An nyoung ha sae yo...!
Untuk pertama kalinya aku nak review drama Korea. Lepas ni kalau ada cerita Korea di pawagam, aku akan folo ya. Stay tune...
Aku ni bukannya pencinta Televisyen sangat. Sebab utama adalah rasa macam buang masa je. Aku akan taat tengok TV bila demam dan sewaktu dengannya sebab kena rehatkan badan. Kalau hari biasa memang tak kan tengok TV sangat.
Aku terjebak dengan drama Korea ni bila cuba-cuba layan satu drama hasil hasutan geng bas sekolah. Drama Korea pertama yang aku folo adalah Empress Ki lakonan Ha Ji Won (nanti aku story sebab nak kena ingat balik). Hehe...
GOOD DOCTOR
Melodrama
20 episod
Aku suka tengok citer Korea ni sebab jalan citer yang tak meleret. Pantas dan penuh dengan aksi samada aksi ganas, romantik atau kelakar. Biasanya aku akan tengok sampai 3 episod baru la aku fikir semula nak terus tengok atau tak.
Biasanya citer Korea ni, episod satu atau dua, belum nampak lagi thrill dia macam mana. Ada yang bosan awal cerita tapi best di pertengahan. Ada yang awal-awal dah best macam citer Good Doctor ni yang akan buat korang tak sabar nak tengok episod seterusnya.
Aku bukan jenis yang mudah nak keluarkan air mata. Tapi citer ni dapat menewaskan aku bila aku keluarkan air mata berjurai di pipi montelku ini. Gitew melankoliknya ayat. Kihkih...
Meh aku share sket citer Good Doctor ni.
Good Doctor merupakan drama berkisar seorang lelaki Park Shi Ohn yang berpenyakit autistik tapi memiliki kelebihan memori fotografi anatomi badan manusia yang hebat. Menjadi Doktor Residen dan pakar bedah di sebuah hospital terkemuka.
Pada awal kemunculannya di situ, ia tidak disenangi rakan senior terutama Profesor Kim Do Han. Selalu dimarahi dan mencari pasal tapi akhirnya akur pada kelebihan yang dimiliki oleh Park Shi Ohn.
Dalam masa yang sama, Park Shi Ohn jatuh hati pada Doktor senior iaitu Cha Yoon Seo. Bermula lah episod cinta tiga segi antara mereka. Pelbagai cerita berkisar pesakit dan pentadbiran hospital serta ilmu perubatan yang korang akan dapat bila tengok citer ni.
Macam biasa, apa yang kita harapkan dalam satu cerita tu mestilah happy ending kan? Macam tu jugak lah kesudahan drama ni. Memang sangat enjoy. Tak caya, korang bole cari kat youtube atau sebagainya ya.
Jom aku kenalkan sikit pelakon utama dalam cerita ni.
Joo Won sebagai Park Shi-On
Hero dilahirkan dalam keluarga yang pecah belah dan penuh kekerasan. Lepas kematian abang dia, hero dibela oleh Dr Choi hingga berjaya menjadi seorang Doktor Bedah. Hero ni ada penyakit autisme tapi memiliki kelebihan luarbiasa memori fotografi tentang anatomi tubuh manusia. Wow gitew...
Hero memang tak handsome tapi ada tarikan kat diri mamat ni yang bila korang pandang dia, korang akan rasa suka. Tang mana sukanya tu aku tak pasti. Tapi cool je tengok muka dia ni. Iras-iras muka anak sedara aku pun ada jugak ni. Huhu...
Moon Chae-won sebagai Cha Yoon-seo
Heroin ni berminat jadi doktor bedah pediatrik lepas jadi sukarelawan di sebuah sekolah. Berani berdepan dengan sebarang keadaan dan berani melawan orang atasan. Senang citer jenis cakap lepas la. Sikap ala-ala tomboy dan kaki minum kalau tengah stress.
Heroin pun tak berapa nak lawa tapi ada something kat dia yang nampak cute. Suka tengok perangai dia yang ala-ala giler dalam citer ni. Macam aku je lebih kurang perangai happy go lucky. Tapi kalau dah marah, jangan berani dekat kalau tak nak kena sedas. Hahaha...
Joo Sang-wook sebagai Kim Do-han
Second hero ni doktor termuda yang berjaya menjadi Profesor Pediatrik. Profesional dalam menjalankan tugas dan terlalu skima. Mula tengok dia serius rasa geram tapi lepas tengok dia senyum rasa suka plak.
Pelakon kedua lelaki terpenting dalam citer ni memang aku tak sangka sangat perangai dia berubah dalam sekelip mata bila tengok drama dia yang lain. Kat citer ni tersangat lah serius, tapi bila senyum, hati bole cair beb. Ada lah sekejap aku macam minat kat dia ni. Tapi dalam drama ja tau, jangan macam-macam eh korang.
Tapi bila tengok dia berlakon drama lain, lagi bertambah minat sebab suka dengan karektor dia yang kelakar dan sempoi. Eh kita geng la. Hehe...
Gelagat heroin menari kat karaoke ni memang enjoy dan scene paling aku suka. Berapa kali aku ulang tayang tengok semula.
Scene last Kim Do Han senyum ni memang hot la. Kalau korang tengah marah, bila tengok scene senyum dia ni, sure korang akan cair. Gitew penangan hero dan heroin drama Korea.
Bila kita tengok drama Korea ni, kita bukan ja akan rasa puas tapi kita dapat ilmu. Macam dalam citer ni kita dapat tau lebih detail pekerjaan seperti Doktor dan Nurse. Begitu jugak kaedah rawatan dan pembedahan yang mana kita tak dapat lihat dalam drama terbitan kita sendiri.
Walau pun kekadang ada adengan yang tak logik tapi kita abaikan ja sebab semua cerita memang akan jadi macam tu. Bak kata budak sekarang lu fikir la sendiri. Kui-kui...
Paling penting, pelbagai pengajaran dan sebagainya kita akan dapat bila tengok citer Korea. Selain pelakon hebat yang dapat bawak watak dengan jaya dan berkesan, emosi kita jugak turut terkesan dengan jalan cerita yang dihasilkan.
Perasaan marah, happy, sedih, geram, suspen dan romantik, semua korang bole dapat bila tengok citer Korea ni.
Terkesan betol masa tengok adengan kat bawah ni dan beberapa adengan lain. Sedih berjurai air mata aku tau. Huhu...
Macam biasa adengan percintaan akan diselitkan dan semestinya kita sebagai penonton akan rasa puas bila cerita tu happy ending. Macam ni jugak lah dengan kisah Good Doctor ni.
Kalau korang tak percaya, cuba lah tengok cerita Korea. Sekarang aku tengah folo cerita Good Manager.
Annyeonghi kashipsio...!