/**/
Subscribe Twitter

Mudahnya Buat Sandwich Sardin Dan Telur

Sandwich Sardin dan Telur


Kali ni nak share resepi untuk sarapan pagi yang cepat, pantas dan mudah disediakan. Kepada penggemar roti sandwich, ni la dia resepi yang sedap. Sandwich sardin dan telur yang umph katanyer.


Sandwich Sardin Dan Telur


BAHAN-BAHAN
Roti Gardenia atau apa jenama pun 1 bungkus
Telur 3 biji
Sardin 1 tin
Mayonis 3 sudu besar
Marjerin untuk sapuan di roti
Cili padi 7 tangkai




Macam biasa bahan yang aku gunakan semua dalam jumlah yang ganjil. Petua masakan sedap tu tau. Kuang-kuang...

Bahan-bahan tu pun sekadar bagitau apa yang aku guna. Korang boleh adjust sendiri ikut citarasa mana yang korang nak. Alah korang ni macam tak pernah masak plak kan? Jangan buat malu orang perempuan eh? Haha...



VIDEO




CARA MEMASAK

Pertama
Rebuskan telur dan kupas macam biasa. Aku nak bagi tips cara mudah kopek telur.

Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan telur. Letak 1 sudu teh baking powder. Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam air sejuk. Ketuk telur dan letak bawah telapak tangan sambil rollkan ke depan. Itu je tipsnya.




Kedua
Goreng sardin dan cili api kemudian hancurkan. Kalau korang malas nak goreng pun tak pa. Tapi aku goreng sebab nak hilangkan bau dan rasa hanyir sardin tu.

Kalau korang nak letak bawang pun boleh. Aku tak letak sebab aku kurang suka makan bawang. Hehe...







Ketiga
Campurkan semua bahan dan hancurkan. Suka hati korang la nak hancurkan guna cara mana pun. Aku guna garpu je. Nak cepat korang guna la benda yang lebih besar. Tu pun aku nak bagitau ke? Kihkih...







Keempat
Sapukan marjerin terlebih dahulu sebelum korang letak bahan-bahan tadi. Tak nak letak pun tak pa. Aku letak sebab nak nampak cantik dan rasa lebih lemak dan enak. Temukan dua roti tu macam biasa atau ikut kreativiti korang la.

Jangan lupa buang kulit keras roti tu biar nampak cantik, baru ada selera nak makan banyak. Gitew kekdahnya ya...




Yesszaaaa....dah siap sarapan pagi. Bole ngap terus. Mudah dan senang dibuat.




Apa lagi yang ditunggu, cuba jangan tak cuba resepi mudah ni. Lagi-lagi kalau nak bawak bekal pergi kerja atau bercuti. Dalam kereta pun boleh terus makan.

Semuga bermanfaat untuk semua...daaa...!


Scary sandwich...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak