/**/

Pages

Subscribe Twitter

Mudahnya Goreng Sayur Sawi

Sayur sawi goreng


Resepi mudah kali ni, berkisar alam semulajadi. Kalau resepi lepas dah ada makanan ringan dan berat, kali ni aku nak share resepi separuh berat. Kihkih...

Mesti korang semua kenal sayur sawi kan? Kalau tak silap aku cerita Korea panggil Bak Choy. Gitew hebatnya penangan citer luar negara. Ingat selamanya. Huhu...


Sayur Sawi Goreng


BAHAN-BAHAN
Sayur sawi seikat
Cili 1 batang (hiris)
Bawang merah 1 ulas (hiris)
Bawang putih 3 ulas (hiris)
Halia 1 inci (hiris)
Garam dan perasa secubit


Kali ni semua bahan dihiris, tak da kisar ya. Senangkan potong-potong ja dah siap.




Ikut korang nak potong sayur ni cara macam mana. Kalau malas potong, letak je terus semua sayur tu terus sebab sayur tu kan pendek ja. Sebab tu sesuai dimakan oleh orang Korea dan China. Hehe...

Biasanya kalau aku masak sayur ni tanpa potong kecik-kecik, aku akan letakkan sikit sos tiram dan tepung jagung sikit biar dia melekit dan nampak cantik macam yang korang biasa nampak orang Korea makan. Ceh...tak habis-habis contoh orang Korea. Haha...


VIDEO




CARA MEMASAK

Pertama
Macam aku kata tadi, potong sayur ikut suka hati korang. Aku terlebih rajin sebab tu aku suka potong kecik-kecik. Senang telan, masuk terus dalam perut.




Kedua
Tumis bahan-bahan yang dihiris tadi. Aku memang suka letak halia sebab membantu buang angin. Senang citer, halia ni ikut korang la, nak letak boleh, tak nak pun tak pa.




Ketiga
Bila dah agak kekuningan, boleh lah korang masukkan batang sayur dulu sebab batang sayur kan keras.



Keempat
Agak-agak batang sayur dah lembut, boleh lah masukkan daun sayur, garam dan perasa.




Yuhuuu...dah siap pun sayur sawi akak uolls....!!! Cepat sangat sediakan sayur ni kan?




Sebelum tutup tirai, meh aku belanja sket maklumat berkenaan sayur sawi ni. Rajin-rajin la makan sayur ya.




Apa lagi korang, senang ja kan masak sayur sawi ni? Aku up je resepi yang mudah- mudah dulu, nanti aku up resepi yang cerewet sikit plak. Take time nak download sebab tu selalu lambat update. Hehe...

Jumpa lagi di keluaran akan datang. Selamat menjamu selera...!


Sawi putih @ bunga kobis


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai