kumpulan masing-masing.




Best jugak dapat merasa pengalaman sebagai pengarah, pelakon dan sebagainya. Rasa teruja berganda sebab dapat menghasilkan sesuatu yang lengkap dalam waktu yang singkat.




Selesai perbincangan topik untuk cerita dan pelakon, peserta diberi masa selama 3 jam untuk selesaikan misi berlakon sehinggalah mengedit cerita.




Sementara menuggu kumpulan lain siap tugasan masing-masing, aku ambil kesempatan round dan snap gambar sekitar tempat ni.
















Selesai tugasan dan penyampaian hadiah, macam biasa acara foto beramai-ramai mesti ada.




Tak lupa berfoto dengan team minyak herba asmak sahaja sebagai kenangan.




Sempat lagi aku bersembang hal bisnes dengan boss workshop ni. Baik dan ramah orangnya. Suami isteri yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Kipidap En Helmi dan Pn Linda.




Seronok sangat pengalaman ni. Sesiapa yang diberi peluang untuk hadir workshop ni baik korang jangan lepaskan.




Banyak ilmu yang boleh korang dapat. Staf pun baik-baik dan memahami.




Terimakasih diucapkan pada Pengasas Minyak Herba Asmak Pn Fadilah dan En Edy atas peluang yang diberikan untuk turut serta dalam workshop ni.

Meh aku belanja korang video dari hasil yang kumpulan aku keluarkan. Semestinya arahan dari calon pengarah terkenal ni. Kuang-kuang...



Salam sayang untuk team semua. Rindu korang...!.


Standby...rolling...action...


































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai