/**/
Subscribe Twitter

Mercik Asam Pedas Ikan Pari

Asam pedas ikan pari


Kali ni aku nak share resepi Asam Pedas Johor. Apa lagi kalau bukan lauk popular, Asam Pedas Ikan Pari. Baru tulis dah terasa mercik pedasnya. Walla...

Sebenarnya banyak cara dan bahan yang korang boleh guna nak masak asam pedas ni. Kali ni aku share yang ringkas je. Next aku share cara lain pulak. Nanti korang boleh cuba banyak versi. Hehe...


Asam Pedas Ikan Pari


BAHAN-BAHAN
Ikan pari seekor
Daun kesum segenggam
Garam secubit
Asam Jawa (perah ambil air)

BAHAN KISAR
Bawang putih 1 ulas
Bawang merah 2 ulas
Halia sedikit @ 1/2 inci
Kunyit sedikit @ 1/2 inci
Cili kering (3 senduk @ ikut suka nak pedas macam mana)




Kalau rajin, potong cili kering dan rebus. Kalau nak hancurkan biji lada tu, masa kisar, letakkan sikit minyak. Confirm cili korang halus dan tahan lama. Pilih cili kering keriting sebab kurang pedas.

Tapi kalau mood malas melanda, aku guna je cili boh jenama MAZ. Cili boh ni sedap dan seimbang rasa, sama macam cili yang kita giling atau kisar sendiri.


VIDEO




CARA MEMASAK

Pertama
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.

Aku sengaja masukkan asing antara bawang dan lada ni. Dulu rajin jugak kisar sekali harung campur semua, lepas tu simpan, tapi kekadang menu masak kita tak guna bahan yang sama, so aku buat asing je.




Kedua
Tumis lagi biar semua bahan sebati bersama. Gitu dah macam berdansa bersama plak. Kihkih...




Ketiga
Tumis hingga garing sampai naik @ keluar minyak. Ni petua untuk kuah tahan lebih lama even korang tak masuk peti ais atau panaskan.

Paling penting, kuah lebih sedap dan nampak cantik.

Boleh lah tuang perahan air asam jawa tu ya.




Keempat
Bila dah garing dan wangi, korang letak ikan dan daun kesum. Ikut korang la nak letak mana dulu sebab sama ja jadinya nanti.




Kelima
Last sekali letak perasa dan garam. Tunggu hingga mendidih. Kalau orang tua dulu-dulu, diaorang akan tumbuk sekali garam ni dengan bahan-bahan lain. Ikut suka la naaakkkk...hehe.

Sori gambar blur sebab asap mendidih. Nak snap semula dah malas. Redho ja la ya.




Taraaaa, dah siap menu kali ni. Resepi ringkas sangat ni. Lain kali aku share resepi yang susah dan leceh sikit eh.




Sebelum aku lupa, korang kena pilih ikan pari yang betul ya. Ada pari hitam dan pari putih. Pilih pari hitam sebab pari putih tu hancing.

Lagi satu, aku dapat tau ada orang tak makan ikan pari ni sebab dia geli. Katanya ikan pari ni period macam kita jugak. Betol ka apa yang aku dengar ni? Haaa...korang pernah dengar tak? Cer citer...cer citer...

Lagi satu cuba teka jantina pari dalam gambar ni? Jeng...jeng...jeng...

Ok jumpa lagi di siaran akan datang. Daaa...


Pari jantan katanyer


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak